Tuesday, March 18, 2014

1st Day at HCM, City

Assalamualaikum..


Nak citer pasal g trip ke Ho Chi Min, Vietnam pulak pagi ni. Pergi sana pada 5hb Mac 2014 - 17hb Mac 2014. Pergi bawa kakak2 ipar & seorang biras lelaki. Sebenarnya tak terlintas langsung nak ke sana pun sebab dalam hati nak g Bandung jer ngan En. Hubby, tapi entah macamana boleh pulak ahkak ter"offer" diri untuk membawa kakak2 iparku itu sebab sebelum ni ada pengalaman ke sana kan. Kejadian ni berlaku masa SIl yg sulung ajak g HCM ni dengan agen mana entah dengan harga RM1500 siap semua katanya mcm makan minum, hotel & transport KECUALI shopping la kan, kene sediakan sendiri. Bila dengar jer harga banyak itew terus je ahkak bersuara..Mak aiiii mahalnya, kita boleh pergi sendiri jer, bukan susah sgt pun nak ke sana, pada bayar byk2 kat orang baik kita g sendiri, duit tu boleh kita buat2 shopping, betul idak... (dengan bangga diri la kunun...kihkihkih)...apalagi SIL pun suruh ahkak booked semua, tapi bab booked ticket ahkak suruh SIL buat & hotel sebab ahkak tak pki duit plastic dik nun oooiiiii...Ahkak cuma cari hotel & travel agent utk sehari jer. Tempat2 shopping & tempah baju ahkak tunjukan..kira2nya ahkak ni jadik tourist guide tak bertauliah lah yang dilantik oleh kakak2 ipar kesayangan ahkak itew..hikhikhik..

5hb tu kul 11.30 kot weols 6 orang get ready to fly ke Vietnam...

Excited giler group makcik2 kiah nak shopping kan.. sampai Airport Tan Son Nhat International Aiport (SGN) ahkak mencari teksi Vinasun yang dikatakan ramai forumer forum guna khidmat Vinasun ni sebab tak kan kene tipu, tapi tau2 jer lah kan ahkak pergi ngan sorang biras lelaki yang klau boleh tak nak semua menyusahkan macam tak nak tunggu2 lah kiranya, apalagi dia g ambil teksi yang mengenakan charge USD20, klu ikutkan sebenarnya charge teksi dari Airport ke Hotel cuma 160,000 VND jer atau lebih kurang RM17- RM18 jer,  tapi ni dah kene mahal giler (kira sendirilah ye USD itew...huhuhu)...kira mahal la kan. Yang lelain terpaksa ikut jer rentaknya. Tapi masa balik biras ni siap ckp lagi..ok nanti balik suruh pihak otel panggil teksi Vinasun..(tak payah cakap abang oiiii... sebab memang teksi tu yang akan datang ambil kita nanti)..

1st time pinjam monopod anak, boleh jugak guna berselfie sebab bukan senang nak suruh diaorg ni nanti kan..

Bersama SIL2 ahkak semua..

 Ni taukeh restoran Muslim, Hajjah Basiroh, lunch kat sini

Biras ahkak bergambar ngan taukeh restoran, aik nak berniaga kat sini pulak ke abang... (biras ahkak ni taukeh restoran gak kat Kuala Kubu Bahru (KKB)  ye...

Dah kenyang weols memualakan operasi meredah Pasar Ben Than, syurga membeli belah kain2 pasang @ ela oleh orang2 Malaysia ye sebenarnya ahkak dah target dari Malaysia sampai2 jer mesti cari kain2 utk buat dress anak2, tukang jahit pun ahkak dah whatapp lama dah buat temujanji.. malam ni dah janji dengan Ms. Lan C tukang jahit ahkak nanti untuk datang ukur dalam bilik otel.

Tapiiii... banyak kain2 cotton semua patern lama & tak cantik dari pandangan ahkak ler.. orang lain ahkak tak tau la ye.. Oleh kerana dah janji ngan taylor malam ni nak datang ukur terpaksalah cari jugak, last2 rembat jugak ler 4 pasang kain lycra, jangan tidak kan sebab kebanyakannya ahkak tak pekenan weiiiii...SIL2 ahkak, diaorang giler merembat vietnam silk, ahkak malas nak beli sebab corak semua corak lama, masa ahkak g dulu pun corak yang itew jugak...siap menempah bagai diaorang semua kat pasar Ben Than tu, memang murah lah kan berbanding kat Malaysia ni, sape tak beli & tempah memang rugi weiii..sampai Malaysia pasti nyesal... dah alang2 pergi beli2 & tempah2 semua tau...


 Menatang ni paling penting tau...

 nengok elr kakak2 ahkak ni, menyopping kain tak ingat..

Tengok ni, baru 1/2 hari memasing dah bawa balik 10kilo ni, macamana ni weiii... luggage bertambah gamaknya...

Sape2 yang rasa2 nak ke Ho Chi Min Vietnam untuk shopping jangan lupa booking Hotel yang berdekatan ngan tempat2 shopping yer, bukan apa, dah penuh kat tangan kita boleh lari balik masuk bilik hantar barang & turun balik sambung shopping, klu terpisah nga  kengkawan pun senang, balik jer sendiri, macam ahkak ler, ahkak ni jenis suke sendiri2 kalau bab2 shopping ni, tak suke sangat nak tunggu2 & menanti2 ni, leceh.. 

Untuk 1/2 hari shopping2 kat pasar ben than & sekitar hotel tu jer, weols semua merembat tidak kurang 10 kilo sorang, ambik ko.. itu pun tak cukup lai tu siap janji lepas sembahyang kita turun lagi shopping..yeahhhh..

Lepas sembayah maghrib & melepaskan penat sekitar dalam bilik weols semua turun lagi meredah pasar malam pulak


 sebelum memulakan operasi meredah pasar malam, weols tunggu C taylor ni, nak tempah dress lah, jubah lah, blouse lah..

 Untuk penggemar kopi, mesti rasa & beli tau, sedap bangat...

berguna jugak monopod ni kan..


 adik ni cakap ahkak orang kayo...aminnnnn...

 dah penat2 meronda, kita minum dulu kopi shake


Ok, cukup lah sampai sini dulu cerita ahkak untuk hari pertama berada di Ho Chi Mint City.. Esokkkk kita sambung citer lagi ye..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...