Weols bersiap-siap nak check-out dan ke rumah pengantin. Mula2 berbincang nak keluar rumah selepas sembahyang Jumaat jer, tapi disebabkan pagi tu selepas breakfast, decide yang baru pulak, last2 weols semua check-out awal dalam kul 11.00 pagi gitu dan seterusnya ke rumah pengantin. Lagipun perjalanan weols jauh lagi ni, dah sampai ke Terengganu mana boleh x merayap kan, apa kes, datang2 jauh2 semata-mata nak g rumah kawin je, rancangan weols nak ke Losong la,Pasar Payang ni wajib pergi tau. Masjid Kristal je weols skip sebab dulu dah pernah sampai. Dah makan kenyang kat rumah pengantin, weols bergerak ke Kuala Terengganu. Cuaca panas sungguh, memasing semua rasa tak selesa, dah la memasing memakai dress, peluh ni jangan cakap ler, badan dah rasa melekit-lekit. Nak jalan-jalan pun x der mood & tak selesa sungguh. Mood pun hilang terus, yang keluar mood panas baran datang, ni time bila anak2 yang dok nak itu mak.. nak ini mak.. nak g situ mak.. jom la mak...bla..bla..bla..bla... Mak la jasik mangsa sebab abahnya dok relax tepi sungai tu sebab jaga MIl ahkak dah nak pitam..huhuhuhu.. Tp paham-paham la kan, bila berjalan hari Jumaat ni, masa sungguh terhad, dah la kat sana kedai banyak tutup, masuk2 je Pasar Payang selepas sembahyang Jumaat tu, tengok2 orang tak la ramai mana, rupa-rupanya banyak kedai yang tutup. Ok jugak rasanya kot, sebab dah la panas, elok la ahkak bla cepat-cepat, tak luak duit ahkak..hehehehehe..dah beli lebih kurang (banyak kopok & makanan ringan je...) ahkak pun cakap ngan hubby, jom kita ke Cherating pulak la....Weols baru booking resort kat Cherating untuk 1 malam lagi. Weols booking Estana Resort Cherating. Masa booked tu siap cakap ngan anak, C Kak Ngah booked tempat yang ada kolam. Tengok website sungguh la cantek tempatnya, rupa-rupanya weols semua dah tertipu. Sebenarnya anak ahkak booked resort jer yang tiada kemudahan kolam renang, kecewa sungguh anak-anak ahkak, sian diaorang,terutama nya C Kecil ahkak, Nunyi dah la berminggu asyik la tanya, nanti mandi kolam ye.... pantai jauh pulak tu... nasib..nasib..nasib... Lepas dapat kunci, weols masuk je bilik, tengok2 semuanya tiada yang menepati citarasa. Dah la socket 2 jer dia bagi (1 utk TV, 1 lagi tu, itu ler yang berebut nak charge handset memasing & masak air)..huhuhu... Masuk bilik air pulak, air pulak kecik, sungguh tak puas mandi. Klu ikutkan ahkak memangla ahkak ok jer, ni hubby & anak2 ler yg dok tak henti-henti bersungut. Klu macam ni, ni la last kot kita stay kat sini, len kali idok ler nak booked ni. Smpi petang weols semua dok je dalam bilik mereharkan badan, nak bawa C kecil mandi pantai idak ler masa tu, tunggu esok je la kalau tak penat, kata abahnya. Malam mcm biasa weols keluar makan makanan laut kat tepi jalan. keesokan paginya selepas b/fast, C kecil dah bising nak mandi laut, Abahnya la jadik mangsa, akhirnya berjaya jugak ler dia mandi pantai walaupun kene menapak skit..
pagi sebelum check-out, mandi pantai dulu, ni wajib utk budak2
kat rumah pengantin, x der gambar lain..
On the way ke Kuala Terengganu
dah sampai Losong, borong kopok lekor la kite weiii
Ni dalam Pasar Payang, tu ler tu, anak-anak2 yang lebih nak itu ini.
yang ni pantang nampak durian, beli la skit, jangan tidak
Dah sampai Estina Resort (betul ke spelling ni..huhuhu dah lupo)
Mandi pantai je nampaknya C kenit ku ini, sebelum nak check-out.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.