Monday, July 21, 2014

Shopping raya weiii

Assalamualaikum...

Bahang raya dah mula terasa. Kengkawan semua macamana, dah siap ke persiapan raya tahun ni?.. Baju, biskut raya korang macamana ek... harap jangan membazir, membeli ikut kemampuan ye.. ahkak tahun ni 1 biskut tak buat, beli je itupun 2 jenis biskut jer, lelain mungkin tambah dengan kerepek2 jer.. bukan apa, tahun lalu punya citer, banyak tul biskut tak habis, bukan sebab tak ada orang datang, cumanya mereka yang datang lebih dengan kerepek2 & air jer.. tambah2 kalau kita ada buat makan2 skit seperti open house tu, masa tu memang biskut ni tak laku kato kau..

Pengalaman tahun lalu membuat ahkak stop buat2 biskut ni, beli pun biskut favourite anak2 jer..kihkihkih..tahun ni lebih pada baju raya, nak kata beli banyak idok ler jugak, beli sorang sepasang untuk pagi raya @ hari raya pertama tu jer, kan sunat memakai baju2 baru di hari raya, yang ni kene beli walau sepasang sorang kan.. tapi walaupun beli sorang sepasang, mak aiiii harga boleh tahan mahal jugak. Sib baik Cikecik 2 orang tu saya dah beli awal2 kat First Lady (beli kat sini sebenarnya lebih murah) tapi biasalah kalau dah besar2 ni diaorang bukan suka pilihan kita, nak jugak pilihan diaorang jugak..maka sabtu lepas berjalan shopping lah ahkak anak beranak kecuali abahnya. padat 1 kete, dari satu kedai ke satu kedai, dari satu butik ke satu butik.. Pilihan anak2 yang utama di Ana Bella & Zawara kat Bangi nun.. Masuk2 ingat harga butik ni mahal giler, rupanya2 idak ler mahal mana pun, tapi pada ahkak ok ler sebab kualiti kain pun sgt2 ok kene dengan harganya, klu ikutkan ahkak sebenarnya banyak lagi kedai yg menawarkan harga & produk yang lebih cantik & murah, tp anak2 nak jugak kat situ, tapi sayang color & saiz yang anak2 nak tak ada, dah abis (biasalah kalau shopping last2 minit ni kan..). Last2 jumpa kat satu butik area bangu jugak..(maaf tak tau seksyen brape ye..) kat kedai ni byk pilihan, cantik2 & harga lebih mahal dari Zawara tu, kat sini ler anak yang sulong rembat selai, dress kembang, kosong tapi harga mak aiiii..mahal giler, sampai cakap ngan kak long, time2 mak dulu harga macam ni dah boleh buat baju tunang or baju nikah.. last2  balik rumah mak dia tolong tambah lace bagi nampak cantik..

baju yang ahkak pegang ni kat ZAWARA. memang cantik, Kuality kain pun ok. Harga RM149.00, lepas less RM135.00 klau tak silap ahkak ler
  
Kak Long memang nak sangat patern mcm dalam TV tu, yang ni kat Ana Bella, tp sayang saiz & color dah abis, G cari tmpt lain, last2 jumpa jugak kat 1 butik ni, harga mengalahkan harga Ana Bella ni dah la kosong, tp kak long nak jugak beli lah jugak. Balik rumah ahkak tampal lace, baru nampak cantik...
Anak2 ahkak semua minat dengan dress sekarang ni, kiranya dah 2 tahun berturut lah diaorang akan pakai dress dipagi raya.. Trend terkini katanya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...