Thursday, November 22, 2012

Durian Oh Durian

Korang semua perasan tak, kat FB & blog2 sedang heboh mempromosikan Crepe Durian yang dikatakan sedap sangat2 tu. Ahkak tak pasti la kan memang sedap ke atau tidak selagi tidak mengordernya kan. Setelah dekat2  2 minggu jugak ahkak dok perati dalam FB orang mem"POST" gambar & comment kat Crepe Durian ni, ahkak pun terdetik nak mengordernya dengan satu friends FB ni. 1 peket RM10.00 termasuk delivery. Ingat nak order 1 pekat dulu sebab nak rasa dulu, tapiiiiiiiiiiii tak kan orang tu nak hantar setakat 1 pekat kan?. Selepas dok canang2 kat member2 office ni, setelah sepakat, ahkak pun mengorder 5 peket, bermakna RM50.00. Hari ni dah sampai pun kat tangan, tapi still tak boleh nak rasa sebabnya kat office ahkak ni, macam mengHARAMkan pulak bau semerbak durian favourite ahkak ni...huhuhuhu. tak pada hal semuanya kebulur ngan durian jugak ahkak tengok kalau sekali sekali office mengadakan "Durian Fest"... saje la tu kan...

Tadaaaa..................................

ni dia, cantik kuning jer crepe durian ni kan. Yang pasti kalau sedap ahkak pasti kene belajar membuatnya, tak larat la no nak membelinya selalu kan...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...