Friday, September 27, 2013

Penang Maliii.....

Assalamualaikum semua.

Stop kejap citer pasal ke Sabah ye. nak habiskan citer pasal g Penang ni.
Dah hampir lebih kurang 10 tahun weols sekeluarga tak menjejakkan kai ke Penang ni. Masa weols dengar anak buah hubby dapat orang Penang, punya excited siap cakap lagi, weiiii nanti boleh la kita semua ke Penang kan... Pejam cilik pejam cilik, masa berlalu begitu pantas rasanya. Top2 dah tiba tarikh berlangsungnya pernikahan beliau. Pasal ni ler weols semua ke Penang.

Menghantar mempelai kiranya weols ke Penang. Tarikh langsung rumah lelaki pada 21 September 2013, tapi weols dah gerak ke Penang pada Jumaat 20hb tu lagi. Cuti lagi weols anak beranak. Bulan 9 ni memang cukup2 busy pada keluarga weols sebenarnya.

Weols bersama keluarga side hubby dah berpakat ke Penang pada Jumaat tu. Stay kat Condo milik DBKL. Pergi sendiri2 tak konvoi pun, leceh la kalau konvoi ni, weols ni byk je halnya. Dari kajang cakap nak keluar rumah pukul 7pagi, last2 kul 10 pagi baru gerak. singgah lagi ambil C Kak Ngah kat Behrang. SIL ahkak yang 1 kereta lagi pagi2 lagi dah bertolak dengarnya. Dia la yang sampai dulu kan. Weols smpi Penang kat condo dalam kul 5.30 petang gitu. Tiada xtvt yang dirancang, cuma malam tu weols semua keluar cari makan kat Batu Ferringhi je. 1 kereta lagi SIL bersama MIL & anak buah 2 orang sampai condo dah malam. Kiranya 3 kereta la semuanya (3 family) menetap di Condo tu.

Bincang dari awal ngan hubby pun tak guna sebab dah ramai2 tu semua rancangan ahkak semua tak menjadi. tu sebab kalau ahkak nak holiday lebih suka pergi ngan family sendiri je, senang. Lagipun maybe niat asal memang nak menghantar mempelai, tu yang x menjadi kot. Semua tempat lawatan yg patut dilawati semua tak pergi...huhuhuhu...

Sabtu pergi iringi pengantin, lepas tu jalan di area town Penang, beli jeruk pak Ali, Petang balik condo, siap masak2 lagi. nak g makan2 nasi kandaq pun tak dapat. Tak ada yang menarik g Penang. layan je gambar2 sebagai kenang-kenangan...









Mount Kinabalu Sabah

Hari ke 3, 7 Sept. 2013 (Sabtu)

Masih lagi berada di kawasan Kundasang. Selepas melawat lawat kawasan lembu, weols meneruskan perjalanan. Masa sampai simpang, hubby dah tanya ahkak, nak kemana, ahkak pun laju je cakap pergi Mount la. Masa perjalanan tu aru ahkak perasan sepatutnya ahkak nak pergi gerai2 yang banyak tu yang ada jual buah-buahan sayur2ran dsbnya la. Cakap balik ngan hubby, terus je dia jawab, tadi dia tanya nak ke Mount, dah ke bawah ni , idak la dia nak berpatah balik...huhuhuhu..sebenarnya ahkak pun tak la berasa kisah sangat nak ke sana cuma nak tengok perubahan apa yang ada. nak membeli buah2an pun bukan boleh nak bw balik Semenanjung. Tapi ahkak tanya lagi, tak kan tak nak berpatah balik  tak nak ke pergi  Hot spring ke, Sabah Tea ke dan tempat yang tak pernah weols pergi lagi kat ikan yg kerumun kaki orang tu (entah apa nama tempatnya, ahkak lupa sudah). Anak2 & hubby serentak cakap, tak nak la pergi sebab dah pergi kan sebelum ni, mesti sama je keadaannya.Klu Ikan tu pun anak2 cakap.. aaahhhh... geli je, tak payah la pergi. Ok la ahkak terima pendapat semua..huhuhuhu...

Sampai kat Mount, ms bayar masuk, kawasan kat situ elok je cuaca, tapi bila weols dah betul2 nak sampai tempat port orang nak mula mendaki tu, tengok2 hujan la pulak, boleh pulak lebat time tu. Ingat ahkak nak la bergambar kat atas yang berpagar tu, tapi hampa. Dok la memasing termenung & memerhati segelintir pengunjung yang bersiap sedia nak mendaki. Ada rasa bosan & boring la jugak. Hubby ajak turun redah hujan tu, tapi sempatlah ahkak suruh dia snap gambar sekeping 2 untuk ingatan untuk kunjungan weols yg ke tiga kalinya untuk ahkak & hubby & kedua kalinya utk anak2. Okeyla jangan kempunan...


lepas bergambar, weols pun berlari la masuk kereta & turun. Yang bestnya bila sampai bawah boleh pulak tak hujan, cuaca sangat2 la baik & cerah. Ahkak pun hubby stop kereta dan ajak anak2 g bergambar kat sini pulak






Masa weols sibuk2 bergambar ngan anak2, hubby dok bersembang ngan Pakcik bawa teksi kat situ. Rupa2nya hubby dok sibuk tanya pasal ikan2 yang weols cakap tadi tu. Sebenarnya niat hati hubby tu nak jugak pergi ke sana, tambah2 dengan penerangan yang detail dari pakcik teksi tu. Lagi la macam excited nak ke situ, tapiiiii bila hubby tanya kat anak2 dia, diaorang boleh cakap "TAK NAK!!!!"..Hubby pun okey la, last2 tak jadik la jugak.

Masa OTW ke KK rasa2 dah tengahari, boleh weols semua terlupa nak breakfast. Masa meneruskan perjalanan nak balik KK, tak jumpa2 kedai yang memuaskan utk minum pagi. Last2 anak2 kenyang ngan makan yang ada dalam kereta je.

Next pekan Nabalu plak ye..:)

Thursday, September 26, 2013

Sekitar Kundasang

Assalamualaikum semua. Hari ni ahkak akan cuba settlekan cerita percutioan weols ke Sabah. Tapi tengok jam macam tak dan je nak habiskan cerita Sabah ni, sebab banyak sgt..hehehehe...

Hari ni untuk percutian hari ke tiga di Sabah. Kami berada di Kiram Village. Bangun pepagi sebab tak leh tidur sangat tempat orang ni.  Ingat nak ajak cik abg g ronda2 ambil gambar kat kaki gunung Kinabalu, sebab selama ni asyik baca & tengok gambar blog orang cantikk sangat. Lagipun Mount ni betul2 clear time pagi2 sekitar kul 6 ke 630 pagi gitu. Lepas tu dah diselubungi oleh awan. Kejut2 cik abang & anak2, tapi C Kecil Ku nunyi nenyak pulak tidur & susah pulak nak bangun nya. Nampaknya tak der can la nak g bergambar..huhuhuhu... dok sorang2 kat beranda snap gmbar mana yang patut..Sebenarnya banyak gak ahkak snap awal pagi tu melalui handphone & terus htr kat FB & instagram. Lupa plak nak save ke laptop. Ni je la sekeping gambar awal pagi di Kiram Village ni. Masa dok sorang2 tu, nmpk ada jugak penghuni Kiram ni berjalan2 melawat2 kawasan, rasanya mesti diaorang baru balik dari Mount kan. Nasib ahkak ler, tak merasa nak bergambar berlatar belakangkan Mount Kinabalu yang cantik tu..huhuhuhuhu...
Lebih kurang dalam kul 8.30 gitu weols semua dah bersiap nak check-out. Mula2 tu ahkak laki bini nak minum pagi kat Kiram je, tapi anak2 semua tak nak, diaorang cakap kat lain la pulak... Ok la dah bagi kunci, sebelum bergerak weols anak beranak sempatla bergambar disekitarnya untuk kenang-kenangan. Rasa2 kalau datang lagi, maybe tak tidur lagi kot, sebab hubby ahkak ni bukan suka sgt nak ngulang2 tempat yang sama, tambah2 tempat jauh.

Sebelum sampai Kiram, ada la jugak baca banyak anjing kat kawasan ni, tapi bila ahkak dah sampai & time nak balik pun still ahkak tak nampak sekor anjing pun, maybe tak kene dengan masa kot time anjing2 ni berkeliaran. Yang ahkak nampak hanya kucing, adalah dalam 4 ke 5 ekor. Masa ahkak sampai Kiram, tengah malam tu pun kucing2 ni la yang sambut weols..hehehehe.. siap sekor tu anak ahkak nak buat peneman tidur dia, tapi ahkak tak bagi. Masa makan malam tu semua kucing2 ni datang, macam kelaparan, tapi kucing2 ni jinak & bersih je bulunya, maybe tuan punya Kiram yang bela kot...
Tengok tu, manja ngan Nunyi..








Ni antara gambar yang ada kat ahkak. Anak2 semua ada gambar memasing. Snap kat hphone je sekarang..

Lepas bergambar sakan, kami meneruskan perjalanan ke Mount Kinabalu. Opppppsss tungguuu... memang terpikir nak kesitu, tapi masa menuruni bukit dari Kiram, anak2 semua menjeri.. mak abah tengokkk banyaknye lembu itam putih tu... dah terlajak dari simpang masuk ke dairy farm, sib baik tak jauh lagi, boleh la abahnya pusing balik. Macamana lah ahkak boleh tak terpikir nak kesitu, tak pada hal sebelum ke Sabah, 2 ke 3 minggu asyik la membaca blog orang & cerita ngan anak2 nanti kita ke Ladang New Zealand Malaysia tau, punya la excited, last2 dah lalu boleh lupa, tapi memang bersyukur sangat2 rezeki kami sekeluarga dapat ke dairy faram WALAUPUN LEMBU NYE TAK ADA.. huhuhuhu... pergi salah timing, pepagi lembu semua dok dihalau ke tengah padang. Tapi still okey la dapat bergambar dengan "trademark" dairy farm. ok apa..hahahaha....

Tengok lembu pun tinggal sekoq.. 




dah sampai kat sini, beli la jugak 4 kotak susu lembu ni.. jangan tidak..

Turun dari sini, kami terus menuju ke Mount Kinabalu pulak... tungguuuu...

Wednesday, September 25, 2013

TIP OF BORNEO

Masih lagi hari kedua di Sabah.

Selepas merayau-rayau sekitar UMS, kami meneruskan perjalanan ke Kudat. Weols tak pernah lagi sampai ke sini lagi sebelum ni. Tapi ahkak rajin jugak la membaca blog2 mereka yang dah pernah ke sini. Boleh dikatakan semua cakap tempat ni cantik, tu yang berbincang ngan cik abang cakap nak pergi jugak ke sini. Dah sepakat ngan anak2 semua, weols pun sepakat mencari tempat ni berpandukan papan tanda yang sebenarnya memang tak ada tertulis pun nama tempat ni, lagipun papantanda di sabah ni cukup la sedikitnya. Harap pihak berkuasa lebih prihatin la ye untuk kemudahan pelancong2 luar.

Kami ikut jalan menuju ke mana ye (alamak lupa plak) tapi bukan ke Kundasang. Nanti dah ingat weols tambah nama jalan ni ye. sebelum ni memang dah ingat, tapi sebab dah lama sgt baru nak upload kat blog, boleh lupa jadiknya.

Perjalanan memang jauh nak ke sana, mengambil masa 3 jam lebih kurang. Masa weols bertolak keluar dari UMS pada kul 10.30 pagi. Dalam kul 12.00 petang gitu, weols berhenti makan tepi jalan (serious weols cakap makanan dia memang sedap weiii, anak2 & hubby makan nasi campur, ahkak je mintak nasi goreng ayam). Lupa lagi nama tempat makan ni...huhuhu al-maklumlah dah tua.

Maafla ye ye.. h/phone memasing semuanya canggih2 tapi boleh tak guna GPS..Suruh anak setkan, masalah line pulak kureng, last2 tak payah la guna, kata abahnya..Tawakal je la akhirnya..

Weols smpi kat Tip Of Borneo lebih kurang pukul 3.00 petang kot baru sampai, itu pun dah terlajak ke pekan, tanya orang Shell, kene U-turn balik, dah terlepas jauh katanya. Masa dah u-turn tu la baru nampak signboard kecik je tulis nama tempat ni. Kan weols dah cakap tadi, singboard memangla cukup2 kurang.
Dah nampak tu lega la skit hati weols semua, tapi still ragu2 sebab dah jalan jauh tapi macam jalan tak der kesudahan. memang rezeki weols anak beranak, boleh plak van pelancong memotong kereta weols, weols apa lagi follow je la sebab mesti diaorang semua dalam tu nak ke sana jugak kan, tak kan saje2 je menuju hutan belantara ni kan. memang sah tekaan, van pelancong tu menuju ke tempat yang weols tercangak-cangak mencari. (weols tak la sesat pun, cuma tempat baru, mestilah tertanya-tanya, terlangak-langak, tercari-cari dsb....)hahahahah..Sampai situ, kita semua kene jalan kaki tau nak menuju ke benda bulat tu (trademark TIP of BORNEO la...). Apalagi dari jauh dah nmpk cantik semacam je, berjogging la kami anak beranak sambil kejap2 berhenti ambil gambar. Serious ahkak cakap tempat ni memang cantik. Kalau tak pernah pergi elok lah pergi sekali kalau dah sampai Sabah kan.






lebih kurang dalam 1 ke 2 jam dok kat sini, weols pun bertolak balik, kali ni weols ikut jalan short-cut sebab weols nak ke Kundasang plak untuk bermalam. Weols ikut jalan kota belud. Sampai pekan Kota Belud weols isi  minyak & beli KFC untuk santapan weols kat Homestay yang weols dah booked. Masa kat pekan Kota Belud ni dah nak malam, time lebih kurang kul 6 petang. Tanya jugak la orang2 shell kat situ, mereka pun cakap memang ni jalan pintas nak ke Kundasang. Rupa2nya anak ahkak yang sulong ni baru perasan, dia pun pernah melalui jalan ni masa program anak2 angkat U, naik bus. Dalam perjalanan tu weols semua tak terlintas langsung pasal akan mengharungi kabus yang cukup2 tebal. Weols sebelum ni pernah mengalami perjalanan dalam kabus tebal ni masa balik dari Kundasang, masa tu  trip weols yang terdahulu. Ingatkan jalan Kota Belud tak la macam gitu, rupa2nya idak weiii.... Dah lah perjalanan weols diiringi dengan hujan lebat, kabus tebal, boleh pulak tak ada kenderaan masa tu. Punya la takut weols anak beranak dalam kereta, tapi memasing tak la tunjukan kerisauan tu, semua senyap sunyi sepi dalam kereta..Lebih kurang dalam 5km perjalanan mendaki jalan yang macam ular kene palu, mengharung ujan lebat & kabus tebal, baru la jumpa kenderaan lain. Tapi ahkak pelik la, boleh plak berderet-deret kereta muncul, dengan lori2 balak lagi tu. Fuhhh!!!!!.... memang seriau sungguh memandu dalam cuaca macam tu. Memandu pun follow kereta depan, itu pun nasib2, kalau kereta pickup x dan nak kejar, laju2 je diaorang memandu, maybe orang sana dah biasa. yang kita ni takut2 bukan apa, dah lah sewa kereta orang, kita pun tak tau keadaan kereta yang kita sewa tu kan, entah elok entah idak, terutamanya tayar...

Alhamdulillah akhirnya weols selamat sampai ke Homestay iaitu KIRAM Village, walaupun kene banyak kali call tuan punya homestay sebab tak tau jalan. Dah memang betul pun jalan yang weols ikut, tapi tetap call banyak2 kali sebab jauh sangat ke dalam. (Sorry la ye sebab weols orang Semenanjung, tak tau keadaan jalan kat sana), dah la malam tambah lah lagi kemusykilan weols. Dok asyik ckp ngan hubby betul ke ni.. betul ke ni...hehehehe..

Pukul 11.30 sampai Kiram, weols masih disambut dengan hujan lebat. hubby siap order nasi goreng 2 bungkus, meehon goreng 2 bungkus. lapor woooo...Oleh sebab lapor, semua cakap sedap makanan yang diorder. Mana perginya KFC yang weols beli tadi kan.... hahahah... sebenarnya semua dah kelaparan masa meredah hujan ribut, kabus tebal tadi tu.. habis dalam kete je KFC ahkak beli. Sejuk tak usah cakap la ye. Semua takut nak mandi, ambil air sembahyang pun dah cukup menggigil. Sampai anak cakap, Mak!!! lain kali x usahlah tidur kat tempat sejuk ye.. nak cebuk pun sejuk katanya..Tapi C Kecil Ku Nunyi je yang cakap best tidur kat tempat sejuk. Dia sorang je relax  boleh lagi  main2 air dalam bilik air tu. Tidur sampai ke pagi tak berselimut rupanya dia.

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzkeletihan..........................

Melawat UMS

Hari ke dua kami di Sabah, 6 Sept. 2013

Check-ou dari Apartment Promanade pada kul 8pg. Awal kan kami keluar. Mestila kene awal, buat apa dok lama2 dalam bilik, banyak lagi tempat yang perlu kami lawati ni..Bersiap-siap & selepas pulangkan kunci bilik, kami semua pergi breakfast dulu. Makan kat kedai mamak je sebab anak-anak nak makan roti canai. Lepas kenyang semua kami semua sepakat nak ke UMS, tempat kak Long menuntut ilmu. Along mintak drive kereta, bukan abahnya tak tau jalan, tapi saje je dia nak bawa. Rancangan kami sebenarnya nak tinggalkan beg Along kat bilik dia, tapi hampa sebab bila Along sampai2 nak ambil kunci bilik Along dah diberi pinjam sekejap kat junior. Tak pada hal sebelum ni pihak U siap bagi sms kat Along mengatakan bilik dah ada, tp bila nak g ambil kunci kunci, alih2 tengok dah bagi kat orang lain pulak, mana tak menyinga terutama mak dia la..hehehehe... sebab sebelum ni selalu sangat dengar dari Along pengurusan U ni memang tak sistametik skit. Along mula2 dulu pun entah brape kali asyik kene tukar bilik je kerjanya. Ingat orang tak ada kerja ke nak mengangkut beg2 yang besar2 semua tu. Apa la pengurusan macam ni, cakap kerja kat U, tapi cara kerja macam budak tak sekolah..huhuhuhuhu

Sebelum bertolak ke tempat yang seterusnya Along dok bawa jalan2 & ronda2 dalam UMS. Cantikk sungguh pemandangan dalam U ni tau, Along bawa lepak jap kat tepi laut. Jom layan gambar2 dalam perkarangan UMS ni







Selepas ni, kita menuju ke Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Apa lagi melawat TIP OF BORNEO la kita bah...

Tuesday, September 24, 2013

Kenduri kahwin Ina & Eddy

Assalamualaikum semua...

Bulan September yang penuh dengan xtvt kekeluargaan. Nak update blog pun x der masa, asyik tertangguh tangguh saje, tambah lagi ngan line internet kat office ni lembab mcm siput..huhuhuhu

Selepas balik dari Sabah 2 minggu lepas, balik dari Sabah 10hb, 13hb Jumaat terpaksa bergegas ke Batu Gajah (Kg Changkat Larang) plak untuk menghadiri kenduri kahwin anak SIL, iaitu Ina dan pasangan Eddy orang Penang. Balik pun dah lambat, majlis akad nikah pun tak dapat nak hadir sebab ahkak & hubby tak ambil cuti, lagipun anak2 dah lama sangat tinggalkan class. Jumaat lepas isyak weols sefamily pun bertolak balik ke Batu Gajah,  Ingat boleh la sampai awal kat rumah SIL, tapi hampa sebab rupa-rupanya jalan jem teruk, maybe Isnin kan cuti Hari Malaysia, mesti rakyat Malaysia ambil peluang g bercuti kan, tu yang jem jalan2 semua. Weols sampai rumah SIL dah kul 2pg, semua org dah tidur termasuklah keluarga pengantin semua. Weols ambil keputusan pergi ke Homestay pulak sebab kat situ keluarga side hubby berkumpul. Sampai2 weols semua terus tidur je la sebab esok pagi dah nak bersiap g rumah pengantin pulak kan.
Hari berlangsung macam biasa la kan, sessi makan2 & bersanding. Layan je la gambar yang weols upload ni ye..

Lepas ni ke ke Penang plak.
(p/s: dah pergi pun..hehehehe..)




 Lepas ni ke ke Penang plak. 
(p/s: dah pergi pun..hehehehe..)

Thursday, September 19, 2013

Holiday ke Sabah, Hari Pertama sampai

Holiday pada 5hb September 2013, Khamis.

Assalamualaikum.... Dah lama tak berblog. Rasanya dah bersawang tebal kot... Ni nak bercerita pasal weols pergi holiday ke Sabah. Sebenarnya bukan la berholiday sangat pun. Sebabnya tak cukup korum daa... Anak no. 2 ahkak tak dapat turut serta, sebab tuntutan sebagai pelajar. Ahkak booking ticket AA ni dah lama iaitu 6 bulan sebelum penerbangan. Kan anak ahkak ada belajar kat UMS, tu yang bincang2 ngan En. Hubby, jomla kita ikut "Kak Long" balik ke UMS masa dia masuk tahun ke2 kata saya. Hubby setuju je sebab masa pendaftaran pelajar baru, weols tak hantar pun, Kesian pulak kat kak Long, semua buat sendiri. Lagipun setelah setahun, banyak la cerita2 yang Kak Long ceritakan pada weols sebagai parentnya. yang membuat weols tersangatlah nak pergi ke sana (Sabah) tu sebab kesian plak dengar xtvt Kak Long yang setiap hari berjalan jauh atau menunggu bus untuk ke class atau time balik ke hostel. Setelah weols pergi, memang sah2 jauh. Fuhhhh... weols memang boleh rasakan kepenatan anak2 yang belajar di UMS ni. Masa weols masuk ke perkarangan UMS hari tu, mmg ramai2 pelajar-pelajar berjalan kaki. Jalan2 dalam UMS semuanya mcm berbukit-bukit, serious letih.. Okey kita tinggalkan dulu citer UMS ni ye.. Mula2 ahkak booking AA ni time pergi dah cantekkk dah iaitu 12.35 tghari gitu. Boleh plak lagi sebulan nak terbang Aa biat retime plak dahhh.. dapatla pukul 6.25 petang. Sah2 la smpi KK kul 9.15 mlm kan. Dah malam gitu. Tak boleh nak buat xtvt apa dah. Daftar masuk bilik, terus Zzzzzzz.... Ni gambar2 anak2 yang 2 orang kecik tu yang terlebih excited. Sebelum ni diaorg bukan tak pernah pergi pun, cuma paham2 je la kan, nama pun holiday, kita yang dah tua2 ni pun boleh terexcited jugak kan...

Ni bukan pertama kali weols 1 family ke Sabah, ni 2nd time la. Tapi biasalah kan, mana2 holiday mesti excited tu yang lebih...



Hilang dah azab weols sebagai parent bab melayan keletah C Kecil Ku Nuri membilang hari sebelum ke Sabah.

Ketibaan weols di T2 Airport KK disambut dengan hujan yang sedikit lebat..

Weols stay @ bermalam di Apartment Promanade, Kota Kinabalu untuk semalam jer..
Harga weols booked through online RM127.00 untuk family room (besar & selesa pada weols).
Sebelum ni ada kawan booked hanya RM90.00.. Sekarang semua benda dah naik..huhuhuhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...