Thursday, May 15, 2014

Ride To Penang 2D1N

Assalamualaikum...

Hari ni ahkak nak sambung cerita Ride bersama DBKL Bikers Club ke Penang. Sebelum masuk hari ke 2, selesai semua kekenyangan makan nasi kandar di Restoran Khaleel, kalau tak silap & selesai sessi bergambar suka2, group riders bergerak ke Batu Feringgi iaitu menuju ke tempat penginapan weols pulak. Semua dah tak sabar nak sampai ke sana, terutama yg pompuan ler, lebih2 lagi ahkak ler, orang lain ahkak tak tau la kan.. rumah ni booking untuk 2 unit, 1 unit rumah ada 5 bilik tidur & 3 bilik air, siap lengkap kelangkapan semua termasuk pinggan mangkuk semua. Nak tau semua rumah ni ialah kepunyaan pihak DBKL ye untuk staff diaorang jer. Weols memang selalu booking rumah2 peranginan DBKL ni kalau pergi ke tempat yang ada disediakan seperti Langkawi, Cameron Highland,Port Dickson..(ni antara yang family weols sll duduk ler..) Berbalik cerita group bikers ni, bila sampai2 jer, ahkak ingatkan okeylah semua ada bilik sebab sebelum ni en. hubby ckp, bilik2 semua utk yg couple2 & ada yang berjanji sebelum ni ada yg nak tidur kat otel lain, ok lah kan, rupa2nya tak cukup sebabnya ada pulak dah pndi2 berbagi 1 rumah utk couple & 1 rumah utk bujang2. Bila ahkak masuk g bilik yg tak ada org, tetiba 1 girl ni ckp tu dah ada org, boleh pulak dok pilih2 kawan..(sebenarmya ada 3 ke 4 couple yg ahkak ragu2 ke'couple'an mereka ini. Bising jgk ngan hubby.. siap ahkak pot pet pot pet.. sebab mcm tak caya, tapi tau2 jer lah kan org lelaki ni, pndi smpn rahsia kengkawan.. "ahkak tak menuduh ye" cuma ragu2 jer..

Dah bincang2 last2 en. hubby cakap kita kene ddk lg 1 rumah lagi tu, maknanya ahkak kene berasing ddk ngan couple yg ahkak ngam tu, tak kisahlah asal dapat duduk bilik, nak kan selesa jer, biasalah kan kita ni pompuan, ada laki, mestilah kita nak ddk 1 bilik ngan laki kite, iye dak....sampai2 tengok2 diaorang bagi ddk kat master room lagi tu... macam tak caya jer kan...dok berebut bilik, last2 ahkak dapat yang selesa, suke lah hati mak nakkk..Tak payah susah2 dok berebut TV, sebab dlm bilik ada TV, mengadap Seaview lagi tu...mmg rezeki ahakak lah kan..


Gambar bilik tak dan nak ambil, lupa dah..tapi serios cakap memang besar master room dia..

Ingat dah dapat bilik besar, bolehlah ahkak tidur kejap utk menghilangkan penat ride jauh & berhujan bagai tu, tapi x boleh u... dah siap ampai2 baju seluar & kasut2 basah, weols baring2 je tengok TV. En Hubby biasalah dia kan orang penting dalam riders ni, dah turun untuk meeting nak buat apa malam ni. Dekat2 nak maghrib en. hubby pun masuk bilik & siap pesan, nnt lepas maghrib dia suruh ahkak g rumah lg 1 tu, tolong2 siang2 ikan ke ayam ke, apa yg patut ler sebabnya diaorang nak buat bbq la pulak. Ingat dah letih2 ni nak Zzzzzz...jer....Tak per la ikutkan jer.

BBQ time.. tak brape nak makan sebab kenyang nasi kandar petang tu masih terasa lagi. Lagi pun selera tertutup gara2 makan hotdog terasa masin ya amat, terus tumpul selera, puas ler en. abang cakap makan lah ikan ke kambing ker... ermmm... tak lalu langsung... last naik masuk rumah ddk tengok TV dan bersembang ngan 2 kakak yg senior ni..(diaorg jer yg ahkak kenal sbbsuami diaorg mmg kwn rapat en. abang..boleh lah ngam bersembang)...

selepas makan & group bikers yang muda2 keluar ngan couple memasing nak g pasar malam katanya, tinggal lah weols yang otai2 ni dok rumah sambung bersembang smpi kul 12 tgh malam, baru en. abg ajak balik rumah tidur..

bangun pepagi, terus snap gmbar ni, sunrise.. cantik kan..

 Sebab ddk serumah ngan budak2 bujang lelaki, tambah2 dengan tidur tmpat baru, mata ni cepat lah celiknya.. siap2 awal2 senang..lps tu ajak en. abg ronda2 sekitar taman sebelum g breakfast yang telah dibeli oleh tuan rumah. B'fast makan nasik lemak seringgit berlauk kan lauk bbq malam tadi yang berlebih banyak. Masa ni ler ahkak bantai ratah2 ikan sampai 4 ekor weiii...baru puas...kihkihkih....
 Masa b'fast diaorg dok pakat2 nak keluar kejap sebab nak beli jeruk. Biasalah sebab bw org pompuan mesti ada membeli belah kan. Wajib beli Jeruk Pak Ali kalau g Penang tau..Beli pun area Tg Tokong jer (klu tak silap lah nama tempat ni) nak g Pekan memasing semua sempoi ride pagi tu sebab but & jaket semua dok berjemur kasi kering.. lepak2 lah kejap kat situ sambil2 mengeteh jugak diaorang...

nanti ahkak sambung lagi lah ye, sebab nak g keluar lunch kejap... Nnt sambung perjalan riders menuju balik ke K EL...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...