Tuesday, May 03, 2011

Gunung Kinabalu, Hot Spring & Sabah Tea

30hb April 2011

Itenery pertama, hari Sabtu, kitaorang semua sepakat nak g Gunung Kinabalu, bukan nak daki gunung ye... kalau nak daki gunung kene book. Janji ngan tour guide En. Suhaimi, pukul 6pagi waktu Sabah (dah terang tau) tunggu kat lobby otel. Tapi tau je la janji... kul 6.30 pagi baru semua berkumpul & kitaorang pun bertolak ke Gunung Kinabalu. Sebelum tu singgah breakfast (lupe pulak dah nama tempatnya), tp mmg okey sangat kedai ni, byk pilihan makanan. Siap tapau nasi lemak lagi, hehehe.. Perjalanan menyeksakan sedikit dengan jalan yang tidak rata & banyak selekoh. Sakit2 badan dibuatnya, sesiapa yang x tahan, mau muntah..

Lebih kurang kul 7.30 kitaorang semua dah sampai kat kaki gunung. Nak masuk ke dalam kene bayar rm5 setiap seorang walaupun 4 orang setakat 1km je berjalan. 3 orang sepakat nak mendaki samapi tahap ke 4km. (ketinggian dah lupa).Saya & 3 orang lagi x mau mendaki (tau2 je la kan..ngan faktor umur & mcm2 penyakit la kununnya). Yang 4 orang nie samapi ke air terjun jer, jauhnya cuma 1km jer..itu pun dah mengah. Sementara menunngu yang 3 org tu mendaki, yang tinggal nie, cuma memerhati jer orang lalu lalang turun naik gunung. Nak tau sesiapa yang x larat nak bw bag , kita boleh upah orang, kebanyakan suku kaum dusun & kadazan. Kalau diperhatikan mereka yang ambil upah nie, badan2 diaorang nie kecil2 jer, tapi bawa muatan sampai 20kg pun ada bawa naik atau turun dari gunung. Memang kagum la ngan diaorang tu.. kuat betul stamina...

Lebih kurang pukul 12 tghari baru yg 3 org tu turun. Meneruskan perjalan ke Ranau, singgah kejap kat Strawberry park. Ingat nak beli strawberry, tp x der, cuma makan aiskrim & beli jem sorang satu. Makan tengahari di Ranau. Lepas makan teruskan perjalanan ke Hot Spring. Selepas puas merendamkan kaki kat air panas tu, weols semua meneruskan perjalanan ke Sabah Tea. Minum tea & siap beli tea Sabah & kopi tenom. Lebih kurang pukul 5.30 petang weols semua pun bertolak balik ke Kota Kinabalu. Dinner d Restoran Gayang. Tour Guide weols tu cakap tempat nie popular..makanan sedap & murah. Weols pun cuba la, okey la masakan & regenya, tapi services kurengg....Dah kenyang perut, balik otel untuk Zzzzzzzzzzzz









































































































































































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...