Wednesday, September 25, 2013

TIP OF BORNEO

Masih lagi hari kedua di Sabah.

Selepas merayau-rayau sekitar UMS, kami meneruskan perjalanan ke Kudat. Weols tak pernah lagi sampai ke sini lagi sebelum ni. Tapi ahkak rajin jugak la membaca blog2 mereka yang dah pernah ke sini. Boleh dikatakan semua cakap tempat ni cantik, tu yang berbincang ngan cik abang cakap nak pergi jugak ke sini. Dah sepakat ngan anak2 semua, weols pun sepakat mencari tempat ni berpandukan papan tanda yang sebenarnya memang tak ada tertulis pun nama tempat ni, lagipun papantanda di sabah ni cukup la sedikitnya. Harap pihak berkuasa lebih prihatin la ye untuk kemudahan pelancong2 luar.

Kami ikut jalan menuju ke mana ye (alamak lupa plak) tapi bukan ke Kundasang. Nanti dah ingat weols tambah nama jalan ni ye. sebelum ni memang dah ingat, tapi sebab dah lama sgt baru nak upload kat blog, boleh lupa jadiknya.

Perjalanan memang jauh nak ke sana, mengambil masa 3 jam lebih kurang. Masa weols bertolak keluar dari UMS pada kul 10.30 pagi. Dalam kul 12.00 petang gitu, weols berhenti makan tepi jalan (serious weols cakap makanan dia memang sedap weiii, anak2 & hubby makan nasi campur, ahkak je mintak nasi goreng ayam). Lupa lagi nama tempat makan ni...huhuhu al-maklumlah dah tua.

Maafla ye ye.. h/phone memasing semuanya canggih2 tapi boleh tak guna GPS..Suruh anak setkan, masalah line pulak kureng, last2 tak payah la guna, kata abahnya..Tawakal je la akhirnya..

Weols smpi kat Tip Of Borneo lebih kurang pukul 3.00 petang kot baru sampai, itu pun dah terlajak ke pekan, tanya orang Shell, kene U-turn balik, dah terlepas jauh katanya. Masa dah u-turn tu la baru nampak signboard kecik je tulis nama tempat ni. Kan weols dah cakap tadi, singboard memangla cukup2 kurang.
Dah nampak tu lega la skit hati weols semua, tapi still ragu2 sebab dah jalan jauh tapi macam jalan tak der kesudahan. memang rezeki weols anak beranak, boleh plak van pelancong memotong kereta weols, weols apa lagi follow je la sebab mesti diaorang semua dalam tu nak ke sana jugak kan, tak kan saje2 je menuju hutan belantara ni kan. memang sah tekaan, van pelancong tu menuju ke tempat yang weols tercangak-cangak mencari. (weols tak la sesat pun, cuma tempat baru, mestilah tertanya-tanya, terlangak-langak, tercari-cari dsb....)hahahahah..Sampai situ, kita semua kene jalan kaki tau nak menuju ke benda bulat tu (trademark TIP of BORNEO la...). Apalagi dari jauh dah nmpk cantik semacam je, berjogging la kami anak beranak sambil kejap2 berhenti ambil gambar. Serious ahkak cakap tempat ni memang cantik. Kalau tak pernah pergi elok lah pergi sekali kalau dah sampai Sabah kan.






lebih kurang dalam 1 ke 2 jam dok kat sini, weols pun bertolak balik, kali ni weols ikut jalan short-cut sebab weols nak ke Kundasang plak untuk bermalam. Weols ikut jalan kota belud. Sampai pekan Kota Belud weols isi  minyak & beli KFC untuk santapan weols kat Homestay yang weols dah booked. Masa kat pekan Kota Belud ni dah nak malam, time lebih kurang kul 6 petang. Tanya jugak la orang2 shell kat situ, mereka pun cakap memang ni jalan pintas nak ke Kundasang. Rupa2nya anak ahkak yang sulong ni baru perasan, dia pun pernah melalui jalan ni masa program anak2 angkat U, naik bus. Dalam perjalanan tu weols semua tak terlintas langsung pasal akan mengharungi kabus yang cukup2 tebal. Weols sebelum ni pernah mengalami perjalanan dalam kabus tebal ni masa balik dari Kundasang, masa tu  trip weols yang terdahulu. Ingatkan jalan Kota Belud tak la macam gitu, rupa2nya idak weiii.... Dah lah perjalanan weols diiringi dengan hujan lebat, kabus tebal, boleh pulak tak ada kenderaan masa tu. Punya la takut weols anak beranak dalam kereta, tapi memasing tak la tunjukan kerisauan tu, semua senyap sunyi sepi dalam kereta..Lebih kurang dalam 5km perjalanan mendaki jalan yang macam ular kene palu, mengharung ujan lebat & kabus tebal, baru la jumpa kenderaan lain. Tapi ahkak pelik la, boleh plak berderet-deret kereta muncul, dengan lori2 balak lagi tu. Fuhhh!!!!!.... memang seriau sungguh memandu dalam cuaca macam tu. Memandu pun follow kereta depan, itu pun nasib2, kalau kereta pickup x dan nak kejar, laju2 je diaorang memandu, maybe orang sana dah biasa. yang kita ni takut2 bukan apa, dah lah sewa kereta orang, kita pun tak tau keadaan kereta yang kita sewa tu kan, entah elok entah idak, terutamanya tayar...

Alhamdulillah akhirnya weols selamat sampai ke Homestay iaitu KIRAM Village, walaupun kene banyak kali call tuan punya homestay sebab tak tau jalan. Dah memang betul pun jalan yang weols ikut, tapi tetap call banyak2 kali sebab jauh sangat ke dalam. (Sorry la ye sebab weols orang Semenanjung, tak tau keadaan jalan kat sana), dah la malam tambah lah lagi kemusykilan weols. Dok asyik ckp ngan hubby betul ke ni.. betul ke ni...hehehehe..

Pukul 11.30 sampai Kiram, weols masih disambut dengan hujan lebat. hubby siap order nasi goreng 2 bungkus, meehon goreng 2 bungkus. lapor woooo...Oleh sebab lapor, semua cakap sedap makanan yang diorder. Mana perginya KFC yang weols beli tadi kan.... hahahah... sebenarnya semua dah kelaparan masa meredah hujan ribut, kabus tebal tadi tu.. habis dalam kete je KFC ahkak beli. Sejuk tak usah cakap la ye. Semua takut nak mandi, ambil air sembahyang pun dah cukup menggigil. Sampai anak cakap, Mak!!! lain kali x usahlah tidur kat tempat sejuk ye.. nak cebuk pun sejuk katanya..Tapi C Kecil Ku Nunyi je yang cakap best tidur kat tempat sejuk. Dia sorang je relax  boleh lagi  main2 air dalam bilik air tu. Tidur sampai ke pagi tak berselimut rupanya dia.

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzkeletihan..........................

1 comment:

  1. salam perkenalan mamanurey, ni zura daripada forum cari.. NamaSayaZura tu... hahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...