Wednesday, September 25, 2013

Melawat UMS

Hari ke dua kami di Sabah, 6 Sept. 2013

Check-ou dari Apartment Promanade pada kul 8pg. Awal kan kami keluar. Mestila kene awal, buat apa dok lama2 dalam bilik, banyak lagi tempat yang perlu kami lawati ni..Bersiap-siap & selepas pulangkan kunci bilik, kami semua pergi breakfast dulu. Makan kat kedai mamak je sebab anak-anak nak makan roti canai. Lepas kenyang semua kami semua sepakat nak ke UMS, tempat kak Long menuntut ilmu. Along mintak drive kereta, bukan abahnya tak tau jalan, tapi saje je dia nak bawa. Rancangan kami sebenarnya nak tinggalkan beg Along kat bilik dia, tapi hampa sebab bila Along sampai2 nak ambil kunci bilik Along dah diberi pinjam sekejap kat junior. Tak pada hal sebelum ni pihak U siap bagi sms kat Along mengatakan bilik dah ada, tp bila nak g ambil kunci kunci, alih2 tengok dah bagi kat orang lain pulak, mana tak menyinga terutama mak dia la..hehehehe... sebab sebelum ni selalu sangat dengar dari Along pengurusan U ni memang tak sistametik skit. Along mula2 dulu pun entah brape kali asyik kene tukar bilik je kerjanya. Ingat orang tak ada kerja ke nak mengangkut beg2 yang besar2 semua tu. Apa la pengurusan macam ni, cakap kerja kat U, tapi cara kerja macam budak tak sekolah..huhuhuhuhu

Sebelum bertolak ke tempat yang seterusnya Along dok bawa jalan2 & ronda2 dalam UMS. Cantikk sungguh pemandangan dalam U ni tau, Along bawa lepak jap kat tepi laut. Jom layan gambar2 dalam perkarangan UMS ni







Selepas ni, kita menuju ke Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Apa lagi melawat TIP OF BORNEO la kita bah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...