Hari ni dah ramadhan ke 12. Sekejap je rasanya dah 12 hari kita umat islam berpuasa. Tahun ni ahkak berazam kununnya x nak ponteng tarawih (cuti bulanan tu tak kira lah ye...) berterima kasih sangat-sangat kat anak ahkak yg kecik ni, C Nuri ni ler yang selalu ingatkan ahkak setiap kali lepas maghrib dengan kata-katanya.."Mak!!!...mak!!!..mak!!!.. selagi tak jawab selagi tu dia akan panggil perkataan MAK tu.. lepas dah jawab baru dia akan tanya, mak pergi tak sembahyang, kalau ahkak jawab rasanya macam tak lah, mak penat (bagi reason, macam acah-acah gitu kat dia, sebenarnya saja ahkak nak nyakat dia, saje2 nak bagi bising skit..kihkihkih).. dan2 tu lah dia akan start nak memberontak...Mak kene pergi jugak...mak kene pergi jugak..kalau cakap iyeeee...dengan riang ria dia akan cakap Yeahhhh!!!!.. mulalah dia akan start isi air dalam botol (utk minum bila haus, iyelah dah penat berlari lari kan..).
Sebenarnya Nuri ni seronok g surau bukan apa, dia suka jumpa ramai kengkawan2 dia tu, bukan nak sembahyang sangat pun. Hari pertama & kedua, elok jer sembahyang Isyak, solat tarawih 2 rakaat dia boleh buat, lepas tu mulalah dia akan start ponteng sebab kengkawan dah memanggil manggil. Nuri ni ngan mak dia bolehlah diabuat macam tu, tapi bila Kak Long Mimi ada sama tak ada "chan" lah dia nak memain, kak long dia lebih rela dia tidur dari memain kat luar surau tu. tapi biasalah ahkak ni sebagai Ibu sebenarnya banyak kesian kat anak2 ni..boleh ke macam gini....huhuhuhu, bagiiii jer anak2 main, bukan ahkak tak marah tapi tu ler, nanti start lah dia nak nangis, daripada ahkak dok pening kepala melayan kerenah dia & marah kat dia, baik bagi dia tapi dengan syarat lah kan, jgn bising2 & ganggu org lain solat.
Nuri lah yang paling rajin pergi surau, sampai ahkak nak ponteng g surau sebab penat pun selalu tak jadi. Terima kasih nak kerana menjadi pembakar semangat mak..
No comments:
Post a Comment