Friday, November 23, 2012

Trip Medan - Day 4

Hari ke 4 di medan, group weols tak ader xtvt lain selain megemas bag2 yang dah bertambah. Selepas sarapan sorang member ni ajak g ronda2, mana tau kot2 ada supermaket yang boleh menghabiskan rupi2 yang tak seberapa ada dalam wallet masing-masing ni kan. Apabila dah sepakat weols ber5 pun mula misi meronda-ronda mengikut arah kaki jer. Lebih kurang dlm 2 minit jer gitu, terjumpa weols 1 supermarket entah apa nama (dah lupo).. Wah!!! best ni boleh habiskan rupiah lagi...kat Supermarket ni iols beli la jugak cokelat2 sekadar utk menghabis rupiah iols. Tapi x sangka la pulak cokelat yang ahkak rembat ni memang sedap gilos weiiiii.... nyesal pulak tak rembat byk2....

Lebih kurang pukul 10.00 waktu Indonesia, weols pun bergerak ke lapangan terbang. Selamat Tinggal Medan. Sehingga berjumpa lagi........

Our ED sampai datang ke bilik nak tolong timbang berat...Thks boss..



Sempat lagi tu... sib baik tak kene jerit...


Thursday, November 22, 2012

Trip Medan - Day 3

Hari ke 3, group weols dah berada di Kotaraya Medan. Weols sekarang berada di Grand Sakura Medan. Cantik jugak hotelnya, tapi kalau ikutkan, ahkak tak berapa suka la tinggal kat Hotel ni sebabnya macam jauh nak pergi ke mana-mana. Ahkak lebih suka kalau hotel tu di tengah-tengah kawasan yang senang kita kunjungi, mana tau kan bila2 kita teragak atau tiba-tiba rasa nak ronda2 atau mencari barang-barang yang dalam list dah tercicir (selalu ahkak la kan) hehehehe.


Bilik Hotel yang besar & selesa

Sarapan pagi di Hotel

Selepas sarapan group weols sempat lagi bergambar di luar otel untuk kenang-kenangan sebelum meneruskan Misi  seterusnya........

Bersama Pak Supir yang pandai buat lawak ..

Melawat Istana Maimon



sebelum beredar, sorang kawan ni bukak la citer, semasa dia g tumpang toilet kat rumah anak2 raja ni kan, dia tengok hidup diaorang mmg betul2 susah la.. tapi terpikir jugak weols semua, diaorang ni semua khawin & ada kene mengena ngan raja kita seperti Johor & Perak. tak kan diaorang ni tak tau kan hidup susah anak menakan diaorang ni kan. Patut la habis jer Pakcik ni bg penerangan, dia akan mintak derma seikhlas hati untuk membantu family Istana ni. Group weols semua bg duit RM jer.. Weols berdoa semoga diberkati dengan wang ikhsan yang diberi.
makan tengahari kat Istana Karakatau,




Lepas makan baru best shoppingkan.
Shopping time...........at Pasar Ikan (tapi bukan pasar jual ikan ye)







kat atas ni sebahagian kedai2 yang ada di Pasar Ikan ni tau. Tempat ni macam kat Arked masjid India tu
ler lebih kurang, tapi ahkak rasa kat sini lebih sempit & sesak...



Sementara tunggu kawan ahkak yang  tengah giler memilih handbag, ahkak follows couple ni dok nsibuk nak makan satay Padang. Mula-mulanya ahkak teringin la jugak.. folow punya follow samapi jer kat gerai tu terus tekak ahkak tertutup nak makan, perut yang sedikit rasa lapar terus kenyang, sebab apa jadik macam tu ye... nak tau tak?....hahahahahahahaha

Mak tak lalu jahhhhh oiiiiii menengoknya periuk kuah satay yang dah bakey (kata orang Melaka). Penuh kat tepi2 periuk tu kuah yang meleleh tu dah keras kat sekeliling periuknya itu. Tapi kat gerai dia tu penuh ngan orang. Couple geng ahkak ni laju jer dia mengunyahnya...hehehehe

Mula2 air pun ahkak tak nak order, tapi pikirkan tekak yang dah terlampau haus, ahkak order la jugak. Sedap nya air ni...nyamannnnnn jer ahkak rasa...hikhikhik

Ni la dia Satay Padang yang kawan ahkak cakap tu sedap bebenor...huhuhuhu

Lepas dah puas shopping2 kat Pasar Ikan, group ahkak menyinggah pulak kat Shopping Complex, (lupa la pulak nama shopping ni, tapi ada SOGO kat dalamnya. Masuk-masuk jer.. memang meriah giler shopping ni, penuh ngan orang saje2.






dah penat shopping-shopping, weols semua bergerak ke Zulaika Kek Ambun. Tak lengkap kalau tak singgah & membeli kek2 & bika2 ambun kat sini kan. Perkara WAJIB kot untuk pelancong2 Malaysia yang datang ke Medan ni. Tak banyak mesti 1 kota pasti kita beli kan. Sama la macam ahkak & kawan2 yang lainnya.dalam van siap cakap lagi memasing, malas la nak beli.. beli 1 kotak jer la.. Last2 dah masuk & merasa, memasing sibuk & berebut-rebut la pulak untuk membelinya. Ahkak rembatla jugak 3 kotak besar (ole2 sampingan untuk kengkawan)

yang kelakarnya, baru je ahkak nak snap gambar dalam kedai ni, tetiba jer pengawal dia menerjah kat ahkak macam kilat rasanya melarang ahkak jgn ambil gambar. Terkejut jugak ahkak dengan caranya, lalu ahkak cakap "SORYYYYYY".hahahahaha

Malam tu weols dinner kat sini. Sedap bangat sebab dah lapar kot...


Lepas makan balik Otel terus, ingat nak keluar ke Medan Walk, tapi semua dah keletihan. ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz apa lagi kan.
Itu yang ahkak cakap sebelum ni, kalau dok kat Otel ni, memang terbantut xtvt malam, sebab jauh dari tempat2 perlancongan.

Tunggu hari ke 4 pulak ye....

Durian Oh Durian

Korang semua perasan tak, kat FB & blog2 sedang heboh mempromosikan Crepe Durian yang dikatakan sedap sangat2 tu. Ahkak tak pasti la kan memang sedap ke atau tidak selagi tidak mengordernya kan. Setelah dekat2  2 minggu jugak ahkak dok perati dalam FB orang mem"POST" gambar & comment kat Crepe Durian ni, ahkak pun terdetik nak mengordernya dengan satu friends FB ni. 1 peket RM10.00 termasuk delivery. Ingat nak order 1 pekat dulu sebab nak rasa dulu, tapiiiiiiiiiiii tak kan orang tu nak hantar setakat 1 pekat kan?. Selepas dok canang2 kat member2 office ni, setelah sepakat, ahkak pun mengorder 5 peket, bermakna RM50.00. Hari ni dah sampai pun kat tangan, tapi still tak boleh nak rasa sebabnya kat office ahkak ni, macam mengHARAMkan pulak bau semerbak durian favourite ahkak ni...huhuhuhu. tak pada hal semuanya kebulur ngan durian jugak ahkak tengok kalau sekali sekali office mengadakan "Durian Fest"... saje la tu kan...

Tadaaaa..................................

ni dia, cantik kuning jer crepe durian ni kan. Yang pasti kalau sedap ahkak pasti kene belajar membuatnya, tak larat la no nak membelinya selalu kan...



Monday, November 19, 2012

Cuti Sekolah

Dah seminggu rasanya tak berblog..Ahkak sibuk skit ngan kerja2 opis..(betul ke..hikhikhik), sebenarnya malas nak mengarang..tiada idea langsung...huhuhu..Cuti sekolah dah pun bermula kan. kawan-kawan semua mesti dah ada planning kan untuk bercuti. Ahkak rasa2nya tak ke mana-mana kot, cuti pun dah abis, tambahan cik abe macam tak der mood nak bercuti kali ni, sebab forum dah tak cukup katanya (anak2 la tuh...) Ahkak cakap jugak ngan cik abe, sekarang ni  memang kita tak boleh nak berjalan dengan semua anak2. Diaorang dah sibuk ngan study (ada yang dah masuk U & ada jugak yg dok asrama). Kalau nak jugak, kita kene buat planning betul2 & ambil masa yang lama rasanya, sebab cuti anak2 yg study d "U" ni selalu tak sama ngan cuti sekolah kan.

Oleh kerana anak2 dah boleh rasa yang mak ayah diaorang tak leh nak bw holiday musim cuti sekolah ni, diaorang request nak duduk kg. Minggu pertama cuti, weols pun mengambil keputusan untuk menghantar 2 org anak untuk tinggal ngan Opahnya di Perak.

Sekarang ahkak memang terasalah sunyinya bila berada kat rumah. Sib baik la C Kecik ku tak nak tinggal di rumah Opahnya. Kalau idak lagi sunyi la nampaknya..

Ahkak rasa, sudah bermula la episod ahkak & Cik abe ditinggalkan anak2. Mereka pergi menuntut ilmu jer kan..tak tau la lagi kan bila mereka semua nanti dah berumah tangga...huhuhuhuhuhu

Ahkak hanya mampu berdoa supaya anak2 mengingati ibubapanya. Ingat susah payah ibuayah membesar kan sehingga berjaya. Amin.....

Friday, November 09, 2012

Trip Medan - Day 2 (Cont'd)

Dah puas bergambar sekitar Lake Toba yang cantikk di waktu pagi (sekitar Toledo Inn) dan kekenyangan (nasi goreng + mee goreng + roti bakar + kopi panas).. weols pun bergerak menuju ke perkampongan Tomok. Shoppingggggggggg time........................

Pada ahkak la kan, shopping kat sini paling best... dapat pulak kedai yang senang dibawa berunding. Oleh kerana baru 1st time jejak kaki kat Medan & Lake Toba ni, weols tak brape tau sangat kat area mana yang best shopping. Tu pasal la weols semua shopping ala kadar jer, tak habis kan uang nya sebab ingat nak shopping kat Pasar Ikan pulak. Suasana shopping pun best, tak bersesak-sesak macam kat Pasar Ikan, banyak sangat paparazzi..huhuhuhu


baju yang ahkak pegang tu akk rembat 2 helai, sebab rasa mmg murah bangat, budak tu bg idr30,000 selai (murah kan.......)

Group weols semua menghabiskan juta2 kat kedai budak ni, sebab kedai ni awal2 dah bukak harga dengan murahnya berbanding kedai yang lain. Contohnya, wah!!!!! siap bg contoh lagi, blouse (cantekkk tau) dia bukak idr50,000 (kurang dapat idr40,000 (okey la kan, mana nak dapat harga blouse +- RM12.00 kan)..tempat lain tanya jer idr150,000.00 (nak mintak kurang pun dah jadi susah kan)

 yang ni kedai beli FM, dia selalu turun KL..Lain2 yang rembat kedai dia ni belt yang cantikk, last2 dapat 3 idr100


Ha... ini la kedai budak yang ahkak kata murah tu... Peminat Siti Nurhaliza rupanya, siap nyanyi lagu Cindai lagi. Dia pun tak sangka, kedai dia awal2 pagi gorup ahkak dah serbu kat kedai dia, sampai dia cakap..bukkkk apa mimpi dia malam tadi ye...hehehehe

Kedai makcik ni, mmg mahal giler dia letak harga, last2 dapatla jugak setelah puas bertekak...huhuhuhu

Sampai kosong bakul belt tu kene rembat ngan group weols

Apa la member sorang ni, smpi jagung ayam pun dia nak bawa balik..hehehehe Nak buat popcorn katanya

Penghulu kg Tomok


Boss belanja pisang, sedap & manis

Feri dah datang..yeahhhh




Bergambar kat bas lama

feri penumpang, tak merasa naik pun yang ini, bergambar pun jadik ler...

Yeahhhhh....Feri dah samapai. Jom naik. Kali ni masa memasuki feri, weols sepakat tak nak duduk kat tempat penumpang, boring ...huhuhuhu Weols duduk kat tgh2 feri. Hanya boss & wife dia duduk kat tmpt penumpang sebab diaorg dah jumpa member Cina berasal dari Jakarta. Best gak dok kat tgh2 tu, sebab luas pemandangan ..hehehe..macam-macam ragam penumpang feri termasuk la budak2 yang menyanyi, suara budak2 ni best jugak kan... lepas nyanyi minta uang sebagai upah...





SELAMAT TINGGAL KG TOMOK


Ni pemandangan Lake Toba semasa on the way ke Sipiso-piso



Berhenti minum kopi halia + goreng pisang di Restoran Siantar Hotel. Masa ni hujan turun ngan lebatnya. Memang best la kan, sejuk2 dapat minum kopi panas & goreng pisang panas lagi..




Masa sampai di Sipiso-piso air terjun nya tak nampak sebab berkabus..hujan la pulak, tak dapat sangat nak snap gambar

Jagung bakar di Brestagi. Tengok kawan jer makan, tekak ni tak lalu nak makan...huhuhuhu


 Pasar buah di Brestagi, beli la 2 kilo setiap buah salak, buah markisa & buah avocado

Malam tu weols semua makan malam di Sunrise Restoran. Makanan not bad jugak la

Air Avocado, popular sangat kan bila di Indonesia

Samapai kota Medan dah malam. Sampai jer Hotel terus Zzzzzzzzzzzzzzzzzz
Tunggu episod Medan, Hari ke 3 pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...