Thursday, May 15, 2014

Ride to Penang

Assalamualaikum...

Nak habiskan cepat2, sebab nanti tangguh lama-lama mood dah lari, puas plak nak kejar nanti. Baikler kita habiskan cepat2..

Selepas memborong Jeruk Pak Ali, weols semua balik ke rumah bersiap siap nak gerak balik sudah. Barang memasing mmg tak banyak sebab biaslah riders mana pernah bw byk brg, mana nak sumbat, ni motor bukan kereta ye kengkawan.. Kemas2 apa yang patut, mcm rumah yang ahkak duduk tu, biasalah rumah orang bujang, cawan jer bersepah-sepah, ahkak kutip basuh siap2 & lap sinki mana2 yang basah. Habis semua semua tgu owner rumah untuks erhkan kunci. Tepat jam 12.30 owner dtg ambil kunci weols, semua gerak balik ikut jalan Balik Pulau, sebabnya nak ikut Jambatan PP2, walaupun terpaksa melalui jalan jauh skit lah. Tak kiralah asal boleh jejak, nak lalu lain kali entah bila2 kan..

Sementara tunggu serah kunci rumah, sempatlah snap gmbar2 motor group ni, saje jer penuhkan gallery phone ahkak ni...kihkihkih..

Pakir Rumah 1

Pakir Rumah ke 2

Sebelum tu group riders semua berhenti di Taman Negara Pulau Pinang untuk bergambar. Ok lah cantik jugak tmptnya..Banyak jugak ahkak ambil gambar, biasalah, ahkak kan selfie punya orang, tak sah kalau tak bergambar, en. hubby pun dah tau perangai ahkak ni..

Alamak... macam Awei & Erra lah..kihkihkih...perasan tak sudah2 ahkak kan..
 Kakak ni antara yg senior, dah bercucu tau..Otai masih berbisa...

 Ni antara riders yg BERcouple

 Tak boleh nak complain byk2 sebab nanti en. hubby tak nak bawa lagi susah. Baik dok diam2, kalau dia tanya, ahkak jawab best jer...tapi serious ahkak cakap bab2 jalan tambah2 ikut en. hubby kesayangan memang best memanjang, kalau tak ikut, nanti dia bw orang lain lagi naya.. betul tak?.. tapi mintak dijauhkan benda2 ni. Ahkak memang sentiasa berdoa semoga en. hubby tau batas2 seorang muslim & dijauhkan dari perkara yang dilarang..Aminnn...

Alamak... mana boleh tamat lagi.. Nak citer ontheway balik tu weols singgah Kuala Sepetang untuk lunch. Lunch weols semua dalam pukul, lebih kurang 3.30 petang uols!!!!... masing2 dah kelaparan & kehausan sebabnya, cuaca panas terik pulak sebabnya semalam dah merasa sejuk beku dalam hujan lebat.. okey lah tu kan..

Kiranya ahkak yang 2nd time lah makan kat sini, 2 tahun lepas kot sekali makan, itupun dok selalu dengar ramai yang cakap sedap sangat mee udang Mak Jah Kuala Sepetang ni, dok lah nak pergi sgt2.. tapi mmg mula2 rasa jer, mmg dah siang2 cakap, memang tak sedap langsung kat tekak ahkak & en. abang jugak. Dok lah pot pet ber2 cakap, apalah yang sedap sangat ni, penuh jer meja kan.. Memang tak lah nak ke sana lagi semata mata nak makan mee udang ni, tapi kali ni sebab join group, kene follow lah jugak wpun dah cakap ermmmm... mcm tak best jer nak makan kat situ. Tapi sebab tiada pilihan lain, dok order lah jugak mee udang ni, manakala en. abang order kuehtiaw goreng special. Mee udang ahkak mmg tak habis lah kan, cakap pun tak sedap kecuali udang kene habiskan lah sebab besar weii, harga pun mestilah besar, iye dakkkk... tapi en. abang kali mmg puji lah yg dia order tu siap tmbh lagi sebab sedap katanya. Tak padahal maybe sudah kelaparan entah2..kihkihkih...

kepada peminat2 mee udang mak jah, jangan pulak marah kat ahkak ye, sebab tekak kan masing2, kalau rasa sedap boleh lah ke sana lagi.... macam ahkak idak ler....kalau memang dah lalu lepas tu kebuluran Insya-Allah berenti jugak lah kot, order AIR jer..boleh gitu...





<<<<<<<<<<<<<<<<<<TAMAT>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...