4 hari yang memenatkan, tapi puas hati...
Ce citer ce citer...
4hb Jun 2011 (Sabtu) 1 family pergi attend wedding sepupu hubby kat Sungkai. Keluar rumah dalam kul 10 pagi, ingatkan nak sampai awal (tau2 je la kan, cik abang ni kalau nak g rumah sedara-mara dia, memang nak lama2 dok kat situ, lama x jumpa katanya.. byk la citer kan..) Masuk jer highway, tengok2 jalan jem giler... Sampai Sungkai dah kul 2 ptg gitu..bayangkan ler tu kannn..Dah makan2, borak2 & bincang2, weols setuju nak balik kag Bota pulak, x pada hal baju sorang un x ader ni, tapi cik abang janji kita beli la selai 2 memasing nanti. Ok la kan..anak2 memang suke la dapat baju baru lai...
5hb ahad, biasanya kalau dok kampong hphone memasing off. Dah petang baru dapat mssg dari anak yang sulung, mengatakan dia dapat masuk MATRIK Selangor. Pendaftaran 6hb Jun 2011, bermakna esok nya kene daftar. Aku sebagai ibu memang la suka kalau dia ambil matrik ni. Oleh kerana masa yg dah suntuk, anak siap cakap, x per la mak, along pun dah suka dok kat Kolej Unifield ni. Dia x tau dalam hati maknya nie, dah kacau bilau dibuatnya. X sabar rasanya nak g office, buka website Matrik..huhuhu
6hb Jun 2011, sampai kat offcie, apalagi dah x ingat nak b/fast, terus buka PC. Dah baca semua & paham segalanya, Masa ni memang sibok giler la, asyik2 kol anak, kejap2 kol MATRIK. Siap buat surat penangguhan sehari. Sampai ke tengahari jugak la saya dok sibok ngan kes ni. Dah settle semua baru lega skit (skit je ye.. selagi x ambil anak kat kolej Melaka tu). Siap mintak kebenaran ngan boss balik awal, hehehe
Malam tu g ambil anak kat Kolej Unifield Melaka tu. Sampai rumah kat Kajang lebih kurang kul 12 malam. Gesa anak suruh tidur sebab pepagi esoknya nak bertolak ke Banting pulak kan.
Sampai Banting, sebelum g MATRIK tu kene buat bayaran ke BSN (RM425 untuk Sains). Bukak akaun Bank rakyat untuk anak sebab elaun akan dibayar mesuk situ. Kul 12 jugak la baru settle semua kat Bank2 tu. Sampai MATRIK Selangor tu terus daftar & terus hantar anak ke asrama. Lepas settle ngan barang2 keperluan, bawa keluar anak untuk makan tengahari & cari brg keperluan yg tertinggal serba sikit tu.
Alhamdullilah.. harap2 along dapat belajar kat sana. Mak doakan Along dapat buat yang terbaik.
No comments:
Post a Comment