Wednesday, April 10, 2013

Hangat Hati...

Pagi ni memang hangat betul2 hati ahkak tau. Memang kurang ajar betul pompuan yang bawa kereta sorang ni. Sesuka hati mak bapak dia langgar lopak tu, slow2 la skit, jalan tu pun bukan boleh bw kete laju2 pun, sebab simpang 4 lagi, banyak kereta keluar masuk, jalan pun memang tak elok langsung pun, bonggol pun banyak, boleh pulak dia bawa macam pelesit. Dia ingat dia sorang je ke ada kereta, jangan pandang rendah kat orang yang bawa motor ye cik kak oiiii. Ingat orang yang bawa motor ni tak der kete ke, tak byr cukai jalan ker...

Yang buat marah sangat2 ni bukan apa, habis basah baju ahkak ni disiram ngan air lopak tu, dah la x nak mintak maap kat ahkak ni, boleh pulak dia buat muka sardin dia, dia ingat dia boleh lepas agaknya, ahkak tengok dia langgar bonggol & potong 3 ke 4 kereta jugak dengan lajunya, mcm mls la konunnya nak melayan ahkak. Tak pada hal cik hubby ahkak bw motor relax je sebab tau, kat depan nun dia akan terperangkap jugak ngan jem..hahahhaha.. last2 bila weols smpi tepi kete dia, apalagi menyinga la weols, cik hubby suruh turun kan cermin, dipaksa, klu idak tak maunya dia, bla..bla..bla..bla.. weols & dia, kalau ikutkan ahkak mau je akk tores body kete dia tu atau setidak-tidaknya patahkan side mirror kete dia tu...tapi ahkak bukan la sekejam tu kan... (tapiii cik hubby ada jugak buat sebab kekadang tu geram gak sebab melibatkan nyawa selalunya) Ahkak malas la nak bertekak lagi, tapi jom kengkawan semua baca Artikel yang akan ahkak post kat sini. Untuk renungan kita semua...
Untuk anak2 ahkak juga yang 2 orang tu, baru dapat lesen, setiap kali diaorg nak memandu, selalu sgt ahkak ingatkan dia pasal side mirror, pandang motor bila nak ubah line..itu ini..itu ini...


Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,Seluruh Negeri,... Malaysia.
Tuan/Puan,
Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa: Kami berhak menunggang motorsikal didalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan. Kerana kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai LORONG KECEMASAN.
1) Tidak perlubunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.
2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan, dan ada penunggang motor di laluan bertentangan, kami layak dihormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak.
3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar lorong, sebab yang parah bukan anda tapi kami.
4) Penunggang motorsikal seperti kami BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati sama seperti orang lain.
5)Kepada pemandu kereta yang merokok,jangan sesuka hati mencampakkan puntung rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu jika ada penunggang motorsikal atau pengguna jalanraya yang lain. Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam pakaian penunggang motorsikal dan membahayakan kami.
6) Jangan hina kami hanya kerana kami menunggang motorsikal. Allah dah turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu berbangga dengan harta dunia.
 
Sekian.
Yang menunggang motorsikal..
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...