Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog. Sudah 7 hari kita semua umat Islam meraikan Syawal. Sekejap je rasanya masa berlalu. Tiada apa yang nak diceritakan sambutan Syawal ni, semuanya biasa2 sahaja. Raya tahun ni saya sekeluarga meraikan Syawal di Melaka, sedikit kecewa sebab tiada mak tersayang dipagi Raya, al-maklumlah... mak sudah bersuami baru... tapi tak per la, mak bahagia, kita anak2 cuma mendoakan yang terbaik untuk Mak tersayang.
Beraya la saya sekeluarga dengan adik sekeluarga. Apa-apa pun raya kami tetap meriah dengan hiruk pikuk anak-anak, anak2 buah & jiran2 yang datang bertamu. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment