Monday, April 18, 2011

Naik Keretapi

Kesian pulak aku tengok anak-anak selalu sangat cakap nak naik keretapi. Anak2 selalu nampak keretapi lalu kat laluan masuk ke taman perumahan kitaorang. Terjerit-jerit la terutamanya yang C kecil tu. Selalu diaorang datang jemput mak nye je kat stesen keteapi Bangi or Kajang. Selepas difikir-fikir semasak-masaknya, aku pun bercadang nak bawa diaorang naik keretapi pergi Sogo sebelum aku berangkat ke Padang/Bukit Tinngi Indon bersama abahnya. Ini kira hadiah le sebelum kene tinggal selama 4 ari..huhuhu... Pagi Sabtu tu selepas sarapan pagi meehon goreng, aku pun cakap ngan diaorang, g mandi kalau nak naik keretapi... menjerit kesukaan la semuanya, hehehe... Hujan pulak pagi tu, tapi sebab dah janji, terpaksa redah jugak le.. Tepat jam 10 pagi, bergerak le sang kancil menuju ke stesen KTM, Kajang. Sepanjang perjalanan hujan turun ngan lebatnya, dalam keretapi pulak orang cukup ramai, padat macam ikan sardin... x der sorang pun yang nak bg tempat duduk kat anak aku yg kenit tu..huhuhu...x ada prihatin langsung orang2 Malaysia ni kan... tapi x per.. asal anak2 aku seronok... Bukan g shopping pun, tapi kak long mimi sempat la rembat kasut BUM sebab ada less 50%. Dia beli pun guna duit sendiri tau... duit PLKN le api lagi... Maknya cuma belanja makan tengahari jer..... maknya malas nak shopping selagi x jejak PDG/Bkt Tinggi. mana tau kat sana boleh rembat banyak barang lagi. Selepas dah sampai Kajang, saya pun tanya kat anak-anak, nak naik lagi tak keretapi, Serentak diaorang cakap Nakkkkkkkkkkk. Bebudak ni semua sanggup asal dapat jenjalan....

















3 comments:

  1. kak...
    ok je akak punya komen ni...wah...tak sangka dah ade 5org anak besar2 lak tuh...uishhhh

    ReplyDelete
  2. Terima kasiah Azian. X tau nak godek mana, ingatkan nak kene sign-in dulu ke

    ReplyDelete
  3. Yang sulung umur dah 18thn. Yg kecik tu 3 thn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...