Friday, September 27, 2013

Mount Kinabalu Sabah

Hari ke 3, 7 Sept. 2013 (Sabtu)

Masih lagi berada di kawasan Kundasang. Selepas melawat lawat kawasan lembu, weols meneruskan perjalanan. Masa sampai simpang, hubby dah tanya ahkak, nak kemana, ahkak pun laju je cakap pergi Mount la. Masa perjalanan tu aru ahkak perasan sepatutnya ahkak nak pergi gerai2 yang banyak tu yang ada jual buah-buahan sayur2ran dsbnya la. Cakap balik ngan hubby, terus je dia jawab, tadi dia tanya nak ke Mount, dah ke bawah ni , idak la dia nak berpatah balik...huhuhuhu..sebenarnya ahkak pun tak la berasa kisah sangat nak ke sana cuma nak tengok perubahan apa yang ada. nak membeli buah2an pun bukan boleh nak bw balik Semenanjung. Tapi ahkak tanya lagi, tak kan tak nak berpatah balik  tak nak ke pergi  Hot spring ke, Sabah Tea ke dan tempat yang tak pernah weols pergi lagi kat ikan yg kerumun kaki orang tu (entah apa nama tempatnya, ahkak lupa sudah). Anak2 & hubby serentak cakap, tak nak la pergi sebab dah pergi kan sebelum ni, mesti sama je keadaannya.Klu Ikan tu pun anak2 cakap.. aaahhhh... geli je, tak payah la pergi. Ok la ahkak terima pendapat semua..huhuhuhu...

Sampai kat Mount, ms bayar masuk, kawasan kat situ elok je cuaca, tapi bila weols dah betul2 nak sampai tempat port orang nak mula mendaki tu, tengok2 hujan la pulak, boleh pulak lebat time tu. Ingat ahkak nak la bergambar kat atas yang berpagar tu, tapi hampa. Dok la memasing termenung & memerhati segelintir pengunjung yang bersiap sedia nak mendaki. Ada rasa bosan & boring la jugak. Hubby ajak turun redah hujan tu, tapi sempatlah ahkak suruh dia snap gambar sekeping 2 untuk ingatan untuk kunjungan weols yg ke tiga kalinya untuk ahkak & hubby & kedua kalinya utk anak2. Okeyla jangan kempunan...


lepas bergambar, weols pun berlari la masuk kereta & turun. Yang bestnya bila sampai bawah boleh pulak tak hujan, cuaca sangat2 la baik & cerah. Ahkak pun hubby stop kereta dan ajak anak2 g bergambar kat sini pulak






Masa weols sibuk2 bergambar ngan anak2, hubby dok bersembang ngan Pakcik bawa teksi kat situ. Rupa2nya hubby dok sibuk tanya pasal ikan2 yang weols cakap tadi tu. Sebenarnya niat hati hubby tu nak jugak pergi ke sana, tambah2 dengan penerangan yang detail dari pakcik teksi tu. Lagi la macam excited nak ke situ, tapiiiii bila hubby tanya kat anak2 dia, diaorang boleh cakap "TAK NAK!!!!"..Hubby pun okey la, last2 tak jadik la jugak.

Masa OTW ke KK rasa2 dah tengahari, boleh weols semua terlupa nak breakfast. Masa meneruskan perjalanan nak balik KK, tak jumpa2 kedai yang memuaskan utk minum pagi. Last2 anak2 kenyang ngan makan yang ada dalam kereta je.

Next pekan Nabalu plak ye..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...