Monday, October 29, 2012

Hari Raya Qurban 2012

SALAM AIDILADHA 2012 kepada semua Umat islam Seluruh Dunia. Selama bercuti 3 hari, baru hari ni berkesempatan nak bercerita dalam blog yang tak seberapa ni. Cuti Aidiladha bermula hari Jumaat 26 October 2012 (sehari jer cuti) tapi bersambung dengan cuti hujung minggu, cukup ler, tu yang tak ambil cuti sebab beraya pun di rumah SIL di KKB. Berkumpul adik beradik hubby & adik beradik sebelah biras. Hari khamis tu weols masih bekerja sehingga kul 5pm, ingat nak balik awal skit TETAPI hujan dah turun ngan lebatnya, terpaksala lewat skit dari perjanjian ngan hubby pagi tu.. nak buat camner kan. Sib baik dalam kul 5pm tu ujan dah berhenti, sampai rumah dalam kul 5.30 jugak ler.. laju tak hubby bw motor.. dari Petaling Jaya ke Kajang... alhamdulillah selamat sampai kat rumah weols kat Kajang...Sebenarnya hubby dah berjanji ngan abang iparnya nak buat lemang, ingat nak tolong ler mana yang patut, TAPI tak dan jugak sebab masa weols anak beranak bersiap-siap nak bertolak dari Kajang sebelum magrib tu, Hujan turun ngan lebatnya, bukan tak boleh nak berpayung semua tu, tapi ni memang lebat sungguh, camner nak ke kete ngan bag bagai kan, mesti basah jugak la nanti anak2 weols tu semua. Kereta weols letak kat parking luar rumah, tu yang susah skit, parking kat dalam dah penuh ngan Motor2 weols yang 5 buah tu...huhuhuhu... Tunggu punya tunggu last2 weols anak beranak bertolah dari kajang kul brape Uols semua nak tahu????? Kul 9 malam tau...huhuhuhu... Rasa2 maunya sampai kat KKB ni dalam kul 11 malam jugak ni. Dalam Kete anak2 weols semua dah bising nak makan, berhenti la makan dulu kat Restoran ala2 Thai. Weols sampai ke rumah SIL kat KKB tu dalam kul 11.30 jugak ler... sampai2 jer tgk2 biras tu tengah memungut batang2 lemang nak di bawa masuk ke dalam rumah, MAKNAnya dah beres semua...hehehehehe Sorryyyyy ye En. Md Noor sebab weols tak sempat nak menolong..

Pagi raya tu weols semua makan lemang dengan rendang ayam sahaja bersama menu sampingan mee rebus. Alhamdulillah, rezeki allah bagi. Ada lagi 1 kerja rupanya yang hubby & abang iparnya beserta maknya dah sepakat nak buat IAITU dodol. ini bermakna kene kacau dodol la kite..hehehe iols tak campur ye bab kacau2  ni ye.. badan tak larat..hehehehe

sebelum waktu sembahyang jumaat, MIL, SIL & Ipar duai yang 2 ke 3 family tu sama-sama menyiapkan bahan2 nak buat dodol tu. Dalam kul 11.30 bahan2 dodol dah siap sedia nak dinaikkan ke atas api. Ini bermakna yang pompuan kene kacau duluuuu... hehehehe tapi sib baik masa dodol tu tengah cair. Kiranya masa dodol tu dah pekat kaum adam la pulak kene kacau itu DODOL...


sebelum nak kacau dodol tu, kene lah buat tunggu api nya dulu kan

SIL Sarimah tengah kacau dodol

selepas penat semua, petang2 tu weols dengan 3 kereta jenjalan ke Empangan KKB, saje2 hirup udara segar selain melihat tadahan air yang semakin surut..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...