Thursday, June 26, 2014

Sukan & Deman C Nuri

Assalamualaikum...

Sabtu lepas sekolah nuri mengadakan sukaneka untuk Tahap 1 (murid tahun 1, 2 & 3). Buat sukaneka musim panas2 ni, itulah kata2 pertama saya & jugak abahnya bila dapat surat dari Nuri. C kecil ni bila dapat jer surat dari cikgu, jangan kata tidak jika memerlukan parents datang ke sekolah tu. Macamana kita bagi pendapat & helah mesti datang, datang tetap datang, nanti cikgu marah katanya. Oleh kerana dia jer tinggal sorang anak ahkak ni sekolah kat sekolah tu, ahkak & abahnya turutkan jugak, walaupun pada awalnya memag tak berapa suka diadakan sukan musim panas2 ni. mau demam budak2 ni nanti, byk kali jgk la cakap hal demam ni, last2 ambik ko demam anak ku 4 hari panas, tak kebah2.

Berbalik cerita pasal sukaneka ni, rupa2nya semua murid terlibat & semua murid merasa hadiah, sama pulak tu, okeylah bagi happy jer kat budak2 tu semua. Ingat lepas turn nuri beraksi kepit bola bawah ketiak, dia dibernarkan balik dengan ibupaba, tapi hari tu cikgu siang2 dah annoucement, murid2 tidak dibernarkan ikut ibubapa balik selagi semua belum tamat..Sudahhhhh... apalagi C kecilku Nuri, dengan meriahnya main bergolek golek sakan, bermandi rumput & pasir. Mentang2 dia tau mak pak nya tak boleh jerit kat ramai2 tu, dia ambil peluang ye.... tak per.. tak per... dalam hati ni..biar dia main puas2 ngan kengkawan dia tu. Dah tamat bawa balik, terlupa nak layang dia mandi betul2, apa lagi malam tu badan dia pun naik panas yg amat..smpi badan dia dok menggigil sakan.

Biasalah kan, dah deman mesti bawa g jumpa doktor. Sekarang dah sehat pun.. Jom tengok gambar2 pulak

Nuri ni kalau dia jer sorang, ingat dialah yg paling kecik, rupanya dia yg palaing besar dr kawa2nya itu



 Sempat selfie

nak jugak

Budak ni time demam, mesti cari abah



Thursday, June 19, 2014

Tak habis habis makan kenduri

Assalamualaikum... Asal cuti sekolah jer, mesti banyak dapat jemputan makan nasi minyak. Alhamdulillah.. sekarang ni asyik menghadiri jemputan kawan2 jer lah kan, Insya-Allah 1 hari nanti ahkak pulak pulak panggil orang datang rumah..(5 orang anak dara kat rumah tu...kihkihkihkih...)bak kata sorang teman ni, tak per, u melabor dulu, esok lusa turn u plak..Aminnn.... Cerita ni pada 14hb June 2014, menghadiri kenduri kahwin anak sepupu sebelah side hubby. Buat masa ni, memang selalu attend kawan-kawan & sedara mara sebelah hubby jer, sebelah ahkak tak ader ker..huhuhuhu... Ok..tak reti nak menulis apa lagi, jom layan gambar dengan keterangan serba ringkas je ye..  

Dah namanya pergi kenduri, mesti lah jumpa sedara mara kan.. ni kira pangkat sepupu ngan hubby.. mak pak sedara semua dah meninggal dunia, sekarang tingal anak2 jer, sib baik hubungan kekeluargaan diaorang ni masih utuh, harap berkekalan sampai bila2, tapi nampak gayanya anak2 sekarang ni dah tak kenal sadara mara sangat, mak taknya, mak pak un jumpa setahun sekali atau musim perayaan jer, mana nak kenai..betul dakkkk...
 



Anak-anak ahkak ni boleh dikatakan semuanya, suka lah sangat kalau jumpa baby2, nak2 yang umur bawah 1 tahun atau yang baru nak jalan2 jatuh tu, berebut rebut memasing nak mendukungnya & melayannya. Yang pelik tu, kalau kat rumah bergaduh saje2 adik beradik, biasalah tuh..


 Ahkak, anak2 termasuklah ipar duai ahkak semuanya suke sangat bergambar, pantang ajak bergambar, mulalah memasing control macho & vogue.. ok apa, ahkak suke..ahkak suke...

 tapi hubby ahkak ni tengok mood kalau nak bergambar, kejap2 macam suka, kejap2 macam tak suka, tapi ahkak respect kat hubby ahkak ni sebab dia rajin melayan kerenah ahkak yang suke lah sgt2 berselfie memanjang ni..


p/s: cantik tak ahkak bergaya dengan tudung inner silang & jubah aka dress ni. Kalau sape2 nak membeli jom pakat2 whatapp ahkak di 0102216431..(promote nampakkkkk!!!!!!........)


Friday, June 13, 2014

Konvoi ke Rumah Pengantin & balik kg

Assalamualaikum...

Lama dah tak jengok blog, selama budak cuti sekolah gamaknya.. Sebenarnya tiada cerita yang istimewa ke, pelik ke yang hendak diceritakan. untuk memenuhi ruang blog, ahkak nak cerita musim cuti sekolah ni, banyak terima undangan makan kenduri kahwin jer..(mau gemok weiii asyik makan nasi minyak berlauk daging ...). Holiday dengan family tarak ye, sebab tiada mood sebab tak cukup korum dalam family, kesian kat Kak Long kalau holiday tanpanya. Anak2 yang lain memang lah bising.. abah tak g mana2 ke, kalau jawapan abah dia, tak ada, duduk rumah jer..alaaaaa..jawapan anak2 pulak, kesian pun ada sebab memerap je dalam rumah. Start hari pertama cuti sekolah, malam sabtu tu weols sefamily balik kg Perak jer, itu pun sebab ada undangan kenduri kawin & rumah MIL ahkak buat sedikit kenduri untuk sambut puasa yg bakal menjelma nnti.  happy lah sekejap anak2 jumpa mak pak menakan semua. Anak2 nak tinggal kampong ahkak tak bagi sebab minggu seterusnya nak balik kg Melaka pulak ye, kita jumpa enek plak..anak2 menurut jer, nasib baik, dua2 kampong anak2 memang happy bila balik. Kitanya boleh ngam lah ngan kampong enek & kg opah...baru adil kan..

Ontheway bali Melaka weols pergi ke Jempol dulu sebab menghadiri kenduri kawin anak group ryders Hubby. dalam sejarah ye, kul 7 petang baru angkat kaki keluar dari khemah..mana taknya, hubby klu dah jumpa group ryders dia, macam tu ler jadiknya, ada saje cerita, yang ahkak pulak boleh plak ngam ngan diaorang ni, diaorang plak ramai yang bawa family, doklah bersembang jugak..(aik..kan ahkak ni peramah...kuikuikui...).. ahkak boleh plak rasa tak boring dok rumah orang kawin tu, tapi anak2 masing2 dok lah monyok  sebab mak pak diaorg tak gerak2 macan tiada tanda2 nak balik..huhuhuhu...Nak kata meriah kenduri tu idak lah, meriah ngan deru enjin motor2.. preggg..pregg...macam2 bunyi.. ada lah skit gambar, jangan tidak, sebenarnya banyak lagi terutama bergambar ngan sepupu sultan Johor yang dtg dengan motor besarnya, kwn2 hubby yang berkonvoi dengan motor besar2 lagi, tp semua dalam h/phone, x tau macamana nak transfer ke blog ni, jadik lah ni kan..kan..


Keluar dari khemah kenduri tu lebih kurang kul 7ptg. Tu pun ada lagi yang pelawa singgah minum teh tarik lagi, kalau anak2 x bising, maunya abahnya follow. Oklah weols 1 kereta meneruskan ke arah Tampin, yang lain2 tak tau mana diaorang berhenti mngeteh. Lps maghrib weols berhenti plak makan di tampin, takut2 smpi rumah enek tak ada makanan. Layan masing2 makan yang ringan2 jer macam meehon goreng & mee gorang jer, kenyang nasi masih ada ye..

Sampai kg enek/omak ahkak, dlm kul 9.30 mlm. Sib baik cepat, klu idak omak ahkak dah nak balik rumah suaminya lah.. Tapi balik tetap balik, jumplah sekejap omak ahkak tu, pepagi esok omak datang lagi ekk. macam tu rutin emak ahkak semenjak dah lebih kurang 4 thn kawin ngan "atok" tu.. kejap2 balik kilir..kejap2 balik kulu.. ahkak pun kesian ngan omak ahkak tu, penat nengoknya & kesian tambah2 lagi. Tapi nak buat macamana kan, kita layan jer lah rutin yang dah banyak berubah dari azali kami hidup bersama mak.

ermmmm... balik2 kg rupanya, banyak buah pelam & kuinin rupanya. Cirit dibuatnya asyik mentedarah buah2an ni..huhuhu..tapi sib baik sodap tau. yg paling best kuinin bila buat sambal. En. Hubby den siap berulang menyuruh buat..tq2 sebab mesti sedap kan...


Sebelum penutup nak tunjuk, souviner enek dari turkey, Enak & Atok abah g turkey seminggu jer baru balik dari Umrah. Kali ni g Turkey hadiah dari kaklong ahkak untuk omak sempenan hari Ibu hari tu. Tok Abah ticket bayar sendiri na..sebenarnya banyak lagi, tapi yang lain2 tu dah biasa dapat dari Mekah ler mcm inai, stokin, kurma, kekacang & air zam. Yang dr Turkey ni shawl, t-shirt & pouch. Alhamdulillah..& terimakasih kat enek/omak ahkak sebab selalu bg souviner. Anak2 entah bila2 lah dapat ke sana. Omak dah 5 thn berturut turut g Umrah. Rezeki mak memang murah. Doakan untuk anak2 semoga semua anak2 dimurahkan lagi rezeki..Amin...Love u soooo much my MOM



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...