Assalamualaikum...
Selalu kalau bunyi phone awal2 pagi atau tengah2 malam sewaktu orang tengah lena diulit mimpi, mesti resah kan... mesti terpikit benda2 yang tak baik jer.. ahkak tak tau ler orang lain, tapi pada ahkak memang seriua sungguh2 bila kedengaran bunyi phone berdering ni. Ini lah yang terjadi pada ahkak pada tanggal 14hb september yang lalu. Memula dengar tu macam berat jer nak ambil, malas nak bangun tunggu cik abang bangun, tapi main tolak tolak pulak dah.. akhirnya ahkak bangun pergi angkat kol. Sebaik angkat kedengaran bunyi kakak ipar bagi salam & tanya dah bangun ker....huhuhuhu... mestilah dah bangun kan, kalau tak sape pulak yang menjawab kol dia tu...kuikui..sempat pulak ahkak buat lawak..hahahaha...ahkak pun terus tanya jer, ada apa kak...bila dah dapat penjelasan, ahkak masih boleh relax sebabnya bukan tak sedih ye kengkawan tapi kakak ipar ahkak tu suara & cerita dia macam biasa jer...boleh pulak gitu... (tak serius lah.....) bila dah cakap lebih kurang, ahkak pun sampaikan pada cik abang. Dia lagi lah relax, boleh plak kita yang tanya dia nak balik ke idak ni... jom lah balik, ahkak pulak yang ajak... cik abang on jer, selalu kalau nak balik semua ahkak kene tanya details, kul brapa nak balik, lama ke nanti kat sana, bla..bla..bla.. bila dah buat macam tu ahkak senang budget time ahkak nak urus semua benda dari mengejut anak2, menyusun bj2, bekal2 dan macam2 ler kerja orang pompuan yang dah beranak pinak ni..kalau tak buat macam ni, alamat lambat ler siapnya..itu style ahkak..
Hissss... tak kuar lagi ek cerita sebenarnya...Dapat berita Mak Mertua Ahkak Jatuh & terus koma. Mak jatuh bila dia bangun nak ke toilet, begitu ler cerita dari kakak ipar ahkak. Tak kan begitu mudah jadi macam tu kan, mesti ada cerita lain kan.. korang semua terpikir tak..kihkihkih...
Sebenarnya 2 minggu sebelum tu mak mertua akak ada jatuh dalam bilik air sebab lantai licin. Jatuh terhantuk kepala la jugak, Tapi masa kejadian tu tiada apa2 yang teruk berlaku kat dia. Masa cik abang balik sorang selepas 3 hari dia jatuh tu, cik abang ada tanya dia.."Mak Jatuh Hari Tu Tak Ada Rasa Apa2 ker.." begitu lah antara pertanyaan anak lelaki sorang dia tu... jawab mak penin lah jugak aku.. ni dialog cik abang ahkak ngan mak dia.. Masa tu memang nampak macam biasa jer, siap tolong anak dia racun rumput, kemas2 belakang rumah, betul wayar elektrik & macam kerja yang tak pernah habis ahkak rasa bila anak dia balik, kejap2 ada jer dia suruh anak dia tu buat itu ini lah, pasang itu ini lah, betul itu ini lah.. anak dia ni ngikut jer tak pernah bantah pun walaupun sepatah, ahkak memang respect kat cik abang ahkak tentang hormat orang tua ni. Kalau pasal orang tua memang dia turut jer, baik mak dia baik mak ahkak atau dia jumpa orang tua memang dia jaga lah kata2 dia lah & tingkah laku dia. Ahkak berdoa sangat biar perangai cik abang ahkak tu sampai ke akhir hayat dia & ahkak berdoa biar anak2 ahkak yg pompuan semua tu pun suami yang baik2 macam abah dia, walaupun tak semua tapi nak yg hormat orang tua.
Ok lah ahkak malas nak membebel pepanjang, nanti korang bukan nak baca pun kan.. Ok, mak mertua ahkak jatuh kali ni terus koma maybe ada effect dari jatuh yang pertama dulu rasanya. Setelah di Scan terbukti ada darah beku, tapi doktor cakap tak serius. Masalahnya sekarang kalau tak serius kenapa mak mertua ahkak tak kenal orang, walaupun tubuh badan dia dah boleh gerak, mata pun dah boleh buka, tapi lebih banyak tidur la sehinggalah sekarang still macam tu jer, anak cucu buatlah kat badan dia, dia buat donno jer..huhuhuhu..
Ya Allah, hambaMu memohon kepadaMu ya Allah. Sembuhkanlah penyakit ibu mertua hambaMu ini ya Allah, HambaMu merayu kepadaMu ya Allah, berikanlah kesejahteraan kepada ibuku ya Allah. Aku pohon kepadaMu ya Allah, jauhilah ibuku daripada segala penyakit ya Allah..aku berharap agar rakan-rakan yang membaca entri ini sudi mendoakan kesejahteraan ibuku. Agar ibu mertuaku cepat sembuh seperti sediakala. Terima kasih
Ini gambar masa baru transfer dr ICU ke WAD
Cepat2 lah semboh mak. Rindu kat mak sangat2 ni. Raya Haji mesti tak meriah tanpa masakan mak & coloteh mak..
No comments:
Post a Comment