Wednesday, November 07, 2012

Trip Medan - Day 1

2hb November bermula trip ke Medan bersama OfficeMate. Ingat nak pergi ngan geng2 terdekat, tapiii tak sangka pulak tertiba je our Executive Director nak join sekali.... (dalam hati siap berkata-kata, x syoik la kalau dia join...huhuhuhu) bukan apa, kita nak huwa..huwa pun rasa x best la kan, kalau ED ada..Dah confirm yang join trip kali ni seramai 7 orang (ED bersama wife; Raja (SWD) bersama wife jugak; Kak Idah (SWD); Yatie (HR) & ahkak dr EI Dept. Okey la tu kan, ramai2 pun takut tak terikut pulak..

Flight awal pagi 7.45am dr LCCT dan dijangka tiba ke Polonia Airport kul 7.40am.... pelik tak..hahaha..Untuk mereka yang dah biasa pergi Negara Indon tak der la pelik mana pun kan.. ni utk mereka yg 1st time ni (mcm member office ni la kan..hikhihkhik. eeeeehhhhh.. gelak dulu ye..cuba ko tgk time flight ni, mcm salah jer..hahahaha)

Okey la....., ahkak bangun kul 3.30am..paginya..huhuhu..gerak kan cik abe & anak2 semua nak join hantar (macam nak hantar mak dia g haji jer..Insya-Allah, 1 hari nanti yang ini)..Lebih kurang dalam kul 4.10am bergerak la ke LCCT, sampai sana tepat kul 5.15. Janji kat member tunggu kat McD. Lepas tu g kiosk nak buat check-in. Dah settle semua, ahkak & 2 org member ni g surau, mengerjakan solat subuh, Elok2 jer habis solat, Boss dah kol suruh datang kat McD, rupa-rupanya rezeki pagi... boss belanja.

Penerbangan mengambil masa lebih kurang 45 minit jer, bunyi macam dekat je kan. Lepas mendarat, Pak Supir pun dah tunggu, kitaorg singgah jap kat Money changer (boss nak tukar duit), g breakfast pulak. Dah selesai semua, bertolak la kita semua ke Lake Toba. Pak Supir nama Danny berkata, perjalanan mengambil masa 6 jam untuk sampai ke Lake Toba..Fuhhhh jauh tu. Dah dengar penerangan dr Pak Danny, bermula la journey weols.. jalan dah la tak cantikkkk... sakit2 badan dibuatnya, scinery mmg menghampakan, dah mula  rasa2 mcm tak best jer Medan ni, Rasa2 dah kematu muntut, trip weols berhenti kat Paten, kedai jual kacang2 yang namanya pelik2 la pulak..ada Ting-ting..tung-tung..tang-tang..entah apa2 lagi. ahkak beli 2 kota jer, yg rasa2 sedap kat tekak. Baru naik van, weols semua berhenti makan pulak kat Garuda Restoran. Siap2 sembahyang jamak lagi sebab perjalanan jauh lagi kata Pak Danny.



dah sampaui Polonia Airport, Medan

Nak minum pagi




tukar duit, lebih murah rupanya kalau tukar kat sini

kedai Paten, jual snak2

Makan time


berhenti jap sebelum sampai ke Samosir untuk ke Jeti


PEKAN SAMOSIR - ni sementara tunggu time Feri nak ke seberang

Ni kat Jeti

Atas Jeti. Tunggu punya la lama rasanya Feri ni bergerak,  mana idaknya, selagi tak penuh kenderaan & tak tersusun rapi kenderaan2 yg menaiki Feri ni, tak bergerak la Feri ni...huhuhuhu.... Badan dah la penat, bayang kan lama nya perjalanan ( lebih kurang 6 jam) nak sampai ke Lake Toba ni. Tapi memang respect sgt ngan org2 Lake Toba ni kan, dahlah  bawa kenderaan macam ribut, berani sungguh diaorang ni semua, weols yang dalam kete ni rasa2nya semua dah kecut perut jugak la, siap ada yg melatah-latah lagi...hikhikhik
Bukkk...lemparkan uangnya ya buk...

gelagat anak2 pulau ni, siap ada yang telanjang bulat lagi tu. Memasing menunggu nak terjun, menanti penumpang lemparkan uangnya dalm tasik tu



Sepanjang perjalanan ke seberang (Lake Toba) weols semua seronok tengok pemandangan yang sungguh cantikkkk..subhanallah....Tapi tak lama pun nak menikmati suasana ni, sebab cuaca dah gelap dengan cuasa yang mungkin nak hujan. Lebih kurang 1 jam perjalan melalui Feri ni, weols semua smpi la ke Jeti untuk ke Toledo Inn. Masa ni hujan turun ngan lebatnya..dari Jeti nak ke Toledo mengambil masa lebih kurang 15 minit jer tapi terpaksa melalui jalan yang kurang elok, dah la gelap, macam dah naik mesin OGAWA pulak rasanya. Samapi ke Toledo weols semua terpaksa meredah hujan, sib baik staff Toledo datang bawa payung..selamat... kalau idak mahu mandi hujan gamaknya.
Punya la penat, jauhnya rasa nak sampai ke Lake Toba ni kan.. Ni makan malam kat Toledo Inn. Makanan tak menepati citarsa, tp lapar, makan la jugak skit, lepas mkn siap complain sbb entah apa2 lauk yg diaorg bagi, sempoi sgt2 sempoi..huhuhuhu

Lepas makan lebih kurang, weols semua menuju ke bilik, biasa2 je bilik kat sini, cukupla untuk merehatkan badan... selesai semua, weols pun Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...