Pejam celik pejam celik dah habis cuti Sem Kak Long Mimi. Kejap benar rasanya Kak Long mimi bercuti kali ni. Sampai adiknya C nuri pun cakap benda yang sama.."knape kak long cuti kejap sangat.."... tarikh sebenar Kak Long mimi start cuti Sem hari tu pada 16hb June 2014 kalau tak silap ler yer, tapi sebab Kak Long ni skuad Pelapes, dia menunggu kot2 ada tugasan Navy last minit diterima, tu yang buat Kak Long Mimi balik ke Semenanjung pada tarikh 26hb June, lagi 2 hari orang nak sambut puasa. Kiranya 2 minggu dah bazir kat situ jer.. Balik2 sampai rumah bukan boleh dok diam, macam2 hal dia buat, busy memanjang... tu yang rasa macam kak long mimi ada kat rumah macam sekejap jer rasanya. Cuti Kak Long mimi kali ni memang tak ada buat perancangan apa2 pun sebab tiada masa yang sesuai, mana dengan bulan puasa, lepas tu raya, lepas raya dah sibuk nak balik U, mak abah pulak kerja (boleh jer cuti sebenarnya tapi memang tak ada masa yang sesuai untuk berholiday bawa anak2..). Jalan2 outing 1 day pun dah kira okey kan..banyak sebenarnya outing 1 day sama Kak Long ni masa cuti ni, itu tak tambah dengan balik kampong sebelah abah & mak lagi. Kiranya okey dah ni.. Kak Long pun bukan duduk diam bila dah ada kat rumah. Ada jerrr planning outing ngan kengkawan dia, g tengok wayang lah, g lepak2 lah & macam2 lagi lah. Kiranya full ler cuti dia kali ni.
Lebih kurang 2 bulan lebih cuti, tanggal 6hb Sept 2014 berangkat lah Kak Long ke UMS semula untuk menghabiskan kuliahnya dalam Tahun Akhir. Ahkak rasa kejap jer Kak Long belajar kat sana (tapi tuan punya badan tak tau ler.. rasa lama ke idak dok kat sana nun...). Kiranya dalm bulan Jun 2015 habislah pembelajran kak Long sebagai seorang Mahasiswa Tahun Akhir dalam Bidang Sains Environment..
Semoga Tahun Akhir ni Kak Long lebih bersemangat untuk belajar. Mak, abah & keluarga hanya mampu berdoa semoga Kak Long mendapat kejayaan yang cemerlang & menjadi kebanggaan mak abah & jadi contoh untuk adik2 Kak Long ni.
Rasa sedih & sebak bila time Kak long nak flight ke Sabah. Kita layan gambar serba skit yang sempat di snap kat KLIA2..
dah macam budak kemboja jual barang dah C Nuri ni.. Nak tau apa benda yang dia junjung tu, itu ler barney Kak Long, selepas kene wrap, boleh jadik kecik bear tu, tapi memang kelakar pun ada, sedih pun ada ms time kene wrap tu, tuan badan lagi ler sedih macam nak nangis jer Kak Long bila barney dia kene warap jadik lagu tu.. Klu ikutkan cakap petugas AA kat situ, tak wrap, ok jer boleh bawa macam tu naik flight, tapi Kak Long nak jugaj wrap sebab masa dia nak balik ke sini, petugas Imegresen kat KK dah sound suruh wrap atau kene tinggalkan (kiranya tak boleh bawa naik flight selagi tak wrap), tu yang kak long buat sebab takut nanti, elok2 lama beratur smpi kat imegresen kene tahan suruh wrap plak..tapi sib baik tak rosak barney Kak Long. Cer tengok macam muka kesian jer barney kak Long selepas kak long bukak.. Kak Long cakap still lembut. Ahkak cakap macam dah patah jer tengkuk barney Kak Long, masa kene wrap tu...huhuhuhu... Alhamdulillah kak Long cakap back to normal lah...kihkihkih....
Ni abah dia beli breakfast, sebab kat rumah tak sempat nak makan, awal pagi kan kuar rumah... pemandangan yang sangat cantik bila dok makan kat sini.. memang cantik ler, seronok Nuri boleh tengok kapal terbang dekat jer parking & turun naik dari situ..
Time ni yang tak boleh tahan, semua merah mata, bergenang air mata..last2 airmata mak jugak yang berguguran..Kak long lagi ler..
Masa kak Long dah masuk boarding room, weols masih lagi merayau2 dalam KLIA2 tu. Iye lah kiranya 1st time weols ke situ semenjak dibuka. Masa kak Long balik cuti hari tu tak kesampaian sebab kak Long smpi malam, tunggu kat luar jer. Kali ni ambil kesempatan. last2 weols jumpa sape kalau uols nak tau..jeng...jeng...jeng...jeng..
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Ingatkan jumpa sape tadi..kuikuikui..macam ler jumpa artis popular tadi. popular lah sangat kan.. Apa2 pun weols happy dapat bergambar ngan artis ni. anak ahkak yang minat sangat ngan kumpulan ni..
ko hado!!!!!!.......
No comments:
Post a Comment