Kejap je ahkak rasa cuti sekolah tahun ni, dah nak sampai kepenghujung tahun sudah. Tahun ni anak2 ahkak semua ada bersama ahkak, maksudnya yang tinggal ngan ahkak ler, anak yang 2 orang tu dok U la kan. Bukan apa, pantang cuti sekolah panjang selalunya hujung tahun ler, mesti anak2 ahkak dah pos ke kampong, tak kiralah kg Melaka ke Perak ke. Selalu masa diaorang kecik2 ahkak memang suka tinggalkan di Melaka bersama neneknya, tapi semenjak neneknya dah ada peneman, anak2 lebih suka ke rumah opahnya pulak.. tahun ni jer diaorang dok memerap kat rumah jer..ok apa, tak lah bil phone melambong tinggi kan..kihkihkih...
Eh..eh...eh... melalut plak dah citer, sebenarnya nak citer pasal persiapan baju2 sekolah. Ahkak ni ingat nak tunggu bonus jer, nak beli sekali semua, senang citer, tapi tunggu punya tunggu bonus lmbt pulak keluar (macam tak biasa pulak kan), bonus ahkak keluar macam biasa jer, setiap tahun tapiiiiii C kecil nunyi dah asyik meminta jer bila g shopping mall, last2 masa cuti besday sultan selangor semalam 11.12.13 (fuhhhh cantek nombor..kuikuikui...), ahkak ambil kesempatan beli la ikut fulus yang tinggal kat purse ahkak ni. dapatlah C Nunyi bag brand Hello Kitty, kasut sekolah brand Babies & baju sekolah kebangsaan 2 psg & sekolah agama 2 pasang. Oleh kerana bawa C kakak yang 2 orang lagi tu, kesian plak nengoknya, walaupun dah janji tunggu mak dapat bonus ye (bukan tak boleh guna duit abahnya, tapi kesian plak dah banyak dia belanja weols anak beranak, lagipun weekend ni dah la nak dok Otel 3 hari 2 malam, duit lagi tu....) alih2 beli lah jugak kasut sekolah je sorang sepasang untuk C kakak Nabila & C kakak Lily, jadiklah, nanti shopping lagi ye anak2 ku sayang....
gelagat c kecil ku Nunyi bila kene sakat ngan kakak2nya...kakak cemburu la..apa lagi...
No comments:
Post a Comment