Tuesday, February 18, 2014

Fraser Hill

Assalamualaikum...

Cerita dah basi pun, tapi tak per la saje nak update untuk tatapan masa akan datang (jangan blog hilang sudahhh...). Jalan-jalan weols semua ke sini tak dijangkapun. Sebenarnya weols sefamily datang Kuala Kubu Bahru (KKB) ni sebab SIL ahkak buat kenduri berendoi cucunya yang ketiga daripada anak bongsu SIL ni. Dah ramai2 tu tau2 je la kan, dok pot pet pot pet citer, terkeluarlah cadangan nak jenjalan ke Fraser Hill ni, sebab tak jauh pun dari KKB ni kan. Udahlah kenduri semua pakai catering, dah lah dok memasing keboringan sebab kerja tak der sangat yang boleh dibantu..(atau ahkak yang malas..kihkihkih...).

Cadangan dipersetujui oleh SIL ahkak yang 2 orang ni (tak termasuk SIL yg buat kenduri ni ye..klu dia ikut, sape plak nak mengerjakan & mengemas saki baki kenduri rumah dia kan...). Oleh sebab dah pakai catering, semua benda jadik cepat habis, selepas asar bergeraklah 3 buah kete mendaki bukit FH ni, my MIL tak nak ikut..(sib baik tau dia tak ikut, klu idak puas jugak kot melayan dia, manalah tau kot2 dia mabuk ke nanti..kihkihkih..ahkak jer perasan, dia ok jer kot..ok2 memang dia tak ikut sebab kepenatan katanya, memang pun sebab sehari sebelum dia dah membuat lemang..).

Ini 2nd time ahkak ke FH ni, masa dalam perjalanan ni, ahkak tak sangka la begini ghupanya keadaan jalan yang berliku teruk, lebih teruk dari Cameron Highland ahkak rasa. Udahler 1 kete ni 2 x jugak berhenti sebab penghuninya muntah..(apa lagi kalau bukan SIL & anak bongsunya). Hubby ahkak terpaksa la dok menanti, sib baik kereta tak banyak, idak lah mengganggu sangat. Rasa hazab jugaklah bila nak ke Frase Hill dengan keadaan jalan yang teruk...

Jom la layan gambar, pot pet pot pet kan best pun bahasa ahkak ni...

Ni masa dah sampai pintu masuk FH. berhenti sebab SIL ahkak nak muntah lagi..huhuhu..
 

Sessi bergambar






makan setelah kesejukan.. memasing kebuluran (bertambah tambah)..kihkihkih...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...