Seminggu dua ni cuaca kat Malaysia ni betul-betul panas kan. Peluh menitik-nitik dibuatnya. Mandi jangan cakap ler...kalau boleh nak berendam macam badak sumbu tu, bestnya lah kalau dapat berendam kan. Panas-panas ni semua kerja buat tak selesa kan. Nak tidur tengahari mcm biasa memang tak der ler, nak bukak aircond mmg tak ler, bil ytinggi wooo...dah la malam pasang smpi pg, siang2 biarla kita mengalah..Dah panas-panas ni perut boleh pulk lapar jer la rasanya. Hari ni teringin nak makan apam. Ingat nak buat tengahari, last2 mlm baru berkesempatan. Jom layan resipi Apam Tepong saya ni. AMBIL dr mak yg rajin buat kuih dulu..skrg sudah gantung apron..huhuhu
Bahan-bahan:
1/2 KILO TEPONG GANDUM
1 CAWAN GULA MERAH
1 PEKET YIS MAURIPAN
4 CAWAN AIR SUAM (KALAU PEKAT BOLEH TAMBAH AIR LAGI)
KELAPA PARUT + GARAM
Cara-cara:
Tepong, gula merah campur semua. Yis td dibancuh dengan air suam td.
Bila yis dah berbuih skit bolehlah di gaul sebati. Adunan hendaklah dibiarkan selama 1 jam Bila adunan dah naik 2 kali ganda baru lah dikukus sehingga masak.
Jangan lupa ye loyang hendaklah dioles dulu dengan majerin tau....
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment