Tuesday, June 25, 2013

Melawat Rania

Assalamualaikum semua... Semoga kengkawan bloger sehat2 semuanya ye.. Ahkak tengah bersedih sekarang ni sebab anak buah ahkak yang kecik ni sedang mengalami demam denggi untuk ke 2 kalinya. Tahun 2009 kata parentnya, dia dah pernah kene denggi jugak.. kesian sungguh la tengok bila C kecil ni yang mengalaminya, orang tua kene pun tak larat nak menghadapinya kan, ni kan pulak budak cinonit ni..

C Kecil ni namanya Qaseh Rania, 3 hari berada di Hosp. DEMC Shah Alam, keadaan kesihatan yang tidak menentu akhirnya tengah malam tadi (24 June 2013 dapat berita C Rania ni dipindahkan ke PPUM pulak. Kata parentnya kesihatan C kecil ni bertambah membimbangkan. Oleh kerana terlalu banyak masukan air, last2 penyakit lain pulak yang dihidapinya iaitu air dah masuk keparu-paru la pulak. Tangan dah habis bengkak2 dek kerana kesan jarum yang dicucuk.

Mak Tih kat sini serta keluarga yang lain hanya dapat berdoa semoga Rania cepat-cepat semboh, kuat kan semangat ye sayang, Mak Tih, kakak-kakak Rania, atok2, nenek2 lebih2 lagi ayah & ibu Rania semua sayangkan Rania tau. Cepat2 semboh ye sayang, weols semua rindukan keletah Rania tau..

Mengharapkan doa dari kawan-kawan blogger semua jugak ye, semoga my niece ni cepat2 semboh dari sediakala.  Allah saja yang dapat membalas jasa baik kawan-kawan semua.

p/s: musim jerebu yang sedang melanda, jaga kesihatan & pemantauan yang lebih untuk anak2 kita semua, semoga dijauhkan penyakit yang merbahaya. Banyak2kan minum air masak semua..LOVE U ALLs

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...