Monday, November 11, 2013

HARI KONVOKESYEN

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera semua...


Pejam celek pejam celek dah penghujung tahun rupanya. Sekejap je masa berlalu. Hari-hari terakhir sekolah kebanyakan sekolah2 di Malaysia semua sibok mengadakan Majlis Konvokesyen. XTVT ni ahkak rasa sejak setahun dua ni je mengadakan hari Konvo dengan mengenakan "Baju Jubah" tu, dulu2 seingat-ingat ahkak lah pakai jubah ni, hanya untuk hari Konvo di Universiti universiti jer, sekarang ni idak lagi weiii... baik yang tadika sampai la ke U semua dah standard. Baru la GAH kan.. begitu la jugak dengan C Kecilku Nunyi yang hanya bersekolah di Tadika KEMAS jer.. Walaupun tadika Kemas ahkak sangat2 puashati & bangga dengan pembelajaran diaorang ni, mereka semua pandai membaca & mengira. Tak lupa belajar sedikit ilmu pengatahuan agama. Ibubapa lain sebok menghantar anak2 ke tadika yang lebih canggih dengan bayaran ratusan ringgit setiap bulan, ahkak tak kisah semua tu. Mana2 sekolah ahkak kira sama jer, terpulang pada anak2 tu sendiri, kalau rajin belajar majulah mereka ke hadapan dan kalau yang malas tu, kira bukan rezeki anak2  pada masa ni, belum masa lagi sebab anak2 ni bukan semua sama cara pembesaran mereka, ada tu lembab masa tadika & sekolah rendah, tapi masuk je sekolah Menengah menjadi pelajar terbaik (mana tau kan..) begitu lah sebaliknya...

Berbalik pada Nunyi, sebelum Majlis sudah sibuk membuat persiapan seperti persembahan aerobic & tariannya itew.. Walaupun penat tapi semangat Nuri sangat kuat pada hari Konvokesyen dia itu.

 sebelum memulakan persembahan


 bergambar bersama cikgu




 kepenatan, Kesian kat Nuri...

Tapiiiii Nuri banyak dapat hadiah tau.... Kira selamat skit duit ahkak dan abahnya untuk permulaan Standard 1 nanti...

P/S: Abah dan mak berdoa & berharap agar Nuri teruskan semangat ingin belajar ni sampai bila2 supaya Nuri menjadi anak yang pandai & menjadi kebanggaan keluarga, walaupun Nuri banyak ragam tapi mak & abah tak kisah pun sebab mak abah sangat sayang kat nuri & kakaknya semua. Mak abah sayang ketat2 korang semua..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...