Friday, March 11, 2011

BANDONG (8 March 2011)

Hari kedua - Selasa 8 March 2011. Tengah menunggu breakfast. Tercepat la pulak. Kat sana kul 6 pagi nye dah terang benderang, lagipun time gitu kita kan biasa bangun awal, tu yang dah tercegat kat cafe, hehehe. Breakfastnya pagi tu nasi goreng, telor goreng dan roti bakar. Air kopi & teh.... Okey la untuk alas perut...

Memula kitaorang pegi Tengkuban Perahu, best rupanya.... Dulu x pergi pun kat sini, ingat nak shopping jer masa tuh...


Model motor Harley Dividson diperbuat daripada kayu jati. Rege memula idr170,000.00. Bargain sampai rege yang saya nak idr70,000.00. Murah x?. Kalau pada saya dah cukup murah dah tuh. Pada saya nak bargain tu biarlah kene ngan harga & barang yang kita nak beli, ini ada setengah-setangah orang nie bargain smpi rege tu macam nak byr masuk toilet... x patut..x patut.... Kecian kat diaorang....

Aktiviti bergambar dah bermula

Jualan kat sini murah jugak kalau pandai bargain. Adalah beli selendang yang tergantung macam dalam gambar tu. Nyesal pulak rembat 1, harganya murah gilerr.. kalau ikut rate rege saya beli tu dalam rm11 jer...huhuhu
Masuk ke dalam lagi saya rembat congkak boleh dilipat 2. Beli untuk anak yang no. 4 tu, Lily. Color ijau lagi siap dia bagi buahnya sekali iaitu siput kecik.
Tempat2 macam ini memang kesukaan saya membeli sebabnya senang & boleh dapat murah, hehehe ... bergaya ngan selendang baru rembat kat situ. Cantek x?.



Dalam 2 jam gak group saya lepak kat atas tu.

Lepas tu bergerak ke Jalan Dago. Banyak FO's kat situ kannn. Sesiapa yang penah pergi sini memang gila la menyopping.

Dalam episode ni saya rembat blouse t-shirt cotton dalam 2 helai, memang murah la berbanding kat KL. Kat Jalan Dago ni saya banyak memborong untuk C kecil & diri sendiri jer. Berhabis la jugak juta2 kat sini, huhuhu. Yang menghirankan kakak ipar & kawannya langsung x menyopping kat sini. Boleh tahan ye diaorang nie, bukan macam saya, hehehe
Yang kertas tergantung tu entah apa maknanya pun x paham, maybe nak menunjukkan customer diaorang kot yang penah datang menyopping kat sini.


yang nie je aku x masuk ke dalam. Sebab x ada niat nak beli kasut...





Grande ni pun pada saya yang best kalau nak membelek baju2nya. Cantek2 gak saya rasa.
Ha'ha ni rupanya diaorang tengah lepak, dok menunggu saya la tuh, hahaha


Yang ni pulak turn saya merehatkan diri, sementara menunggu diaorang solat.



Yang ni masa kitaorang nak g Tas Terminal. Baru la aku nampak kawan kakak nie membeli 1 handbag. Yang lelain x berhabis pun duit diaorg. Tahan betul diaorang ni, boleh nye x membeli. Kat Heritage ni saya rembat lagi baju C Kecil. Banyak tul baju dia...
Sehari suntuk kat Jalan Dago & Jalan Riau, kitaorang pun memanjakan diri, ber SPA bagai. yang gambar kat bawah nie semua hiasan dalaman dalam SPA nie.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...