Tanggal 29 April 2011
Holiday bersama department staff (E&I) ke Kota Kinabalu. Terbang lagi saya, tak pada hal baru je balik dr Padang/Bukit Tinggi Indonesia pada 26 April 2011 yang lalu. Yang nie mesti pergi punya sebab tak payah susah payah kuar duit bagai. Semua ditanggung beres, hehehehe...best kan. Naik flight MAS lagi tu pada kul 5.30 waktu Malaysia.
Terpaksa apply cuti 1/2 hari ari nie. Department kosong la nampaknya kali nie. Pasti telefon berdering-dering x henti. Lantak ler bukan selalu kannn. Boss awal2 dah apply cuti sehari. My sales engineer yang 3 orang tu, x tau ler ada apply cuti ke idak..lantak la dema.. diaorang x apa punya, biasa kuar masuk office ni, tak perasan sangat.
Walaupun ambil 1/2, tapi kene tunggu kat office ni sampai kul 2:45 nanti, sebab nak join g KLIA together gether ngan staff yang lain seperti Yolanda, Mr. Tan & Mr. Ng. En Mawardi & Mior memasing g sendiri.
Bosan jugak tunggu diaorang nie, teringat pulak kat anak2 di rumah. Kene tinggal lagi..huhuhu
Friday, April 29, 2011
Hari Pertama Di Bukit Tinggi
23 April 2011 (Sabtu)
Pergi Padang/Bukit Tinggi Indonesia bersama suami & kawan. 1st time pergi ni. Bertolak dari rumah kul 5pagi, meninggalkan 5 orang anak, huhuhu .... terpaksa...x ader orang nak jaga, cuma mengharapkan anak yang sulong 18 tahun.
Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam jer. Bunyi macam dekat je kan. Lapangan terbang Minangkabau Padang.
Pak Supir yang menunggu, Pak Tono namanya.

Berhenti breakfast kat tepi pantai Padang, Cuma makan telor penyu + air kopi + roti.. jadik la sementara menunggu makan tengahari.

Order telor penyu 10 biji jer. X larat la nak makan,yang kuning jer boleh telan, putih telor berlendir jer... x lalu..hehehe

Ini la penjual telor penyu. Ramai yg menjual di sepanjang pantai nie
tengah menghayati keenakan telor penyu.
selepas pusing-pusing Padang, melihat bekas kemusnahan gempa tahun 2007 & 2010. Byk jugak bangunan & rumah yg retak & ranap. Maap x dpt nak men'snap' gambar. syoik bangat mendengar Pak Supir bercerita mengenai kejadian gempa yang berlaku..



Ada jugak yang mandi manda kat situ


Makan tengahari kat Rumah Pak Datuk. Masakan Minang.
Hubby baru topup. Beli sim card indon. Kol anak2 kat rumah
cantek kan rumah minang ni.





Kat rumah Minang ni disediakan persalinan pakaian orang2 minang semasa perkahwinan. Nak pakai sepasang baju kahwin kene byr idr50,000.00 kalau x salah. Malas nak memakainya, bukan apa, baju2 kat situ mcm x pernah berbasuh... berbau...huhuhu
Pergi Padang/Bukit Tinggi Indonesia bersama suami & kawan. 1st time pergi ni. Bertolak dari rumah kul 5pagi, meninggalkan 5 orang anak, huhuhu .... terpaksa...x ader orang nak jaga, cuma mengharapkan anak yang sulong 18 tahun.
Berhenti breakfast kat tepi pantai Padang, Cuma makan telor penyu + air kopi + roti.. jadik la sementara menunggu makan tengahari.
Order telor penyu 10 biji jer. X larat la nak makan,yang kuning jer boleh telan, putih telor berlendir jer... x lalu..hehehe
Ini la penjual telor penyu. Ramai yg menjual di sepanjang pantai nie
Yang larat makan telor penyu ni hanya my hubby & Pak Supir.. mcm sedap sangat tengok diaorang ni makan.
Monday, April 18, 2011
Naik Keretapi
Kesian pulak aku tengok anak-anak selalu sangat cakap nak naik keretapi. Anak2 selalu nampak keretapi lalu kat laluan masuk ke taman perumahan kitaorang. Terjerit-jerit la terutamanya yang C kecil tu. Selalu diaorang datang jemput mak nye je kat stesen keteapi Bangi or Kajang. Selepas difikir-fikir semasak-masaknya, aku pun bercadang nak bawa diaorang naik keretapi pergi Sogo sebelum aku berangkat ke Padang/Bukit Tinngi Indon bersama abahnya. Ini kira hadiah le sebelum kene tinggal selama 4 ari..huhuhu... Pagi Sabtu tu selepas sarapan pagi meehon goreng, aku pun cakap ngan diaorang, g mandi kalau nak naik keretapi... menjerit kesukaan la semuanya, hehehe... Hujan pulak pagi tu, tapi sebab dah janji, terpaksa redah jugak le.. Tepat jam 10 pagi, bergerak le sang kancil menuju ke stesen KTM, Kajang. Sepanjang perjalanan hujan turun ngan lebatnya, dalam keretapi pulak orang cukup ramai, padat macam ikan sardin... x der sorang pun yang nak bg tempat duduk kat anak aku yg kenit tu..huhuhu...x ada prihatin langsung orang2 Malaysia ni kan... tapi x per.. asal anak2 aku seronok... Bukan g shopping pun, tapi kak long mimi sempat la rembat kasut BUM sebab ada less 50%. Dia beli pun guna duit sendiri tau... duit PLKN le api lagi... Maknya cuma belanja makan tengahari jer..... maknya malas nak shopping selagi x jejak PDG/Bkt Tinggi. mana tau kat sana boleh rembat banyak barang lagi. Selepas dah sampai Kajang, saya pun tanya kat anak-anak, nak naik lagi tak keretapi, Serentak diaorang cakap Nakkkkkkkkkkk. Bebudak ni semua sanggup asal dapat jenjalan.... 

Subscribe to:
Posts (Atom)