Baru nak updated kat blog selepas seminggu berlalu. Macam malas jer sekarang nak updated kat blog. Leka ngan FB & instagram selain kerja-kerja rumah & office yang sentiasa tak habis-habis..Trip ke Surabaya ni ahkak yang organized kat office ahkak kerja ni. Oleh kerana kat office ni 2 ke 3 kerat jer Muslim/Melayu, setiap kali Sport Club organized Trip Oversea, ahkak & kengkawan kene terima hakikat yang kita akan keseorangan Muslim atau sorang 2 jer Muslim, itu pun terpaksa "Import" orang luar, means ajak kengkawan yang bukan bekerja kat office ni., kalau nak join Trip ler..
Oleh kerana tahun ni ahkak salah sorang committe Sport Club, ahkak organized oversea trip tahun ni dah 3 ke 4 kali ke oversea, tapi tak pernah join pun sebab masa tidak mengizinkan. Tapi entah macamana trip Surabaya pulak yang ahkak excited nak buat, itupun setelah selalu sgt terjumpa blog orang cerita pasal Mount Bromo + Surabaya ni, macam best jer... macam seronok jer..tu yang tak ambil masa lama pun, meting sekali, terus keluar email, dalam masa 2 minngu tengok2 ada sambutan dari officemate. Bermakna Trip ke Surabya confirm jadik..Tanggal 14-17 November 2014 bermulalah pengembaraan weols seramai 22 orang termasuk kanak2 seramai 3 orang.
Untuk pengatahuan kengkawan, trip kali ni ahkak sorang jer Muslim ye, ahkak tak kisah pun sebab semua ni pun kengkawan office ahkak jugak walaupun lain department ngan ahkak. tak kisahlah asal ahkak happy, betul tak!!!!....
14hb November 2014, lebih kurang pukul 8 pagi menunggu di Starbuck KLIA2. Semua urusan dah clear ngan AA, dalam kul 8.45 weols semua boleh pulak bergerak lenggang kangkung jer, sebabnya 1st time ke KLIA untuk flight ke oversea. Flight kul 9 pagi tulis kat boarding pass. nak jadik cerita, semua group baru tau, weols semua macam tak terlambat, gate punyalah jauh rupa2nya, semua pakat dok lari2 anak, punya la penat rasanya, sampai tekak kering.. weols pun pelik boleh pulak dalam group weols ni dok diam jer, tak cerita pasal keadaan KLIA2 macam tu, tak padahal diaorang ni bukan tak biasa travel pun..fuhhhh... memang penat giler nak sampai ke gate. sib baik semua sempat walaupun dalam keadaan termengah-mengah memasing, taubat tak nak lagi macam itew.. Moral of the story pada ahkak, ambil lah masa 2 jam sebelum terbang ye, kalau tak nak berlari-lari dalam complek KLIA2 tu..huhuhuhuhu..
@ hari tertangguh, malas lah pulak nak mengupdate citer Trip ni. Apa2 pun ahkak akan berusaha untuk menghabiskannya.
Kami sampai di airport Juanda Surabaya lebih kurang pukul 12 tgahari kot rasanya waktu tempatan. Rombongan akkak dijemput oleh Pak Dawi & isterinya Buk Rini yang comel lote orangnya. Menaiki bas yang besar & selesa sangat untuk kami yang seramai 22 orang itew.
Oleh karna kami sampai tengahari, OP coz ler kami kene makan tengahari kan. Pak dawi bawa kami 1 restoran ni, not bad jugak makanannya, mau taknya, memasing tengah kelaparan sebabnya ada yang tak makan dari pagi lagi tau, ada ke gitu..huhuhuhu... dan yang paling best mestilah air Avacado yang best sgt2. Sesiapa2 yang pernah g Indon mesti tau air buah ni kan. Dah lah piaw asli, pekat likat rasa buahnya, memang terbaik ler kata kau.. Rugi tau sape2 yang datang Indonesia tak order air buah, sebabnya mmg asli air buah yang pekat likat, bukan macam kat Malaysia, nama jer air buah, tapi cayor jer, tak rasa buah, rasa air gula jer lebih, harga jangan cakap ler, kat indon harga air buah ni dah lah murah, pekat likat rasa air buahnya..ermmmm banyak sangat pulak citer pasal pekat likat ni kan..g cuba lah baru tau..hahahaha..
Inilah nama restoran lunch kami di hari 1 kami sampai ke Surabaya ye..
Dalam perjalanan kami ke Mount Bromo, kami singgah di Tanggulangin, satu tempat shopping Mall baranga kulit katanya. Kat situ jer memasing dah bershopping sakan. Tapi memang serious cakap, kalau kami tak shopping kat sini, memang tak ada apa lah kami nak bawa balik ke Malaysia. Surabaya bukan tempat shopping ye kengkawan...
kat sini kami semua shopping bag kipling jer yang banyak, murah sangat macam harga kat HCM, tapi bag2 kipling kat sini semua ada keychain orang utan, tu yang bestnya, macam Original plak..kihkihkih...lepas tu shopping handbag 3A macam MK & Guess memasing. Ahkak grab bag sekolah kipling 3 biji, slingbag kipling 2 biji. itu pun balik berebut tak cukup..huhuhuhu... & sepasang kasut untuk ride gitu diperbuat dari kulit. Nak yang tu jugak wpun besar skit, grab jugak ler sebab pikir bila dah pki stokin maybe selesa kot, last2 sampai Malaysia, En Abang rembat pulak, dia dok complain cakap kenapa besar ni, tup tup tengok masa nak g kerja, aik dia dah bergaya ngan kasut ahkak itew..ok lah tak per lah bagi kat dia, ahkak pun tak apa beli untuk en. abang ahkak tu, kesian plak kan...kihkihkih..gambar kasut tak sempat nak snap, lagipun dah pakai pun..
Janji masa sampai kat Tanggulagin ni, pak Dawi cakap 1 jam cukup ye, last2 jadik 2 jam..ambik ko..tapi pak dawi ikut jer, best la dia jadik tour guide kami kat sini..ahkak yang cari tau, tak sangka dapat dia yang baik sangat..Perjalanan kami diterusnya. berhenti sekejap untuk buang air kat sini, tak tau apa nama tempatnya sebab lupa nak tanya Pak Dawi. Kat sini jer dah ambil masa 1 jam taw.. ada yang dok lepak2 makan jagung ler, & makan bakso..
gambar tak banyak ambil kat sini, masing2 dok kelitahan kot, semua lupa nak snap gambar...rugi lah pulak rasanya..
meneruskan perjalanan. kami semua sampai kedestinasi untuk pertukaran bas ke van dah gelap. Kenderaan besar tak boleh sampai ke puncak kata Pak Dawi, itu yang kene pindah dok dalam van pulak. Lebih kurang dalam kul 8 malam waktu tempatan. Cuasa dah sejuk, semua dah kesejukan & kelaparan pun ada...Setelah bag2 kami selesai dipindahkan ke bumbung van ni, kami semua dok relax je tau, semua urusan Pak Dawi yang ini, bagus dia tau, semua tip top...kami diganggu oleh penjual2 ni semua... ada jugak ahli rombongan yang layan & membeli, ok lah tu, alhamdulillah rezeki diaorang malam tu..
Suasan begini memang dah biasa kalau di Indonesia kan..
Penginapan kami malam tu ahkak dah lupa apa namanya. Sebenarnya ahkak booked yang lain, tup2 sampai sana Pak Dawi bawa kat sini pulak. Sib baik penginapannya ok sgt2 & makanan yang dihidangkan pun sedap sangat2. Kalau tak maunya ahli rombongan ahkak ni bising, tau2 jer lah mereka ni, nak yang best2 jer...
Ok.. dah semua kenyang, & keletihan, masing2 semua sibuk nak cepat masuk bilik bersihkan diri. Iye lah kan dah sehari suntuk perjalanan. Badan pun rasa melekit lekit udah, tapi sanggupkah mandi dalam cuaca yang amat2 dingin itew, walaupun hot water disediakan, rasanya.....
Sambung esok.. Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment