Friday, April 04, 2014

2nd day - Part 2

Assalamualaikum... Jom sambung Part 2 untuk hari ke2 pulak, sebenarnya dah x ada modd nak sambung citer sebab dah lama tergendalakan. Tapi tak per lah saya buat sehabis ringkas untuk habiskan Part 2 ni ye.. Selepas berpeluh ketiak mendayung sampan (macam iyo iyo jo kite yg mendayung).. group ahkak terjah memborong kraftangan kat jeti tu pulak sebelum bertolak balik ke bandar Ho Chi Min. Mana2 pergi mana pernah tak menghabiskan duit untuk shopping kan kengkawan, orang pompuan biasalah bab2 shopping ni macam satu kewajipan, ahkak tak tau ler kot2 ada kaum hawa yang tak berapa minat nak shopping, kalau ada memang ahkak tabik spring ler & boleh mintak petua macamana boleh tahan hawa nafsu untuk membuang duit semua tu.

ni antara gerai2 yang terdapat dijeti tempat last pelancong sebelum bergerak balik ke bandar ho chi min.. ahkak kat sini memborong homemade bag, tshirt HARD ROCK (kemain lagi, tapi kain quality tip top dengan harga mampu milik tau) & key-chain untuk buah tangan sedara mara & kengkawan, jangan tidak, dah pergi tempat orang kan, beli la skit sebagai ole2 dari sana.

Lunch time group kat restoran Pakcik Yusop ni, rupa2nya Pakcik yusop ni pandai tul berniaga, ingat sebagai agent jer rupa2nya ada restoran, hotel semua tu.. boleh tahan jugak makanan kat restoran pakcik yusop ni taw, masakan dari airtangan orang Siam lagi tu.. boleh tahan sodappp...

sampai2 kat restoran tu, dalam van lagi ahkak & SIL2 yg lain dah menjerit kelakar sebabnya ada tempat boleh buang duit lagi, sebelah restoran tu Pakcik Yusop ni siap buat kedai jual2 tudung2, telekung2, kain2 & bag2 pelbagai bentuk.. dah namanya pompuan, masa makan pun tak tenteram sebab dok jeling2 hak sebelah tu, dah x sabar nak menyopping. Kat sini memasing sibuk menghabiskan duit termasukler ahkak dengan membeli hand luggage seketul color merah u & sehelai tudung ala2 Fareeda tu, tak padahal hari pertama ahkak lah orang yang paling banyak memborong tudung2 ala2 Aisya tu (nak jual kato kau kat Malaysia ni..) SIL ahkak mula2 menyombong tak nak memborong tudung tu, last2 bila ahkak dah cakap kat Malaysia orang jual RM90 selai, nanti nyesal kalau tak grab, baru ler memasing membeli, last2 ahkak tengok dah dok sama banyak diaorang membeli macam dah nak berniaga gamaknya..kihkihkih...

Ingat2 lepas dah penat memborong kat kedai Pakcik Yusop, boleh terus balik bilik otel, rupa2nya idak, anak pakcik usop ni pandai tackle weols semua untuk menghabiskan duit..huhuhuhu.... Abdullah anak pakcikusop ni bawa kat satu kedai (kedai ni bukan area kedai2 tu tau, ni kat area taman perumahan), tak tau nama tempat, lupa dah nak tanya, tapi rasanya nak pergi ke sini macam jauh dari area otel & ben than, sebabnya jumpa 1 pasang laki bini dari Kelantan yg tumpang van weols untuk balik ke otel. Lupakan citer pasal kedudukan kedai ni ye, nak citer kedai ni jual kain2 pasang yang sangat2 murah, siap boleh tempah siap SEHARI uols... SIL ahkak ada 2 orang ni siap tempah sorang 2 pasang, ahkak & yang lain2 beli bj readymade jer... harga baju readymade antara RM25-RM40 jer sepasang siap batu & manik, tengok patern la ye kengkawan. Kalau beli kain sulam siap tempah baju kurung moden RM80 siap sehari "tekau" kata2 org kampong den..

KENGKAWAN SEMUA ADA RASA TERUJA TAK NAK KE SANA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...