Tuesday, April 30, 2013

Balik Kg & Lemang

Jumaat Malam (minggu lepas punya citer) ahkak balik pulak ke kg Perak. XTVT setiap bulan, mesti balik kg, bergilir-gilir bulan ni Melaka, bulan depan Perak kecuali klu kg tu ada tambahan xtvt dah kene balik 2x dalam sebulan, begitu la seterusnya bergilir-gilir selagi ada hayat (nak tiru ayat P Ramleee., ganas sgt..huhuhuhu). Korang ada????????

Entah apa mimpi boleh pulak weols tergerak hati nak buat lemang. MIL ahkak la request sebab dia ada beli bekas tempat bakar lemang. Senang ya amat kengkawan weiiii... tak payah susah-susah buat unggun api bagai, berpanas kat api semua tu, cuma  pakai dapur gas jer.. klu kene hari ujan lagi ler selamat.. Harga??? mula2 ahkak ingat mcm murah sgt, siap ckp ngan MIL nak beli 1 la bg kat emak Melaka, tetiba cik abe ckp... weiii bukan RM."tuttt"... tu ler (sambil ketawa). Kengkawan semua nak tau tak?.. Hahahahahaha RM450.00 tau!!! mahal tak korang rasa?. Tapi bila diamati & byk pulak senangnya, ahkak kira mmg berbaloi la dengan harganya itu. Cakap biras ahkak pulak, harga ni bukan semua tokey tu ambil, separuh dia akan dermakan ke rumah-rumah anak2 yatim & orang2 miskin. Kira kalau kita beli, kira menderma la kiranya kita..:).... Jom tengok barangnya ye.... jeng!!!!!jeng!!!jeng!!!!






















steenless steel tau. berat & x mudah berkarat

ruang dalam (12 batang buluh lemang boleh isi)

cik abe ku sedang menyusun buluh2 lemang

MIL and C kecil ku Nunyi (sibuk je budak tu nak tolong, tp x merasa la kan sebab melambatkan lagi kerja opahnya nye nanti.. sian dia..

Akhirnya, lemang ku masak sempurna, masak lebih kurang 2 jam setengah untuk mendapatkan masak yang cantik. Gambar lemang masak x snap pun.. lupoooo..huhuhu tapi ahkak dapat la bw balik beberapa batang untuk diberi kat SIL 2 orang, jiran & anak ahkak yg no. 2 tu selain MIL ahkak ada ketepikan untuk jiran2 dia semua. tahun ni kira senang la weols semua nanti sebab bekas tu dah ada....hehehehe

P/S: x jual ye, tapi kalau ada sesiapa yang hendak boleh la dibagi alamat tokey ni.

Tuesday, April 23, 2013

Kek Cokelet Moist

Sehari dua ni asyik dok baca kat FB orang ni buat cokelet moist, orang tu buat, mana boleh jadik kan.. ingat ahkak tak tau buat ker... hehehehe Malas jer.. Ahad lepas selepas b'fast tetiba jer penyakit "R" datang melanda, selepas buat sarapan utk hubby & anak2, teringat nak buat cake cokelet moist yang paling sempoi ahkak rasa. Boleh bawa untuk Kak Ngah di Politeknik kan. Untuk Kak Long, maaf sangat2 sebab mak tak dapat nak bagi & buat untuk Kak Long..x per mak janji nanti bila Along balik lagi.. insya-allah mak akan buatkan, buat untuk raya sekali la nampaknya nanti.. hehehehe puasa pun belum dah nak raya..huhuhuhu

Resipi ni entah mana ahkak ambil ntah, tapi yang pasti, ahkak rasa kengkawan semua mesti tau kan resipi ni, semua kan terror2 masak memasak..cemburu tau tengok kengkawan yang berjaya dalam bidang masakan ni, memacan resipi, sedap2 belaka..Ahkak kalau rajin mau jadik jugak, tapi ni, malas je bila masuk dapur..huhuhuhu

Okey la, jom layan resipi yang akk letak ni:

Bahan2:-
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
3 biji telor ayam gred A

Bahan B (diayak)
2 cawan tepong gandum
1 cawan serbok koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C
1 cawan air panas mendidih

Bahan Ganache: 100gram cokelet masakan, 50ml susu UHT whipping crean, 1 sudu teh mentega

Cara-cara:
1. Ayak ke semua bahan B
2. Blander bahan A sehingga sebati
3. Campurkan bahan A dan Bahan B, kemudian kacau adunan sehingga sebati
4. Masukan air panas mendidih kemudian kacau sebati
5. Kukus adunan dalam acuan mengikut kesukaan
6. Kukus sehingga masak
(ahkak guna bekas plastik yang comel2 tu, senang nak bw & bagi kat orang)

Ganache pulak: satukan cokelet & whipping cream dlm mangkuk thn panas. Cairkan dengan kaedah double boiler. Bila dah cair, masukan butter. gaul rata. Curah atas kek tadi.

SIAP UNTUK DIMAKAN. nyumm..nyummm..nyum...

Tuesday, April 16, 2013

Untuk 6 Hari

Rasa macam dah lama takbukak blog ni, dah bersawang kot..hehehehehe busy mengalahkan nak bertanding FRU13 la pulak. Seminggu ni memang letih melayan kerenah anak2, nak bekerja lagi, ke hulu ke hilir, terkejar-kejar.. macam tu le ahkak dlm mgu lepas sehingga hari ni (Selasa, 16 April, 2013) tanpa Cik Abe... Cik Abe ni kalau dengan group ryder nya ahkak dah tak boleh nak kata apa... tapi sib baik sekarang dia dah slow skit ngan ryder2 nya ni.. klu idak, pantang 10 malam ke atas mesti keluar minum tea (perjumpaan group la kunun), klau ujung minggu je ada xtvt.. entah apa2 pada ahkak. Sekarang ok skit, ni pun kira dah 1/2 thn jugak dia tak lepak2 mcm dulu, Pergi Phuket untuk kali ke 2 anjuran RELA Malaysia. Ingat nak ikut, tapi sorang pun x bw isteri..tak dapek la ahkak nak follow... "Boleh ke follow, anak2 nak tingal kan kat sape, diaorang semua sekolah".. itu ler ayat2 yang selalu dipikirkan bila nak join Cik Abe. X per la biar la dia ronda2, ahkak pun berterima kasih jugak ngan Cik Abe kesayangan ahkak tu sebab mana ahkak nak g "obersea", dia tak pernah halang. eh..eh..eh.. melalut pulak dah ahkak..

Al-kisahnya.. Kak Long mimi balik mengejut sempenan b'day ahkak merangkap b'day dia sekali. Balik seminggu jer, x der masa nak melayan dia, tp sehari sebelum dia pulang balik ke U, ahkak ambil cuti & bawa dia jalan-jalan.. shopping shopping  ngan Kak Long. Sabtu 13 April first time ahkak bawa kereta hantar kak Long ke KLIA.. berjaya tau..hehehehe Selama ni semua bergantung pada Cik Abe, ni kene buat sendiri, sib baik seminggu sebelum tu Cik Abe siap2 bw tunjuk jalan..hahahaha tapi sesat jugak tau, nak tau sesat kat mana..bukan..bukan..bukan... sesat jalan, tapiiii sesat dalam bangunan KLIA cari kereta..boleh ke gitu...Berpeluh-peluh dibuatnya, anak2 pulak suka hati dia jer bawa mak dia turun tangga, naik tangga, masuk bangunan balik, masuk lift, last2 jumpa la jugak..heheheh

Bye!!!!!! Kak Long @ Malindo Air

Wednesday, April 10, 2013

Hangat Hati...

Pagi ni memang hangat betul2 hati ahkak tau. Memang kurang ajar betul pompuan yang bawa kereta sorang ni. Sesuka hati mak bapak dia langgar lopak tu, slow2 la skit, jalan tu pun bukan boleh bw kete laju2 pun, sebab simpang 4 lagi, banyak kereta keluar masuk, jalan pun memang tak elok langsung pun, bonggol pun banyak, boleh pulak dia bawa macam pelesit. Dia ingat dia sorang je ke ada kereta, jangan pandang rendah kat orang yang bawa motor ye cik kak oiiii. Ingat orang yang bawa motor ni tak der kete ke, tak byr cukai jalan ker...

Yang buat marah sangat2 ni bukan apa, habis basah baju ahkak ni disiram ngan air lopak tu, dah la x nak mintak maap kat ahkak ni, boleh pulak dia buat muka sardin dia, dia ingat dia boleh lepas agaknya, ahkak tengok dia langgar bonggol & potong 3 ke 4 kereta jugak dengan lajunya, mcm mls la konunnya nak melayan ahkak. Tak pada hal cik hubby ahkak bw motor relax je sebab tau, kat depan nun dia akan terperangkap jugak ngan jem..hahahhaha.. last2 bila weols smpi tepi kete dia, apalagi menyinga la weols, cik hubby suruh turun kan cermin, dipaksa, klu idak tak maunya dia, bla..bla..bla..bla.. weols & dia, kalau ikutkan ahkak mau je akk tores body kete dia tu atau setidak-tidaknya patahkan side mirror kete dia tu...tapi ahkak bukan la sekejam tu kan... (tapiii cik hubby ada jugak buat sebab kekadang tu geram gak sebab melibatkan nyawa selalunya) Ahkak malas la nak bertekak lagi, tapi jom kengkawan semua baca Artikel yang akan ahkak post kat sini. Untuk renungan kita semua...
Untuk anak2 ahkak juga yang 2 orang tu, baru dapat lesen, setiap kali diaorg nak memandu, selalu sgt ahkak ingatkan dia pasal side mirror, pandang motor bila nak ubah line..itu ini..itu ini...


Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,Seluruh Negeri,... Malaysia.
Tuan/Puan,
Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa: Kami berhak menunggang motorsikal didalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan. Kerana kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai LORONG KECEMASAN.
1) Tidak perlubunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.
2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan, dan ada penunggang motor di laluan bertentangan, kami layak dihormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak.
3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar lorong, sebab yang parah bukan anda tapi kami.
4) Penunggang motorsikal seperti kami BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati sama seperti orang lain.
5)Kepada pemandu kereta yang merokok,jangan sesuka hati mencampakkan puntung rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu jika ada penunggang motorsikal atau pengguna jalanraya yang lain. Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam pakaian penunggang motorsikal dan membahayakan kami.
6) Jangan hina kami hanya kerana kami menunggang motorsikal. Allah dah turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu berbangga dengan harta dunia.
 
Sekian.
Yang menunggang motorsikal..
 

Tuesday, April 09, 2013

Suka2 jer

Ahkak ni bukan la la berlagak, cuma saje2 suka nak cerita kat sini untuk diri ahkak jer, lagipun blog ni ahkak yang punya, suka hati ahkak la kan nak cerita apa, nak letak gambar apa, sape yang suka baca, sila kan baca, kalau tak suka jangan baca.. hehehehe jangan marah ye...

Sebenarnya bukan ada cerita menarik pun.. ahkak suka-suka nak tunjuk baju baruuu, tudung baruuu & kereta baruuu. semua yang baru tau..hahahah menyampah tak?..hahahahaha... Yang 2 orang tu tetap baru selama-lamanya..thks my lovely hubby & C kenit tu yang ceriakan hari ahkak setiap hari..

Semenjak dapat kete ni, setiap hari ler kete ni bergerak, kesian la kat kete lama ku...

Saturday, April 06, 2013

Hari Jadi

Hari ni pada 6 April lahir la ahkak ke dunia. Terima kasih kepad ke 2 ibubapaku. Kalau tak der mereka tiada la saya di dunia ini kan. Alhamdulillah sy sekarang dah 1/2 abad umur. Ahkak berharap & berdoa semoga dikurniakan umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan & hidup yang dirahmati didunia & akhirat. yang paling utama untuk anak2 ahkak semoga mereka semua berjaya dalam hidup dunia & akhirat, menjadi anak2 yang solehah jugak....Aminnnnn

Ahkak jugak ingin membuat pengumuman bahawa ahkak jugak berkongsi tarikh lahir bersama anak ahkak yang sulong. Unik kan.. Ini lah hadiah terbesar dariNya yang tidak terhingga buat ahkak. Semoga kak Long menjadi anak yang taat kepada mak ayah, Berjaya dalam pelajaran & jugak dunia akhirat. Mak sayanggggg sangat kat kak Long tau.. Tiada apa yang dapat mak berikan untuk kak long,.. hanya didikan yang sempurna yang dapat mak berikan untuk kak long. Semoga kak long tidak sia2 kan pengorbanan mak ayah ye.

tapi kan kak long mak dapat surprise tu.. Nak tau tak..

"
"
"
'
'
"
"
"
"
"
"
'
 
"
"
"
"
"
"
"
"
TARAAAAAAAA.......................
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
 
Rezeki Allah.. Alhamdulillah..........






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...