Selepas check-out dari Estiana Resort Kuantan dalam kul 12 tengahari, weols semua menuju balik la, apa lagi, tapi ahkak tak balik ke Kajang tapi kene hantar pulak MIL ke kg Bota Kiri Perak (sebenarnya tak masuk dalam list pun hantar MIL ni, tapi bila MIl request nak balik cepat ke kg, apa lagi my hubby pun cakap dia akan htr hari ahad, bila ahkak dengar dia nak htr hari ahad, baik lah kita balik terus je dari Kuantan. Tak der lah penat badan, lagi pun kalau ikut cakap mula2 hubby tu dia nak hantar hari ahad pagi, tak der maknanya pagi, entah2 dah tengahari baru nak bertolak ke Perak, bila pulak dia nak balik kajang, esok Isnin weols semua dah star kerja & anak2 pun dah mula bersekolah. kalau balik terus.. setidak-tidaknya sampai kg boleh la relax badan tu kan, ahad ptg2 dalam kul 6 boleh la beransur balik. Nasib baik hubby dengar cakap ahkak.
Weols semua tak berhenti pun, hubby relax je bawa kereta sebab tak der apa nak dikejarkan. Lunch weols pun skip nak tunggu sampai Termerloh. Kata my hubby kat makan lunch kat Temerloh, kita pekena iakan patin masak tempoyak. Sedap sangat2 katanya, weols pun ok jer, memang kesukaan ahkak pun ikan patin ni. Last2 sampai kat gerai makan di Temerloh dah kul 3 .30 ptg. Terus je la menuju ke gerai sebab masing-masing semua dah kebulur. Serious ahkak cakap memang pergh...sedap giler... tak caya cuba la rasa
terliur tak... sedap weiii..
tengok la sampai licin..tu tandanya sedap tau
lepas makan weols ajak hubby bergambar sekeping 2 kat tepi sungai Temerloh tu. Dah bergambar beli pulak buah-buahan sekilo dua. Weols meneruskan perjalan ke Perak. Alhamdulillah selamat sampai kg Bota Kiri dalam kul 10 malam. Masing-masing kepenatan, tak dan nak tgk TV lai, terus Zzzzzzzzzz...
No comments:
Post a Comment