Monday, October 28, 2013

Sukaneka Sekolah Nuri

Assalamualaikum..

Nak cerita pasal xtvt semalam. Weols berkampong di Bamboo Resort Sg. Pangson Ulu Langat. Sebenarnya weols ke sana sebab menghadiri sukaneka Tabika Kemas anak weols ler, C Nuri. Ahkak rasa mcm banyak kali pulak xtvt diaorang ni. Dalam setahun ada brapa kali sukan ye, tahun ni je dah 3 kali weols rasa xtvt sekolah Nuri buat kat hutan rimba, semuanya di Ulu Langat, best la kan budak2 tu semua, lepas bersukan terus terjun sungai pulak..

Untuk xtvt semalam tu hanya sukaneka sampingan untuk penganugerahan sijil & hadiah kepada murid2 enam tahun rasanya. Anak weols C Nuri dapatlah banyak hadiah untuk sukaneka diisamping dapat anugerah pelajar tulisan paling cantik..heheheh... alhamdulillah walaupun tidak tersenarai untuk pelajar terbaik, weols harap untuk next year tahun 1, weols harap nuri akan lebih matang & bersemangat lagi untuk belajar lebih pandai. Semoga menjadi pelajar harapan sekolah gitu, harap2 begitu la kan..aminnn...

 Seminggu dua sebelum ni, setiap kali weols balik kerja je, C Nuri pasti suruh weols berdoa agar xtvt kali ni berjaya untuk mandi manda. Mana taknya sebelum ni, cikgu diaorg janji nak g mandi sungai ke kolam ke last minit hujan turun lebat. Alhamdulillah semalam semasa berlangsungnya xtvt ni, semua pelajar2 dapat mandi dengan riangnya termasuk la ibu bapa memasing..hehehehe..










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...