Wednesday, November 12, 2014

Ride To KRABI - Hari 1 & 2


 Assalamualaikum semua & Selamat Sejahtera... Cerita terbaru hanya lah pergi ride ke Krabi. Ok, pada 7hb November 2014 sehingga 10hb November 2014, ride ke Krabi bermula. 4H3M uols, lama kan.. perancangan awal bertolak Khamis malam dalam kul 12 tengahmalam gitu, tapi disebabkan ada dalam group ryders En. Yusoff tak berapa suka ride malam, konunnya mata rabun malam ler, tapi pelik gak, dah selalu ride punn... boleh pulak gitu. Ikutkan group ryders yg join ke Krabi sebanyak 14 biji motor bersama pillions. 5 biji motor gerak khamis pagi termasuklah ahkak bersama hubby En. Yusoff. Yang selebihnya diaorang gerak malam. Ok lah group weols boleh tidur lena skit malam tu setelah ride ke Utara yang mengambil masa 1 hari jugak untuk sampai. Biasalah kan, namapun ryders mesti lah jalan berkonvoi, berhenti pun kene sama, apply insurance lagi, tup tap tup tap tu yang buat smpi Perlis dah nak maghrib. menginap di T Hotel Kuala Perlis. Not bad hotel nya, cantik & selesa. Malam tu weols 10 orang makan besar di Kuala Perlis. Samapai sekarang En, Yusoff dok cakap sedap jugak kan makan kat situ, nnt next kita boleh pergi...huhuhuhu.... entah bila la agaknya ye..









Ni group yang pertama smpi Kuala Perlis sebelum ke Krabi.


Sessi bergambar wajib...

Agak2 yang group ke2 nanti mesti sampai lambat weols sepakat nak breakfast kat Otel jer, sib baik makanan sedap, makan laju je la sebab selalu kalau ride dah bermula makan dah tak ikut time.. sesiapa yang biasa ride tau la ni..

 On the way jumpa group ke 2, 

 Sessi bergambar dengan pillion group ke2, ada yang dah kenal, ada yang baru kenal..dapat kawan baru lagi..




setelah semua dah ada, group memulakan perjalanan ke border untuk memasuki Thailand. nama dah lupa.. ingatkan terus ke border rupa2rupanya singgah lagi untuk breakfast, group ke2 tak minum lagi gamaknya. berhentilah kejap, kejap tak kejap dalam 1 jam jugak kalau dah berhenti tu.

Semua dah kenyang tayar pun mula bergolek menujuk ke destinasi yang sebenarnya. Masa ni lah ahkak dah mula excited, sebabnya ini lah 1st time nak masuk Thailand ni, macam jakun pun ada, tapi ahkak tak tunjuk, buat malu jer kat orang kan.. buat2 selamba jer & control vogue yang penting, tak gitu kak ton...


 Mula2 kene cop pasport kat imigresen Malaysia, tak payah turun motor, lalu jer hulur pasport kat kaunter.. yg ni senang & laju je urusannnya..



Lepas tu ke depan skit baru sampai border, Imigresen Sadao Thailand kalau tak silap namanya. Prosess mengecop pasport individu cepat & mudah, tapi jangan lupa letak duit kopi RM2 kat dalam pasport tu, kalau tak letak diaorang mintak... kemain dorang ye..kayo la gitu, brape ribu orang keluar masuk, letak RM2 lagi tu.. tapi yang bestnya masa balik En. Yusoff dah bag RM2 suruh letak, tapi ahkak tak nak letak, nak tengok cara diaorang, last2 ahkak punya RM2 terselamat, gamaknya diaorang dah kayo & cukup dah kot target masa tu..kihkihkih.. kawan2 lain kene jer sampai bermintak RM2 gitu..nasib ler..

Tapi yang buat lambat skit urusan meng"submit Insurance".. ramai gak kawan En,. Yusoff kene denda, salah satunya sorang kawan ni kene RM230 sebab bulan lepas diaorang g Betong tak serah balik surat biru, Visa kot, (saya kurang pasti, tapi macam tu ler citernya).. sebelum kita masuk negara jiran kita dapat 1 borang tulisan color biru tak silap, surat tu kene serahkan balik kat imigresen situ masa kita meninggalkan Thailand, klu tak serah, macam ni ler kenenya. Lagi 1 En. Yusoff pun kene "pau jugak sebab geran tak photostate depan belakang. Ingat dia mintak RM2, En. Yusoff dgn confidentnnya keluarkan RM2, rupa2nya bukan RM 2 ye diaorg nak RM20... ambik ko En Hubby yang selalu asyik main ingat2 jer.  Ingat yg belakang tak perlu photostate lah sebab tak ada cerita apa pun, ingat itu, ingat ini... asyik main ingat jer la.. tu yg kekadang naik angin gak badan ni...masa urusan ni ahkak follow je hubby, tak senang berdiri kat group pillions yg lain, nak jugak dekat ngan hubby, nak tau knape lmabat sangat & nmpk asyik dia ke kaunter situ ler, asyik lari ke sini ler.. rupa2nya sebab x lengkap gerannya.. Peringatan ni tau En. Yusoff Ku..

Itu ler cerita yang tak seberapa dari ahkak. Next episod okey!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...