Monday, October 28, 2013

Sukaneka Sekolah Nuri

Assalamualaikum..

Nak cerita pasal xtvt semalam. Weols berkampong di Bamboo Resort Sg. Pangson Ulu Langat. Sebenarnya weols ke sana sebab menghadiri sukaneka Tabika Kemas anak weols ler, C Nuri. Ahkak rasa mcm banyak kali pulak xtvt diaorang ni. Dalam setahun ada brapa kali sukan ye, tahun ni je dah 3 kali weols rasa xtvt sekolah Nuri buat kat hutan rimba, semuanya di Ulu Langat, best la kan budak2 tu semua, lepas bersukan terus terjun sungai pulak..

Untuk xtvt semalam tu hanya sukaneka sampingan untuk penganugerahan sijil & hadiah kepada murid2 enam tahun rasanya. Anak weols C Nuri dapatlah banyak hadiah untuk sukaneka diisamping dapat anugerah pelajar tulisan paling cantik..heheheh... alhamdulillah walaupun tidak tersenarai untuk pelajar terbaik, weols harap untuk next year tahun 1, weols harap nuri akan lebih matang & bersemangat lagi untuk belajar lebih pandai. Semoga menjadi pelajar harapan sekolah gitu, harap2 begitu la kan..aminnn...

 Seminggu dua sebelum ni, setiap kali weols balik kerja je, C Nuri pasti suruh weols berdoa agar xtvt kali ni berjaya untuk mandi manda. Mana taknya sebelum ni, cikgu diaorg janji nak g mandi sungai ke kolam ke last minit hujan turun lebat. Alhamdulillah semalam semasa berlangsungnya xtvt ni, semua pelajar2 dapat mandi dengan riangnya termasuk la ibu bapa memasing..hehehehe..










Tuesday, October 22, 2013

Mandi di Pulau, Sabah

Assalamualaikum semua.. Ceria2 selalu hendaknyaa... Lamanya la ahkak nak habiskan citer kat Sabah ni kan.Kengkawan pun boring je ngan blog ahkak ni kan..huhuhuhu.. Mana tak lamanya, ahkak ke sana pun lama jugak tau, 6hari uols..huhuhuhu...

Hari ke 5 di Kota Kinabalu Sabah.
8hb September, 2013 (Monday)

Pagi tu sebelum turun breakfast, hubby ahkak dok g tanya owner homestay tu ada tak kengkawan yg bw g Pulau (kes malas nak driver la ni ke Jeselton nun..). Apalagi laju je la owner tu cakap ada. Biasalah kan, mereka yang mengeusahakan perniagaan mcm ni mesti ramai contact kan. Lepas dok ckp lebih kurang, owner janji nnt suruh owner boat cari weols kat kedai makan tempat weols breakfast tu. tak dan breakfast sampai, tup-2 terpacul je mamat ni (tokey boat ke Pulau)..hehehe... bincang2 dah dpt kata sepakat, ok la weols setuju guna perkhidmatan beliau. Hubby nak g 1 pulau je sebab biar anak2 puas mandi katanya. Weols naik melalui pasar Filipin tu jer..Weols naik speedboat Uuu...punyala takut dlm perjalanan tu, melambong lambong boat, tapi yg peliknya anak weols C kecil Ku Nuri relax jer dia.. excited sungguh dia ni.



 happyyyy..

yeahhhhh...kami pergi Pulau Manukan je kali ni..

Nampak tak my hubby dok menemuramah pekerja pantai tu, diaorang ahkak tengok memang tak berhenti langsung membersihkan pantai tu.

Tapi seribu kali sayang, Pulau Manukan yang cantikk sudah menjadi kotor dek kerana banyak sampah2, kayu2, ranting2 yang dibawa oleh angin atau ribut dari sungai ke laut, (musin hujan kan...,) itu la kata-kata2 dari penjaga Pulau ni bila weols komplen kenapa banyak sgt sampah, macamana weols nak mandi ni.. walau bagaimana pun anak2 weols mandi la jugak untuk melepaskan rindu nak mandi laut, cuma my hubby & anak ku nabila je kejap je mandi sebab tak selesa. yang 2 orang anak yang kecil tu diaorg bukan kira, nak balik & dah kene jerit suruh naik baru naik...huhuhuhu...Rasa macam tak berbaloi dengan harga yang weols bayar untuk datang ke Pulau tu. Tapi x per la, bukan rezeki weols kali ni, maybe lain kali.

Sambungan untuk last episod, Next ye..macam derama la pulak, ada episod bagai..hikhikhik

Monday, October 14, 2013

Ka'ba Kiswa Changing 1434 2012-13

Hari ni ahkak bekerja lagi walaupun esok kita dah nak menyambut Hari Raya Qurban. Dok baca2 FB, ramai pulak yang upload Video tentang siaran langsung penukaran kain kiswah Ka'abah. rasa2nya setiap tahun kan xtvt penukaran kiswah ni dilakukan, sebabnya tahun lepas saya ada tonton jugak kat TV. Upload la kat blog ni untuk tatapan semua & juga saya, kalau rindu2 boleh jugak bukak tengok kat sini, tak payah susah2 nak bukak youtube bagai.


SubhanaALLAH

Ronda2 Kota Kinabalu

Assalamualaikum...

Jom ahkak sambung lagi ceritera ahkak masa jenjalan di Sabah ari tu. Punya la lama nak menghabiskannya...huhuhuhu...

Hari ahad, 8hb September 2013, selepas sarapan pagi weols bergerak ke UMS untuk pendaftaran Kak Long. Kak Long masuk tahun ke2 ni pendaftaran sempoi je, bukan macam student baru tu, ni semua melalui online untuk hostel semua tu. Senang kan. Sampai2 je kat Kak Long g ambil kunci kat office & settle barang2 dia yang berbag-bag yang disimpan dalam stor UMS (bayar tau). terpaksa simpan situ sebab cuti semesta kan lama, lagipun Kak Long bukan dapat bilik yang sama je setiap tahun. Rezeki Kak Long still dapat jugak hostel dlm kawasan UMS, ramai gak kengkawan dia yang terpaksa dok kat luar. Yang dok luar ni pun no hal punya sebab kebanyakan rumah2 pihak U yang sewakan, cuma susah skit untuk mereka yang tak der kenderan la ye.

Selepas angkut bag2 Kak Long & tolong2 skit kemas, Kak Long malas nak follow weols, penat katanya, lagipun byk lagi brg yang nak dikemasnya. Ok, weols pun bercadang nak ronda2 di Kota Kinabalu jer macam nak melawat muzium ke, lepak2 kat Tg Aru ke sebab nak g Pulau, weols rasa2 mcm nak hujan je, tapi apa yang weols jangkakan memang betul,  hujan turun selebat-lebatnya. Ingatkan sekejap rupa-rupanya sehari suntuk sampai keesok paginya baru betul2 clear dari hujan. Masa ronda2 dalam hujan tu, weols cadang nak g muzium , tapi boleh tak jumpa sebab langsung x nmpk signboard, maybe sebab hujan lebat, kabus je cermin kete weols. Last2 dok dlm kereta mengharung jem..huhuhuhu... Akhirnya g semula ke UMS jumpa Kak Long untuk lunch, itu pun dah nak petang. Lepas lunch weols g rumah kawan Kak Long tolong dia pulak, g hantar dia mendaftar kat hostel luar, balik semula ke UMS. itu ler kerja weols hari ke 4 di KK..
Malam ingat nak g makan seafood, tapi sebab masih hujan, weols bercadang tapau & bw masuk bilik, makan ngan anak2 je


Kiranya, weols tiada buat xtvt yang menarik pun pada hari ke4 di KK..
NO GAMBAR pada hari ini...



Salam AidilAdha 2013 - 1434 Hijrah

Assalamualaikum..



Gambar kredit to Pakcik Google je. Gambar sendiri buat korban 2 tahun dulu ada, tapi entah mana2 pulak gmbr tu ahkak save kan. Tak jumpa pulak time nak...


Jom Hayati Makna Ibadah Qurban. Artikel dibawah ni akak copy paste je dari Utusan Online. Jom kita ramai-ramai memahami isi kandungnya.

HARI Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, sempena umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah.
Salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu daripada Allah supaya berbuat demikian. Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail.
Selepas mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata:"Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti."
Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya: “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih". Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih.
Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan: “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya".
Walau apa pun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya: “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku."
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat daripada Allah SWT.
Seharusnya peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s ini diceritakan berulangkali agar ia tidak dilupakan, terutamanya oleh generasi muda. Berapa ramai agaknya anak muda di zaman ini yang sanggup berkorban merelakan diri disembelih oleh ayah sendiri?
Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail, mempamerkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri. Setiap orang Islam sepatutnya memahami dan menghayati makna di sebalik peristiwa tersebut.
Peristiwa tersebut memberi makna yang cukup besar terutamanya dalam kehidupan hari ini di mana kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup. Pengorbanan bukanlah suatu perkara yang senang dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang amat sukar.
Ibadat haji itu sendiri merupakan suatu pengorbanan apabila seseorang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menunaikannya. Pengorbanan di antara sesama manusia contohnya, apabila seorang suami berpenat lelah mencari rezeki dan mendidik keluarganya serta pengorbanan seorang isteri terhadap suami dan anak-anak.
Seorang ibu yang sanggup tidak tidur semalaman kerana menjaga anaknya yang sakit juga telah berkorban. Tidak terkecuali pengorbanan ibu yang terpaksa bangun di tengah malam membancuh susu untuk anaknya. Walaupun nampak kecil, ia sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan jika tidak sanggup berkorban serta mengharapkan keredaan Allah semata-mata.
Dalam aspek kemasyarakatan, individu yang sanggup berkorban bakal mewujudkan suasana yang bahagia, aman dan tenang di dalam sesebuah masyarakat. Sikap tolong menolong, saling bantu membantu akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.
Sikap bekerjasama dan mengambil berat ini akan dapat mengikis perasaan mementingkan diri sendiri. Seterusnya ia bakal menjadikan umat Islam kuat serta mampu menangkis sebarang anasir yang tidak sihat dari mempengaruhi masyarakat. Namun pengorbanan haruslah ikhlas kerana Allah yakni, bagi mendapat keredaan Allah semata-mata, bukan dengan tujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk.
Harus diingat bahawa setiap dari kita berpotensi untuk melakukan pengorbanan. Memetik kata-kata seorang cendekiawan: “Isteri jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail".

Kredit kepada penulis:
PENULIS ialah Pegawai Penyelidik,
Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Thursday, October 03, 2013

Pekan Nabalu, Jambatan Gantung & Rumah Terbalik

Assalamualaikum...

Nak cepat2 sambung citer pasal trip ke Sabah ni weiii... Kalau lambat-lambat, citer dah basi, tak best nak citer kan...

Masih lagi hari ke tiga weolsmasih lagi dalam perjalanan dari Kundasang nak ke kota Kinabalu plak. Tapi tu mesti la banyak tempat yang perlu weols singgah kan. Kalau terus je tak singgah2 bukan melawat namanya kan. Setelah sepakat tak akan ke Ranau, weols sepakat terun je la, kalau lambat turun ke KK pasti perjalanan weols akan menempuhi lagi kabus2 tebal sepanjang perjalanan weols tu nanti kan. Lagipun weols rasa banyak lagi tempat nak weols singgah kan.

Persinggahan pertama weols selepas Mount ialah Pekan Nabalu. Dulu 4thn dulu pergi macam best je pekan ni, tapi bila weols singgah hari tu macam kureng skit. Tapi weols rembat jugak la buahtangan seperti FM yang ada kat situ. (p/s: tak beli pun tak apa kat pekan tu sebenarnya, Ada barang & harga yg lebih cantik & murah ialah di Jamilah Jewelleris. Semua ada kat situ, harga lebih murah dari kedai2 lain). tapi biasalah kan, ahkak ni, singgah je mesti nak membeli, sebagai tanda kenangan, itu je...Panjat jugak menara tu, ingat boleh nampak puncak gunung KK, tapi kabus still tebal. Hampa laiiii...Lebih kurang dalam 1./2 jam je kot kat pekan tu weols bergerak ke Rumah Terbalik.
 Hampa lagi, ingat memanjat tangga ni dapat la tengok Mount tapi kabus masih tebal walaupun dah kul 11.30 tengahari..


 C Nuri yang asyik merengek-rengek nak monyet lagi, tak padahal dulu masa umur dia setahun datang sini, dah rembat sekor monyet. kalau tau dia nak lagi, yg kat rumah tu ahkak angkut bawa Sabah bah...


Ingat nak pergi melawat Rumah Terbalik dulu, rupa-rupanya jumpa dulu Jambatan Gantung Tamparuli. Gayat jugak ye bila menyeberang guna jambatan ni kan, tambah2 bila hubby tetiba je buat dajal, pergi goyang-goyang kan Jambatan tu, apalagi terjerit-jerit la anak2 dia termasukla ahkak sekali... seriau sehhh... Masa nak naik tu, weols bawa kereta g seberang. Sebenarnya kalau tak seberang pun x apa, boleh je seberang g balik guna Jambatan tu, tapi sebab weols kan "Pelancong" 1st time pulak datang ke situ, semuanya tak tau, siap2 la g seberang & park kereta kat pekan kecil yang ada tu. Lepas tu ramai2 g lalu seberang guna Jambatan, last2 bila hubby dah bagi pening2 lalat kat kepala, weols suruh je anak yang Sulong g ambil kereta, dan yang lain2 g tunggu, malas dah nak pusing guna jambatan tu.



weols tak lama pun kat sini, sebab tak apa yang boleh dibuat cuma nak rasa lalu kat jambatan tu je la..

Weols ke Rumah Terbalik pulak. Masa ni 2 ke 3 kali jugak pusing2 kat roundabout tu sebab ahkak confius ngan papantanda tu, Sebenarnya cakap hubby betul dah, tapi sebab ahkak je sorang rasa macam betul, hubby ikutkan je la sambil bg penerangan yang betul (dah macam nak ambil lesen kete plak rasanya..huhuhuhu sebab x phm pasal tanda2 tu semua)

Masa weols sampai Rumah Terbalik, rasa2nya cuaca cukup2 baik dah. Rupa-rupanya hujan turun di tengahari. Sib baik dapat bergambar disekitar rumah tu. Kalau idak mesti hampa weols kan. Nak datang lagi entah bila2. Masa gerak keluar dari situ pun masih lagi hujan lebat, weols malas nak tunggu sampai berhenti, nanti entah kul brape plak nak sampai KK. Dah la janji ngan owner homsestay nak sampai petang tu jugak.
Masa ni weols masih lagi tak makan tengahari tau, dah la pagi tu breakfast pun makan roti2 je dlm kereta je.. Anak2 & hubby dah mula sibok cakap lapar. Ingat nak cari Gayang restoran yang dikatakan cukup popular tu, tapi pusing2 tak jumpa2, last2 weols makan kat pekan KK jer. Sib baik sedap..







Tak tau ler apa muslihat owner Rumah Terbalik ni kan. Gambar2 dalam rumah tak dibenarkan diambil gambar. Tapi okey la tu semua, Small Matter je, cakap orang omputih. Jangan dia bagi syarat kat semua pengunjung, macam ni sudah..."Kalau nak melawat kat sini diwajibkan semuanya tengok dengan keadaan terbalikkk... tak poning semua orang...mau giler dibuatnya..hahahahaha...Kira nasib baik la ni kan...

Nak masuk kene bayar ye..bukan free weiii......

Memang tabik springgg la orang yang mencipta Rumah Terbalik ni, baru 6 bulan sudah dapat pulangan entah brape juta, lupe sehhh..

Nak tau kisah & penerangan lebih lanjut, sila2 melancong ke Sabah bahhh...Sabah best bahhh...

Petang Sampai sudah di Kota Kinabalu. Terus cari homestay yang dah ahkak bokked awal2. Senang je carinya homestay ni, rumah kedai berhadapan betul2 dengan Pasar Filipine tu. Homestay ni tingkat 1, tingkat 2 homestay sinsuran. Owner orang Muslim. Ahkak booked family room, ok la untuk yang budget ciput, asal bersih & selesa udahhh.. Kita pun bukan nak dok lama2 kan dalam bilik cuma nak rehatkan badan & mata jer..

Masa ni ahkak dihinggapi deman & selsema siap bersin2 yang teruk jugak. Kan hujan sepanjang hari. Sib baik ahkak je sorang yang kene. Malam anak2 & saya tidur awal sebab keletihan gamaknya. En. hubby jer turun sorang2 untuk survey2 tempat makan seafood untuk esok katanya.

Sambung untuk xtvt seterusnya pergi Pulau seiiii.....


Tuesday, October 01, 2013

Sedeyyy wooo

Assalamualaikum semua...

Ahkak sedey wooo bila benda ni berlaku, mana taknya, kereta baru ahkak dah bertanda. Masalahnya ahkak sendiri yang buat..huhuwaaaa....

Teruk kan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...