Thursday, November 22, 2012

Trip Medan - Day 3

Hari ke 3, group weols dah berada di Kotaraya Medan. Weols sekarang berada di Grand Sakura Medan. Cantik jugak hotelnya, tapi kalau ikutkan, ahkak tak berapa suka la tinggal kat Hotel ni sebabnya macam jauh nak pergi ke mana-mana. Ahkak lebih suka kalau hotel tu di tengah-tengah kawasan yang senang kita kunjungi, mana tau kan bila2 kita teragak atau tiba-tiba rasa nak ronda2 atau mencari barang-barang yang dalam list dah tercicir (selalu ahkak la kan) hehehehe.


Bilik Hotel yang besar & selesa

Sarapan pagi di Hotel

Selepas sarapan group weols sempat lagi bergambar di luar otel untuk kenang-kenangan sebelum meneruskan Misi  seterusnya........

Bersama Pak Supir yang pandai buat lawak ..

Melawat Istana Maimon



sebelum beredar, sorang kawan ni bukak la citer, semasa dia g tumpang toilet kat rumah anak2 raja ni kan, dia tengok hidup diaorang mmg betul2 susah la.. tapi terpikir jugak weols semua, diaorang ni semua khawin & ada kene mengena ngan raja kita seperti Johor & Perak. tak kan diaorang ni tak tau kan hidup susah anak menakan diaorang ni kan. Patut la habis jer Pakcik ni bg penerangan, dia akan mintak derma seikhlas hati untuk membantu family Istana ni. Group weols semua bg duit RM jer.. Weols berdoa semoga diberkati dengan wang ikhsan yang diberi.
makan tengahari kat Istana Karakatau,




Lepas makan baru best shoppingkan.
Shopping time...........at Pasar Ikan (tapi bukan pasar jual ikan ye)







kat atas ni sebahagian kedai2 yang ada di Pasar Ikan ni tau. Tempat ni macam kat Arked masjid India tu
ler lebih kurang, tapi ahkak rasa kat sini lebih sempit & sesak...



Sementara tunggu kawan ahkak yang  tengah giler memilih handbag, ahkak follows couple ni dok nsibuk nak makan satay Padang. Mula-mulanya ahkak teringin la jugak.. folow punya follow samapi jer kat gerai tu terus tekak ahkak tertutup nak makan, perut yang sedikit rasa lapar terus kenyang, sebab apa jadik macam tu ye... nak tau tak?....hahahahahahahaha

Mak tak lalu jahhhhh oiiiiii menengoknya periuk kuah satay yang dah bakey (kata orang Melaka). Penuh kat tepi2 periuk tu kuah yang meleleh tu dah keras kat sekeliling periuknya itu. Tapi kat gerai dia tu penuh ngan orang. Couple geng ahkak ni laju jer dia mengunyahnya...hehehehe

Mula2 air pun ahkak tak nak order, tapi pikirkan tekak yang dah terlampau haus, ahkak order la jugak. Sedap nya air ni...nyamannnnnn jer ahkak rasa...hikhikhik

Ni la dia Satay Padang yang kawan ahkak cakap tu sedap bebenor...huhuhuhu

Lepas dah puas shopping2 kat Pasar Ikan, group ahkak menyinggah pulak kat Shopping Complex, (lupa la pulak nama shopping ni, tapi ada SOGO kat dalamnya. Masuk-masuk jer.. memang meriah giler shopping ni, penuh ngan orang saje2.






dah penat shopping-shopping, weols semua bergerak ke Zulaika Kek Ambun. Tak lengkap kalau tak singgah & membeli kek2 & bika2 ambun kat sini kan. Perkara WAJIB kot untuk pelancong2 Malaysia yang datang ke Medan ni. Tak banyak mesti 1 kota pasti kita beli kan. Sama la macam ahkak & kawan2 yang lainnya.dalam van siap cakap lagi memasing, malas la nak beli.. beli 1 kotak jer la.. Last2 dah masuk & merasa, memasing sibuk & berebut-rebut la pulak untuk membelinya. Ahkak rembatla jugak 3 kotak besar (ole2 sampingan untuk kengkawan)

yang kelakarnya, baru je ahkak nak snap gambar dalam kedai ni, tetiba jer pengawal dia menerjah kat ahkak macam kilat rasanya melarang ahkak jgn ambil gambar. Terkejut jugak ahkak dengan caranya, lalu ahkak cakap "SORYYYYYY".hahahahaha

Malam tu weols dinner kat sini. Sedap bangat sebab dah lapar kot...


Lepas makan balik Otel terus, ingat nak keluar ke Medan Walk, tapi semua dah keletihan. ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz apa lagi kan.
Itu yang ahkak cakap sebelum ni, kalau dok kat Otel ni, memang terbantut xtvt malam, sebab jauh dari tempat2 perlancongan.

Tunggu hari ke 4 pulak ye....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...