Assalamualaikum..
Nak sambung citer Krabi la dulu. Ingat dah abis citer ni, rupa2nya banyak lagi. Ni citer sempoir2 jer lah, sebab banyak citer tertangguh dah ni.. Sebab dah terlalu lama tak updated blog, citer g Krabi ni pun dah lupa tarikh bila..huhuhu...Tengok calender pun ingat2 lupa dah ni.. ok lah rasa2nya ni nak citer hari ke2 bersama group. Hari 1 Jumaat terus ke Krabi, menginap di Hotel Thai namanya. Pagi sabtu 8hb Nov 2014 kami semua ronda2 di Krabi, niat asal rupa2nya ada Krabi Bike Weeks, ahkak tak tau bab2 ni rupanya, ikuttttt jer En. Yusoff, dia pun tak cerita, ingat g sana saje jalan2 gitu jer, rupa2nya ada Pesta ni. Tapi sayang seribu kali sayang, pergi sana, asyik hujan je la pulak. Ride weols memang lencun sentiasa sebab bermandi hujan. Macam ahkak & ramai jugak lah yang tak pakai rain coat sebab jacket riding kami semua waterproof gitu, selamat la skit baju, tapi seluar memang lencun habis, tapi sebab kita ride bermotor, time ride tak hujan seluar kering dah atas motor jer.. tu yang tak heran sangat nak berbaju hujan ni semua.
Ok.. sebelum tu, malam tu Tuan Presiden group weols dah bagi info, pepagi bangun siap2 bfast kita g tapak pesta, sape yang lambat tinggal.
Memang betul pun, ada lah dalam 3 ke 4 biji 4 motor tak join weols ke tapak pesta Bike Week Krabi pagi tu. Yang ada ni sampai2 tapak tengok2 belum ada apa pun, cuma persiapan kecil2 baru diaorang buat, masih kosong. Tanya diaorang cakap dalam kul 3 petang baru jual T-shirt, malam baru perasmian.. Gitu rupanya.. salah timing lah gitu..Apalagi dah tak ada yg dibuat, weols bergambar sakan kat tapak tu.. yang ni memang ahkak suke sebab ahkak memang suke bergambar, tak gitu.. tambah2 tuan president group ni boleh tahan garang kelakar suruh semua bergambar, semua arahan dituruti pulak tu. hiruk pikuk ngan suara dia jer..kihkihkih.. ok ahkak belanja gambar skit kat tapak pesta KRABI WIKE WEEK tu..
cukup lah belanja gambar setakat ni, gmbar byk sgt, klu boleh semua nak letak sini, buat tuan tanah kenangan...
Setelah selesai sessi bergambar, weols balik otel untuk urusan check out. Dah berkumpul semua, dalam kul 1ptg waktu Krabi, weols gerak ke Tapak pesta sekali lagi untuk urusan pembelian T-shirt. Mereka yang tak join sessi bergambar semua frust bila tgk gambar2 weols.. padan muke..kihkihkih..
Untuk pengetahuan, hujan dah mula turun dengan lebatnya bila weols nak gerak dari otel tu, Tapi group weols tetap meneruskan, nama pun Bikers Kental, apa barang takut hujan kan..
Dah sampai tapak pesta terus memasing g rembat T-Shirt sorang selai, sessi bergambar tetap ada walaupun dalam hujan. Kejap jer kat sana, semua dah dapat beli T-Shirt weols meneruskan perjalan balik ke Hatyai. Perancangan awal nak pergi pantai Aonang pun tak berjaya, ahkak rasa frust betul sebab tak jadi pergi pantai,dah lah 1st time pergi situ, entah bila2 dapat ngulang lagi kan, bukan senang nak ke situ..huhuhu tapi sebab pergi dengan group, ikutkan jugak lah..En. Yusoff cakap In Sya Allah nanti kita pergi lagi, Janji tetap Janji & tinggal kenangan jer la...
Untuk pengetahuan, sepanjang perjalan dari Krabi ke Hatyai hujan sepanjang jalan, non-stop. Nak tau weols sampai Hat Yai, dalam kul 10 malam lebih kurang, dalam kesejukan. Ahkak dah rasa seram sejuk masa sampai tu, dah tahap menggigil sampai ke tulang hitam dah rasanya. Dah tak tunggu orang lain dah, paksa En. Yusoff ambil kunci terus jer masuk bilik, mandi air panas & telan ubat. Selimut dalam selimut tebal otek. En. Yusoff relax je dia.. Alhamdulillah dia kene sehat, kalau idak macamana nak bawa ahkak & Mat Versys dia tu nanti. Dalam masa sejam, badan pun dah segar skit, boleh keluar lagi tu, join yang lain dinner, ahkak kene pergi lah jugak sebab perut dah bekeroncong dik nonnn...sib baik segar badan..Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment