Assalamualaikum.... Dah lama tak berblog. Rasanya dah bersawang tebal kot... Ni nak bercerita pasal weols pergi holiday ke Sabah. Sebenarnya bukan la berholiday sangat pun. Sebabnya tak cukup korum daa... Anak no. 2 ahkak tak dapat turut serta, sebab tuntutan sebagai pelajar. Ahkak booking ticket AA ni dah lama iaitu 6 bulan sebelum penerbangan. Kan anak ahkak ada belajar kat UMS, tu yang bincang2 ngan En. Hubby, jomla kita ikut "Kak Long" balik ke UMS masa dia masuk tahun ke2 kata saya. Hubby setuju je sebab masa pendaftaran pelajar baru, weols tak hantar pun, Kesian pulak kat kak Long, semua buat sendiri. Lagipun setelah setahun, banyak la cerita2 yang Kak Long ceritakan pada weols sebagai parentnya. yang membuat weols tersangatlah nak pergi ke sana (Sabah) tu sebab kesian plak dengar xtvt Kak Long yang setiap hari berjalan jauh atau menunggu bus untuk ke class atau time balik ke hostel. Setelah weols pergi, memang sah2 jauh. Fuhhhh... weols memang boleh rasakan kepenatan anak2 yang belajar di UMS ni. Masa weols masuk ke perkarangan UMS hari tu, mmg ramai2 pelajar-pelajar berjalan kaki. Jalan2 dalam UMS semuanya mcm berbukit-bukit, serious letih.. Okey kita tinggalkan dulu citer UMS ni ye.. Mula2 ahkak booking AA ni time pergi dah cantekkk dah iaitu 12.35 tghari gitu. Boleh plak lagi sebulan nak terbang Aa biat retime plak dahhh.. dapatla pukul 6.25 petang. Sah2 la smpi KK kul 9.15 mlm kan. Dah malam gitu. Tak boleh nak buat xtvt apa dah. Daftar masuk bilik, terus Zzzzzzz.... Ni gambar2 anak2 yang 2 orang kecik tu yang terlebih excited. Sebelum ni diaorg bukan tak pernah pergi pun, cuma paham2 je la kan, nama pun holiday, kita yang dah tua2 ni pun boleh terexcited jugak kan...
Ni bukan pertama kali weols 1 family ke Sabah, ni 2nd time la. Tapi biasalah kan, mana2 holiday mesti excited tu yang lebih...
Hilang dah azab weols sebagai parent bab melayan keletah C Kecil Ku Nuri membilang hari sebelum ke Sabah.
Ketibaan weols di T2 Airport KK disambut dengan hujan yang sedikit lebat..
Weols stay @ bermalam di Apartment Promanade, Kota Kinabalu untuk semalam jer..
Harga weols booked through online RM127.00 untuk family room (besar & selesa pada weols).
Sebelum ni ada kawan booked hanya RM90.00.. Sekarang semua benda dah naik..huhuhuhu...
No comments:
Post a Comment