Thursday, October 03, 2013

Pekan Nabalu, Jambatan Gantung & Rumah Terbalik

Assalamualaikum...

Nak cepat2 sambung citer pasal trip ke Sabah ni weiii... Kalau lambat-lambat, citer dah basi, tak best nak citer kan...

Masih lagi hari ke tiga weolsmasih lagi dalam perjalanan dari Kundasang nak ke kota Kinabalu plak. Tapi tu mesti la banyak tempat yang perlu weols singgah kan. Kalau terus je tak singgah2 bukan melawat namanya kan. Setelah sepakat tak akan ke Ranau, weols sepakat terun je la, kalau lambat turun ke KK pasti perjalanan weols akan menempuhi lagi kabus2 tebal sepanjang perjalanan weols tu nanti kan. Lagipun weols rasa banyak lagi tempat nak weols singgah kan.

Persinggahan pertama weols selepas Mount ialah Pekan Nabalu. Dulu 4thn dulu pergi macam best je pekan ni, tapi bila weols singgah hari tu macam kureng skit. Tapi weols rembat jugak la buahtangan seperti FM yang ada kat situ. (p/s: tak beli pun tak apa kat pekan tu sebenarnya, Ada barang & harga yg lebih cantik & murah ialah di Jamilah Jewelleris. Semua ada kat situ, harga lebih murah dari kedai2 lain). tapi biasalah kan, ahkak ni, singgah je mesti nak membeli, sebagai tanda kenangan, itu je...Panjat jugak menara tu, ingat boleh nampak puncak gunung KK, tapi kabus still tebal. Hampa laiiii...Lebih kurang dalam 1./2 jam je kot kat pekan tu weols bergerak ke Rumah Terbalik.
 Hampa lagi, ingat memanjat tangga ni dapat la tengok Mount tapi kabus masih tebal walaupun dah kul 11.30 tengahari..


 C Nuri yang asyik merengek-rengek nak monyet lagi, tak padahal dulu masa umur dia setahun datang sini, dah rembat sekor monyet. kalau tau dia nak lagi, yg kat rumah tu ahkak angkut bawa Sabah bah...


Ingat nak pergi melawat Rumah Terbalik dulu, rupa-rupanya jumpa dulu Jambatan Gantung Tamparuli. Gayat jugak ye bila menyeberang guna jambatan ni kan, tambah2 bila hubby tetiba je buat dajal, pergi goyang-goyang kan Jambatan tu, apalagi terjerit-jerit la anak2 dia termasukla ahkak sekali... seriau sehhh... Masa nak naik tu, weols bawa kereta g seberang. Sebenarnya kalau tak seberang pun x apa, boleh je seberang g balik guna Jambatan tu, tapi sebab weols kan "Pelancong" 1st time pulak datang ke situ, semuanya tak tau, siap2 la g seberang & park kereta kat pekan kecil yang ada tu. Lepas tu ramai2 g lalu seberang guna Jambatan, last2 bila hubby dah bagi pening2 lalat kat kepala, weols suruh je anak yang Sulong g ambil kereta, dan yang lain2 g tunggu, malas dah nak pusing guna jambatan tu.



weols tak lama pun kat sini, sebab tak apa yang boleh dibuat cuma nak rasa lalu kat jambatan tu je la..

Weols ke Rumah Terbalik pulak. Masa ni 2 ke 3 kali jugak pusing2 kat roundabout tu sebab ahkak confius ngan papantanda tu, Sebenarnya cakap hubby betul dah, tapi sebab ahkak je sorang rasa macam betul, hubby ikutkan je la sambil bg penerangan yang betul (dah macam nak ambil lesen kete plak rasanya..huhuhuhu sebab x phm pasal tanda2 tu semua)

Masa weols sampai Rumah Terbalik, rasa2nya cuaca cukup2 baik dah. Rupa-rupanya hujan turun di tengahari. Sib baik dapat bergambar disekitar rumah tu. Kalau idak mesti hampa weols kan. Nak datang lagi entah bila2. Masa gerak keluar dari situ pun masih lagi hujan lebat, weols malas nak tunggu sampai berhenti, nanti entah kul brape plak nak sampai KK. Dah la janji ngan owner homsestay nak sampai petang tu jugak.
Masa ni weols masih lagi tak makan tengahari tau, dah la pagi tu breakfast pun makan roti2 je dlm kereta je.. Anak2 & hubby dah mula sibok cakap lapar. Ingat nak cari Gayang restoran yang dikatakan cukup popular tu, tapi pusing2 tak jumpa2, last2 weols makan kat pekan KK jer. Sib baik sedap..







Tak tau ler apa muslihat owner Rumah Terbalik ni kan. Gambar2 dalam rumah tak dibenarkan diambil gambar. Tapi okey la tu semua, Small Matter je, cakap orang omputih. Jangan dia bagi syarat kat semua pengunjung, macam ni sudah..."Kalau nak melawat kat sini diwajibkan semuanya tengok dengan keadaan terbalikkk... tak poning semua orang...mau giler dibuatnya..hahahahaha...Kira nasib baik la ni kan...

Nak masuk kene bayar ye..bukan free weiii......

Memang tabik springgg la orang yang mencipta Rumah Terbalik ni, baru 6 bulan sudah dapat pulangan entah brape juta, lupe sehhh..

Nak tau kisah & penerangan lebih lanjut, sila2 melancong ke Sabah bahhh...Sabah best bahhh...

Petang Sampai sudah di Kota Kinabalu. Terus cari homestay yang dah ahkak bokked awal2. Senang je carinya homestay ni, rumah kedai berhadapan betul2 dengan Pasar Filipine tu. Homestay ni tingkat 1, tingkat 2 homestay sinsuran. Owner orang Muslim. Ahkak booked family room, ok la untuk yang budget ciput, asal bersih & selesa udahhh.. Kita pun bukan nak dok lama2 kan dalam bilik cuma nak rehatkan badan & mata jer..

Masa ni ahkak dihinggapi deman & selsema siap bersin2 yang teruk jugak. Kan hujan sepanjang hari. Sib baik ahkak je sorang yang kene. Malam anak2 & saya tidur awal sebab keletihan gamaknya. En. hubby jer turun sorang2 untuk survey2 tempat makan seafood untuk esok katanya.

Sambung untuk xtvt seterusnya pergi Pulau seiiii.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...