Tuesday, May 03, 2011

Hari ke 2 di Bukit Tinggi

24hb April 2011 (Ahad)

Pagi tu bergerak ke Office Raun Sumatra, nak settlekan payment.

Melawat ke sulaman Hj Rosma di kampong Baso. Bawah nie la pelajar2 dia. X sangka ada seorang yang berasal dari Melaka. jauh betul parents dia anto dia belajar menyulam. nak tau... rupa2nya budak kampong den, orang Ramuan cina (lupa pulak nak tanya Ramuan Cina Kecil ke Besar)

hah ini la dia budaknya. Hanim namanya. Dia belajar kat situ ngan bayaran rm3,500 selama 6 bulan (termasuk tempat tinggal je ye). Makan2 sendiri... Kat sini rembat tudung bawal ngan rege rm60. Mahal wooo kat sini, tp x per la buah tangan dari Bukit Tinggi.





Selepas tu pergi melawat ke Tabek Patah (nama tempat) melihat pembuatan kopi & kerepek pisang. Sampai sana dia bagi kita minum kopi (ada 2 perasa) & kerepek pisang salai. Disebabkan free semua rasa sedap. Lepas dah kenyang sikit, baru la melawat-lawat disekitarnya. beli la kulit kayu manis (panjang betul kayu manisnya ada la dlm 1 kaki panjangnya). Beli la jugak kopi, tapi x sedap rupanya, x ada aroma kopi tuu..huhuhu




Ini la rupa pisang salai yang digoreng ngan tepong. Sodapppp



Tengok kopi dibungkus.



makan tengahari memang best kat pondok Flora ni. Tempat makannya atas kolam yg penuh ngan ikan2 & dikelilingi ngan sawah padi yang menghijau & gunung yang nun jauh diujung sawah....




depan restoran ni, ada la yang menjual segala bagai souvenir. Kat sini jer cik abang dah berabis ribu2 idr. Siap beli pedang & gasing kayu yang ada bunyi. Sib baik Pak Kastam kat sini x tahan sebab bawa senjata, hehehe











Perut dah kenyang, bertolak pulak ke Batu sangkar melihat Istana Selinduang Bulan. Sebenarnya istana yang ini baru dibina selepas yang lama terbakar.




Kat istana ni ramai betul orang2 tempatan menjual buah-buahan tempatan seperti ciku, rambutan & durian. Semua buah2an ni weols beli. Sebenarnya kesian ngan penjual2 ni yang kebanyakan budak2 & orang tua. Bukan mahal pun, tu yang beli jugak la. Yang sedapnya makan durian kat situ jugak. Murah bangat Ibuuuu. idr 10 untuk sebiji (dlm rm3.50) Kat sini x depek dooo. Tengok tu sampai menjilat jari Pak Supir weols, hehehe



Perut dah kenyang ngan buah-buahan weols bertolah ke Tasik Singkarak. Saja duduk2 kat situ, menemuramah penduduk kg kat situ. Kawan hubby siap bagi sedekah kat bebudak situ.






Nasib memang x baik tul la ari tuuu. Kuar je dari Tasik, kereta weols pancit ditikam paku... Lepas settle semua, hujan pun turun ngan lebatnya. Sib baik semua x mandi hujan kat situ...



On the way ke Bukit Tinggi sempatla kitaorang g makan *Bika Nerako" Kuih nie lebih kurang macam lempeng kelapa @ lempeng pisang kat Malaysia ni, tapi lebih sedap, maybe masaknya dengan cara kat bawah nie kot..




singgah la kojap kat TOKO apa ntah. Banyak tul TOKo2 kat Bukit Tinggi ni. Kain sulam bermacam-macam corak & patern. cantek2 semua.


Dinner kat Pecel Lele (Bukan Pecal ye). Sedap betul sedap, makan harihari pun x pe. Makanan nya cuma nasi bersama sekeor ikan keli goreng, ayam goreng, ulaman & sambal. Sambalnya memang sedap gila. (My hubby suka bangat).

Sebab terlampau lapar, dengan makanan yang sedap lagi, terlupa nak snap gambo. Rugi betul laa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...