Thursday, December 19, 2013

Berjimba di PD 3H2M

Assalamualaikum....


Cuti sekolah dah lama berlalu, dah nak bukak sekolah pun, ahkak baru berkesempatan nak bawa anak2 g holiday (holiday la sangat kan..) Kali ni ahkak bawa anak2 g Port Dickson jer sebab niat mulanya nak balik kg terus, tapi bila tiba waktu yang dijanjikan, kol mak kat kg, tengok2 mak& tok abah ku nak ke Puchong Pahang plak, xtvt setiap minggu mak & tok abah ku itew. Last2 cancel balik kg tunda pulak minggu ni 21hb itupun setelah urusan nuri kat sekolah selesai..Elok jugak tu balik minggu ni sebab boleh bagi mak duit lebih skit sebab bonus ku sudah keluar..hehehe..

Kali ni holiday weols tanpa Kaklong & Kakngah. Weols ber5 je nampaknya, itu pun macam terpaksa jer merelakan hati ni pergi berholiday, kalau ikutkan hati mau je tunggu semua anak2 ada bersama, tapi betul jugak cakap my hubby, klu tunggu bukan tentu kita ada masa pulak masa tu, elok la kita layan ni dulu, lagi pun ada berjanji denganC Kecil Ku Nuri sempena menyambut besday yang ke 6 tahun. Weols tempah apartment kat kawan. Sampai2 sana baru weols teringat tempat tu dah tukar nama dari Tiara Beach Resort bertukat ke Best Western pulak Mandi manda di kolam dah kene bayar ikut sessi. Sessi pagi kanak2 RM25.00 seorang, klau ambil 2 sesi pagi petang RM40.00. Dewasa sesi pagi RM35.00 & sesi pagi ptg RM55.00.. itu untuk sehari ye. Kalau nak mandi setiap hari, bayor jer la ikut harga tu, tapi uols jangan risau ulat2 ticket (pasaran gelap) ado uols..hhehehe.. murah la skit.. boleh lah untuk tidak menghampakan anak2 uols nanti.

layan gambar2 selama weols di PD kat bawah ni

 Weols sampai PD dah petang dalam kul 5 kot.. dah tau kolam kene byr, weols berpendapat mandi esok jer utk anak2, nak mandi masa tu mmg rugi la kan, dah bayar maheii.. pujuk nuri main basikal, alhamdulillah sib baik makan pujuk..



 Siapa yang dah biasa lepak kat sini, memang tau la xtvt resort ni.. semenjak bukak kot sampai la ni, sama je weols tengok, tapi tak per la asal kitaaaa enjoy!!!!!!!!!!!!!

 Pagi hari ke2 di PD, weols sarapan di pekan Pasir Panjang, lepas minum makan semua, weols ronda2 dan jumpa kawasan ni... lepak la kejap..

 Oleh kerana nak mandi kolam sangat & weols rasa bayaran yang dikenakan tidak masuk akal, weols pujuk lagi C nuri, jom la kita mandi pantai lagi best... berjaya lagi pujuk nuri.. sebenarnya nuri ni sebenarnya tak kisah pun nak mandi kolam ke laut, asal dapat mandi. mandi la akhirnya nuri kat laut dari pagi hingga kul 1 lebih kurang. Balik otel pujuk suruh tidur (supaya lupa psl kolam..huhuhuhu.... teruk tak mak abahnya..huhuhu...) bangun tidur lebih kurang kul 5pm, weols pujuk nuri main basikal lagi untuk ke2 kalinya..



 Malam tu plak weols cuba makan di Medan Ikan bakar di Pasir Panjang ni, pagi weols jumpa & nampak macam menarik je.. makanan not bad la..tengok la C nuri klu jumpa kucing sanggup tak makan & berani plak bergaduh ngan budak yang dia tak kenal pulak tu pasal C Meow ni..


Hari ke 3 pepagi lagi ahkak dah kejutkan nuri & lily suruh bangun sebab tak nak la menghampakan niat asal diaorang ni nak mandi kolam kan. mana mungkin mak abah diaorang ni sanggup buat macam tu kan. Nama pun Mak abah, macamana pun kesian tetap ada & sedaya upaya akan turut kan kehendak anak2 jugak kan..sebenarnya tuan rumah dah cakap & beri no. ulat ticket utk mandi kolam tu, tapi tau2 je la abah dia ni, kalau setakat sehari ke atau setengahari, dia x nak kol, beli jer la katanya, tapi ahkak ni lain, kalau dapat peluang ni apa salahnya kan, kalau dah boleh jimat kita grab jer, kalau FREE lagi lah ahkak suke...

Mintak jugak no phone budak tu, walaupun pada mulanya hubby kata tak usahlah, g la beli kat counter, bertekak tekak kejap, last ahkak berjaya kol, dapat la RM15.00 seorang, beli la 2 sebab memang tinggal 2 je lai ticket...fuhhyooo laku betul budak ni buat business...merasalah anak2 ahkak mandi sebelum check-out. Ticket dapat 2 tapi yang mandi 3 orang, macamano tu..hehehe ticket 1 tu weols pasang kat tgn C kakak bg besar skit, mandi lebih kurang bagi kat C adik pulak.. memang puas la mandi wpun berkongsi ticket. C kecil nuri mmg tak usah cakap la, terjun kolam kol 9 pagi sampai wisel berbunyi kul 12pm pun masih tak nak naik.. siap lari2 lagi tu, tapi memang cayalah penjaga kolam ni, diaorang ni memang pekerja contoh la sebab wisel berbunyi jer 12pm tu semua kene naik sebab sesi pagi dah tamat, selagi tak naik selagi tu dia akan tiup wisel tu panjangggg... C Nuri pun senanglah naik..dah kecut2 jari2 semua tak dia heran pun, kita pulak yang risau sebab bangun pagi dah la tak menyusu apalgi akan, tapi nuri still relax jer...ermmmm anak....anak...anak...




 sebelum bertolak balik ke K El, ahkak ajak en hubby g bergambar kat sini, pada mulanya dia tak nak sebab lain jalan katanta, tapi biasalah my hubby ni sporting jugak la orangnya. Setelah berjaya dipujuk, last2 dia selalu ikut jugak kehendak bini dia yg banyak songeh ni..bukan senang kan nak datang sini, ambil la peluang bergambar mana yang patut..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...