Monday, December 24, 2012

Bercuti 3H2M di Pangkor - Hari 1

Alamak, dah lama g bercuti laaa... tapi baru sekarang berkesempatan nak update blog.... Macam busy bebenor la pulak. Jom la layan gambar ahkak bercuti bersama family.

Kali ni ahkak menuju ke Jetty Marina Island. Baca kat entry orang dok mengatakan kat jetty ni tak ramai orang, tu yang nak mencuba. Sampai2 masa nak beli ticket tu, ingat boleh la beli gitu jer, rupa2nya kene join ahli. Nak join ahli kene la byr RM10.00. kalau ikutkan memang ahkak tak brape suka la stail macam ni, sebab bukan setiap bulan kitaorang nak pergi ke Pangkor pun. Kad keahlian ni memang la sah sehingga setahun, tapi setiap tahun pun memang kitaorang tak akan pergi punya la.. Oleh kerana dah sampai dan cik abe pun dah malas nak pusing ke Jetty Lumut, kitaorng pun  proceed jer la. Tapiiiiii ...sekarang dah ramai orang naik melalui Jetty Marina ni tau.. perjalanan ke Pangkor melalui Jetty ni hanya lebih kurang 10 minit jer.. tapi kalau ikutkan ahkak, mcm tak best la, kejap sangat duduk, dahhhh sampai...huhuhuhu Tapi ikut keselesaan masing2 la ye...

sebelum naik Feri, bergambar di jetty

 Wajib ambil gambar bila dalam Feri kan..hehehe

 Budak kecik comel ni, dah tak sabar nak terjun kolam katanya... kesian dia tak tau lagi ni, bilik yang mak dia sewa mana ada kolam..huhuhu... tak per..kolam besar ada (laut)huhuhuhu
 Sampai je kat jetty Pangkor, ramai tul pengusaha Van color pink ni yang akan mengerumun kita. Masa ni ler dia kan tanya kita nak ke mana atau dia kan bawa bersiar-siar dulu sekitar Pangkor. Ahkak decide nak bersiar-siar dulu sebab lambat lagi nak check-in. Sebelum ni pun memang tak tau ada tempat-tempat sejarah yang boleh kita lewati kat Pangkor ni. Dulu pergi terus jer ke otel. Pak Supir ni charge RM70.00.  untuk pusing2. Katanya kalau biasa RM80.00. Puas la mintak RM60.00, tak dapat juga, katanya inilah harga paling murah pengusaha Van pink ni semua boleh bagi... Penipu!!!!!!!!!...huhuhuhu sebab bila borak ngan pengunjung lain.. ada yang boleh dapat RM60.00 tau...

dah la Van buruk, anak ahkak semua komplain..huhuhuhu

Mula-mula weols semua g melawat Kota Belanda. Cuasa panas betul masa ni..





lepas tu weols berhenti jap kat Batu Bersurat

lepas tu singgah jap kat Muzium Karagkarf pulak
 

Banyak jugak tempat bersejarah yang boleh kita lawat kan.. Yang ni dah lupa nama tempatnya. Kira tempat tokong2 orang2 Cina gitu... cantik tempat ni tau, boleh tengok ikan besar lagi tau... Memang betul2 besar tau ikan tu...








 Siap ada padang permainan untuk budak2 lagi...

 Kat mana ada pelancong kat situ mesti ada penjaja kan... Best shopping kat sini, semua murah2 jer ahkak rasa. Topi yang ahkak beli pun boleh dapat RM8 tau. FM ahkak pun beli kat sini, sib baik beli kat sini hehehehe... kalau idak, kat tepi pantai ahkak tanya, berganda tau harganya..

lepas penat jalan2.. weols dibawa ke kilang Satay ni. Kat sini jer ahkak & MIL dah berabis, nak tau apa tak kitaorang beli...hikhikhik
Kitaorang beli ikan bilis la.....hahahahaha Kalau sesiapa yang masuk Pangkor, cuba la beli ikan bilis Pangkor ni tau, sebabnya.....rasa lebih sedap...Tak rugi punya.. Ahkak smpi berkilo-kilo beli..hikhikhik


dah penat berjalan & membeli belah...hehehehe perut pun dah berbunyi, dah lapar uols..
Weols lepak makan tengahari kat tepi pantai ni. tengok tu C kecil ku dah tak sabar2 nak terjun laut nmpknya.


 Mula2 sikit2 kaki dia tu dia g cecah kat gigi pantai tu, last2 lencun sudah....X der pulak gmbr Nuri mandi sorang2 kat sini...lupo dah nak snap..



jam pun dah menunjukan pukul 2 lebih. tengah elok2 check-in ni... ni la tempat penginapan kitaorang, Suria Beach Resot. Tak sangka bilik besar & yang lebih penting selesa. berbaloi la bawa MIL & 2 org anak buah lagi. Bilik air sampai 3 (besar2 pulak tu). Ingat nak booked lagi untuk next year, kali ni nak bawa semua anak2 pulak..Insya-allah.
Kita sambung lagi ye... belum habis lagi tau hari pertama kat Pangkor ni...hehehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...