Hari ni, Emak & Atok terchenta pergi lagiiii untuk mengerjakan Umrah. Bestnya rezeki emak, ahkak sebagai anak memang sentiasa mendoakan kesejahteraan emak sebtiasa. Bila la rezeki ahkak pulak nak ke sana kan...hukhukhuk.. Kadang-kadang rasa cemburu melihat pemergian emak ke sana entah ke berapa kalinya. Rasa-rasanya setiap tahun selepas mengerjakan Haji. Pernah jugak emak pergi dibulan puasa, genap sebulan sebab nak merasa berpuasa kat sana katanya... memang rezeki emak memang murah sekali. Kalau diingat-ingat masa kitaorang masih kecil-kecil, mak la sorang menjaga dan mendidik kami lapan beradik tanpa seorang lelaki bernama suami. Ayah kami telah meninggal dunia pada tahun 1980, masa tu mak masih berumur 36 tahun. Nenek yang sakit tua & nyanyuk, emak kami la menjaganya selama lebih kurang10 tahun. Mak tak pernah bising, walaupun adik beradik mak ramai, tapi sorang pun x hingin menjaga. Iye la kan.. sape la nak melayan kencing berak nenek yang bertaburan merata-rata. Bak kata pepatah " Mak boleh menjaga anak 10, tapi anak yang ramai tu belum tentu dapat menjaga emak yang seorang"..Seingat ahkak la, emak walaupun berstatus JANDA mak tak pernah mendapat sebarang bantuan di kampong tempat lahir emak sendiri. Tak pada hal, apa salahnya bagi bantuan untuk nenek kami tu ajer, tapi hampeh... Setiap tahun emak hanya mendengar orang itu.. orang ini mendapat bantuan kerajaan walaupun orang tu ahkak rasa lagi senang dari mak ahkak. Bayangkan emak ahkak dari kerja penoroh getah (smpi rosak la kulit pokok getah) sebab mak x pernah tau nak toreh, tapi disebabkan kesempitan, emak buat jugak, last2 emak kerja sebagai "Konduktor bus" sehingga la mak pencen. Orang kampong & sekeliling hanya tau bercakap "Mak Orang Kaya" alhamdulillah berkat mulut orang kampong yang selalu mengata mak "Orang Kaya" akhirnya menjadi kenyataan. Bukan la bermakna mak dah menjadi orang kaya, tapi cara hidup mak tu..Ahkak memang respect ngan cara Mak.. mak seorang yang baik hati, banyak mengalah, hanya menurut jer..ikut jer...arahan orang2 yang berlagak kayo, kadang-kadang kami adik beradik marah jugak ngan mak.."Mak ni ikut jer acik ni suruh.. tapi apa yang mak dapat..huhuhuhu...itu la antara kata2 weols adik beradik. Selalu time nak mengundi, mak la orang suruhan kaki2 bodek UMNO.. bantuan 1 pun x dapat... x per la.. dah bukan rezeki mak.. Tapi kami bangga dengan emak sehingga kini............
Alamak, beremosi pulak ahkak...ehehehehe.. Ampunnnnnnnnnnnn.........
gambar ehsan dari FB Qaseh Emelda
Ini la emak kesayangan kami semua, bersama "Atok" suami baru emak.. Suami baru lagi ka...hahahaha
Ganbar ehsan dari FB Annie Jay
Tak dapat turut serta hantar mak ke KLIA malam tu sebab , tapi Insya-Allah balik nanti turn mengambil pulak
Semoga pemergian Mak, Atok & Kak Long dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik serta dapat mengerjakan semua amal ibadah dengan sempurna. Kami hanya mampu berdoa semoga selamat pergi dan balik.
No comments:
Post a Comment