Tengah rajin ni, semua cerita bulan lepas dah keluar balik ni... kene cepat update, kalau idak terbangkalai lagi..huhuhu..
Ni kisah my eldest daughter pulak, sebenarnya budak2 U cuti sebulan kan, tapi ahkak dapat jumpa Kak Long hanya lebih kurang 2 minggu.. knape??????... sebabbbb kaklong pergi kursus Pelapes Navy kat Lumut, sib baik Lumut, kalau kat Sabah maunya tak jumpa, kene la tunggu cuti semest kot baru boleh jumpa dia..
Excited giler ahkak se"family" time nak menjemput dia, sib baik kene time CNY, panjang la skit cuti ahkak weiiii, itu pun ahkak apply cepat sehari, sampaikan officemate cakap macam dia pulak yang nak sambut raya..kihkihkih....ahkak peduli apa kan.....
Hari Khamis tu sehari sebelum CNY ahkak dah start cuti sib baik budak sekolah mmg dah cuti pun tinggal sekolah agaman jer, ponteng je la C kecil Nuyi ni ..dalm kul 7 pagi gitu weols dah keluar siap2 kunci pintu rumah bagai nak bertolak ke Lumut. dalam perjalanan weols ke sana jalan clear betul, siap cakap diaorang ni tak nak raya ker..hehehehe...Perjalanan weols ikut jalan lama sebab dah dengar radio mengatakan lebuhraya DUTA jem.. ikut jalan lama weols sempat berhenti kat Kuala elangor g pasar beli ikan ketam udang 7 sayur sayuran untuk bekalan selama weols kat rumah MIL nnt. Macam weols pulak yang nak makan besar kan...
Sampai kat Lumut dalam kul 12 tengahari dapat kol dari kaklong mimi dia dah rady tunggu ke Bus Stand Lumut.
Mula2 nampak kak long, punya la happy sampai lupa nak tegur skin kaklong yang dah kelabu..sebenarnya ahkak tak pernah pun cakap pasal2 ni semua, selalu yang akan tegur abahnya & adik2nya dulu..
berhenti makan tengahari di Waterfront Lumut. Ingat dulu masa nak ambil dia, nak masuk terus Pangkor, tp kaklong x nak, boring laut katanya...boleh pulak gitu, dia tak ingat dia masuk pelapes kot "NAVY "..
Ni malam ke2 kot kat rumah Opah dia, bawa diaorang g Billion makan malam....my MIl ahkak sporting kan bila cucunya suruh senyum..
No comments:
Post a Comment