Ucapan Hari Mak, Pertama, sy ingin mengucapkan Selamat hari Mak kepada mak saya. Sy harap mak akan sentiasa sehat & tahu bhw sy sgt sygkan dia. Sy sygkan mak lebih dr segalanya di dunia ini. Sy akan selalu berusaha utk tidak membuat Mak saya sedih. Kasih sayang yg diberikan tanpa mengharapkan balasan serta tak akan terbalas adalah kasih sayang seorang MAK.Maafkan “Ateh” ye mak, halalkan makan minum selama ini.
Kedua, ditujukan untuk Mak Mertuaku, Pn Khadijah Mat Akit yg berada di Bota Kiri. Semoga Mak sentiasa sehat hendaknya. Terima kasih kepada mak metuaku kerana menjadi sorang mak metua yg baik & sporting. Nor syg mak sgt2 tau. Maaf ye mak untuk segala-galanya.
Ucapan seterusnya mestilah untuk diri saya, Suami & anak2lah menjadikan dunia Mak sangat2 lengkap. Kerana anak2 kini Mak dapat meraikan sambutan Hari Mak walaupun tiada hadiah yang istimewa. Akhir sekali ucapan untuk semua Ibu2, Mak2 seluruh dunia..Sy doakan anda2 semua diberi kesihatan yg baik2 serta diberi kekuatan agar dapat membesarkan serta mendidik anak2 anda sebaik mungkin, memberi didikan & kasih sayang yg terbaik untuk anak2 kita agar mereka hidup sejahtera di dunia & akhirat. Insya-Allah.
Ni ada doa, jom kita baca sama ye..
"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil.
No comments:
Post a Comment