Tuesday, May 03, 2011

E&I Trip ke Kota Kinabalu, Sabah

29hb April 2011.

Hari Jumaat apply 1/2 day leave sebab nak ke Kota Kinabalu Sabah. Jam 2.30 Ms. Yolanda dah kol suruh turun sebab van dah sampai. Naik van bersama Yolanda, Mr Tan & ambil Mior di Seksyen 3 Shah Alam. Lebih kurang kul 4.30 dah sampai KLIA. Flight ke KK 5.30pm.

Ingatkan naik MAS ni macam canggih jer, rupa-rupanya lebih teruk dari Airasia. Tak paham kenapa kebanyakan orang kalau citer pasal flight nie, dengar mcm canggih bebenor MAS ni, tapi hari tu hampehhh. Dijangka terbang kul 5.30pm, tapi dok menunggu dalam flight dalam 1 jam. Pukul 6.45 baru terbang, memang penat dok dalam flight tu. Pergi dan balik naik MAS dari Kota Kinabalu memang menghampakan. Pening kepala dibuatnya. Masa landing pun sama, menakutkan jer. Lagi satu yg paling tak best ialah masa menanti baggage, ya allah lama sangat. Masa hari balik tu sampai kawan saya pergi jumpa pekerja Mas yang ada kat situ untuk nak ambil baggage. Semua dari Oversea bercampur aduk. Kita ni dr KK jer, ta kan nak beratur pulak kan... Tak boleh jadik.. nak ambil bag pun kene beratur lalu kastam. Sib baik pekerja tu bukak laluan lain untuk mereka yang dari KK jer. Semua orang dok merungut.. dok complain.

Lagi satu, nak ke "boarding" pun jauh betul. Penat nak jalan... itu ler kalau terlampau canggih sistemnya. Itu x citer lagi pasal pramugari & pramugara diaorang. X der yang senyum pun, Masa hulur air tu sonyap jer, kita pulak yang nak bertanya, air apa tuuu..

Penerbangan lebih kurang 2jam 45 minit. Menunggu luggage jer dah rasa berjam. Lebih kurang pukul 10malam baru la selesai semua. Tour guide En. Suhaimi dah menunggu, terus bawa ke Restoran Sempelang. Lepas dinner terus check-in di Hotel Le Meridien. Memasing dah kepenatan, masuk bilik memasing terus Zzzzzzzzzzzzzz























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...