Monday, December 19, 2011

Birthday Nurrey

Sambut birthday C Kecil cepat sehari iaitu pada 17 Decenber 2011. Memang sempoi habis kali nie, Ingat nak beli kek dengan cartoon kesukaan dia iaitu Angry Bird, tapi tak dan nak tempah, kesian dia... Last2 masa nak g melawat Along Mimie, terpaksa la beli kat kedai kek, beli yang biasa2 jer & paling murah harga.. untuk syarat nak potong kek pada harijadinya.



dengan semangatnya tiup lilin..hahahaha



Thursday, December 01, 2011

Sana Sini kenduri kahwin

Banyaknya dapat jemputan kenduri kahwin. Setiap minggu penuh dengan jemputan. Kalau ikutkan tak dan nak pergi semua...huhuhu..tapi tengok keadaan la ye.

Salah 1 majlis di Kg Bota Kiri, Perak. banyak gambar anak2 dari Pengantin..hikhik





Wednesday, November 30, 2011

Office Communication at Eagle Ranch Port Dickson

25 November 2011
Employee Comm. outing at Eangle Ranch PD.







Pasukan Paint Ball yang menang..horeyy!!!!

Kalau ikut chart tu, EI Dept. paling tinggi..Harap Bonus pun mesti la tinggi tahun nie kan....Amin....

Monday, November 21, 2011

Lamanya tak update kat sini. Sibuk ngan urusan business (macam besar je bunyi nye kan..hahaha). Hanya TUPPERWARE jer.. nak capai target ke "DIRECTOR" sekarang DIQ lagi, tu yang busy sangat tu..siap bukak meja kat Metro Point Kajang.. Alhamdulillah..Ada sesiapa yang minat ngan barangan Tupperware x?. Kalau berminat jengah-jengah la blog saya kat sebelah.

Layan my Luv Bazaar

Tuesday, October 04, 2011

Lawat Along

2 October 2011.
Bertolak dari Subang Jaya, kami sekeluarga bertolak pulak ke tempat Along, Banting Selangor. Rindunya kat along.... rasa macam dah lama tak jumpa (baru jer along balik pertengahan syawal). Berbekalkan sedikit makanan yang ditapau oleh kawan, kami berhenti lagi kat KFC, beli 1 barrel (yang makan bukan along, adik2 dia yang habiskan..huhuhu).

Sampai kat kantin (tempat perjumpaan keluarga), kami dapati banyak perubahan kat kantin. Terdapat banyak "stall". Burger ada, roti canai ada & makan mcm yong tau fu (cucuk ngan lidi) entah apa namanya..

Ada cerita baru lagi dari Along mengenai asrama diaorang nie. Dulu histeria la, sekarang timbul pulak citer orang minyak. Takut gak dengarnya, mintak2 cerita tu x benar la kan, tapi kami sekeluarga cuma cakap ngan along, supaya berdoa sentiasa. Mak, abah & adik2 sentiasa berdoa untuk along.




Monday, October 03, 2011

Jejak Kasih Kawan

2 October 2011, USJ Subang Jaya, Re-union SMLC, walaupun tak ramai yang hadir, tapi dah cukup gembira bila dapat berjumpa kengkawan lama ni seperti Suraini, Nozidah, Saadiah, Yusri, Baharin, Rosman, Salina, Athiri & juga Pizah (budak kg), bayangkan la budak kg pun dah lebih 20 tahun x jumpa, ini kan budak sekolah, lebih kurang 25 tahun jugak la x berjumpa. Memula bertolak dari rumah tu, terdetik jugak dihati ni, kenal ke lagi tak diaorang kat aku ni, mana la tau kan, dulu badan slim, sekarang..mak aik.. tengok je la kat gambr ni..huhuhu.. (azam nak kurus tak pernah berjaya..hikhikhik). Lagi 1 masa g tu aku bawa family, lagi la hati nie berdebar-debar, mana x nya, takut gak kawan2 aku nie pecah rahsia masa zaman sekolah dulu kan..hehehe. walaupun aku tahu, aku ni kan pelajar low profile, mana ada cerita sensasi kan...tapi sib baik la cuma diaorang ingat tang mulut aku yang pot pet, pot pet, nie jer....sib baik...



bersama Nozidah, cikgu sekolah menengah.



Bersama kengkawan dan cik Aziz. Garang tau cikgu nie dulu


entah apa la yang membuatkan diaorang nie semua tersenyum lebar kan...




ya allah, ampun kan hamba mu nie.. azam kene kuat mulai sekarang nie..huhuhu

Thursday, September 15, 2011

Balik Raya Ke Melaka

Raya ke 3 baru balik ke Melaka. Apa nak buat kan, kene ikut turn..hikhikhik
Dah namanya balik lambat, tak dapatla nak jumpa semua adik beradik. Mana yang ada jer la...
Jumpa la adik 2 orang & kakak yang sememangnya duk kat kampong. Tapi masih meriah, sebab pergi jugak la beraya rumah bapak2 saudara yang jumpa hanya setahun sekali..huhuhu




















Bergambar sekeluarga dengan mak tersayang. Sayang anak no. 3 (Nabila) x der dalam gambar ni sebab pergi rumah kakak

Wednesday, September 14, 2011

Open House..Open House

Buat makan-makan untuk kengkawan anak-anak jer. X jemput pun kengkawan & jiran-jiran. Itupun dah tak larat nak melayan diaorang semua nie. Tapi diaorang ni pandai tul memuji...memanjang jer cakap, "acik sedap la yang ni"..., "acik sedap la yang tue"... Betul ker, tapi apa2 pun terimakasih la ye. Memang sedap pun..kalau tak sedap, takan licin semua kan...hikhikhik



















Nurrey dengan Basikal Baru

Tengokla gelagat C Kecil dengan basikal barunya. Dia mintak beli basikal ni dah lama dah.. tapi weols buat x tau jer, bukan x duit nak membeli, tapi belum masa lagi, biasala kan, kecil lagi, kaki pun x sampai nak kayuh. Masa balik beraya di kampong, memang x henti-henti dia mintak, siap cakap dia byk dapat duit raya..huhuhu.... Last2 cari la jugak basikalnya setelah penat dia merengek, kesian pulak kat dia. Bawa dia masa nak beli, suruh dia pilih sendiri, nak color pink katanya.

Dapatlah akhirnya apa yang dihajatkan. Punya la suke, orang lain x boleh pegang langsung mula2 bawa balik ke rumah. Kakaknya apalagi, lagi kuatla menyakat dia, terjerit-jerit C kenit tu dibuatnya. Malam tu sebelum tidur, kejap2 selak langsir, kejap2 bukak pintu, nak tengok basikal dia...Ingat x lena tidur, rupa2nya siap kecing malam lagi..huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...