Thursday, June 27, 2013

Semoga cepat semboh ye Sayang

Assalamualaikum  semua...

Hari ni citer lagi pasal my niece lagi yang sedang menerima rawatan di PPUM. Semalam ahkak g melawat la sekejap sebab office ahkak pun dekat ngan Hospital ni. Pagi tu dok baca wall adik iaitu mak pada C Kecil ni menyatakan anaknya dalam keadaan yang membimbangkan. Suhu badan yang turun naik, paru2 dah kembang akibat berlebihan air yang disalurkan & hati yang sedikit bengkak. Mula2 C kecil Rania ni menghidapi denggi untuk ke 2 kalinya selepas tahun 2009. Sekarang kene umur lebih kurang 3 tahun. Memang sedih melihat keadaannya, berharap ibu ayahnya tabah menghadapinya.

Tengok sayang, Nenek, Ibu, Mak Tih, Kakak Melda, Kak Long Ira & Wan Anoi pun datang melawat Rania setiap hari. Kami semua sayangkan Rania tau.. Harap Rania cepat semboh ye sayang..

Sebenarnya dalam kul 2.30 pagi tadi ahkak tak berapa nak lena, tak tau kenapa, last2 ahkak bangun bukak phone nak tengok FB. wall yang ahkak nak tengok mesti la wall ibu ayah Rania kan. Bukak2 je terus terpampang gambar C Kecil Rania ni yang menyedihkan ahkak. Risau la sungguh2. nak kol pagi2 subuh ni tak berani pulak. Last2 dalam kul 9 pagi ahkak pun kol adik tanya tentang perkembangan Rania ni. Selepas dah dengar tu baru la lega skit. Rupa2nya merah2 dalam mata & seluruh muka Rania ni tanda2 dah keluar semua denggi2 tu semua...Alhamdulillah dipanjatkan syukur...

Tengoklah kengkawan semua..Kesian sungguh C Kecil ni bertarung dengan penyakit yang dihidapinya ini.
Alhamdulillah.....berkat doa2 kawan2 semua....pagi ini keadaan rania lebih baik...oksigen pun dh stop...bengkak2 seluruh badan ada bahagian2 yg kurang sikit.....tp mungkin kena tunggu 2 ke 3 hari lagi sbb air masih banyak dlm badan...semoga hidup kalian semua yang mendoakan mendapat keredaan ALLAH SWT...

Tuesday, June 25, 2013

Hantar Kak Ngah balik Politeknik

Assalamualaikum semua...

hehehhe... dah ketawa dulu...hahahah... kan ahkak dah cakap, hari ni memang rajin betul ahkak kan. Lepas satu, satu entry ahkak bukak kat sini. Mood tengah ada, nanti dah lama dah jadik cerita basi pulak kan. Cerita kali ni pun kira dah lama jugak, tp biasala kan, bila free & mood baik baru dapat post kat blog ni.

Kali ni nak cerita pasal hantar anak no. 2 pulak, C Kak Ngah ke Behrang, Politeknik Sultan Azlan Shah. Dah masuk Sem ke 2 anak ahkak yang sorang ni & kali ni terpaksa duduk luar dari kampus, kene cari rumah sewa. Rumah sewa dah dapat, diaorang pandai2 sendiri cari melalui senior. 1st time ahkak g rumah sewa dia ni.....mak aiiii..jauhnya rumah sewa diaorang ni dari kampus, patut la dok pujuk2 tak habis2 ngan abahnya pasal nak kan kereta ahkak, Kancil tu. Ahkak mula2 memang tak nak bagi kete tu kat dia sebab sebelum ni dia pernah sampai ke Ipoh tanpa pengetahuan ahkak & abahnya. Mula2 dia bawa kete tu nak cari rumah, ahkak & abahnya bagi ler, tapi tau je la kan, dah ada kawan yang cucuk2 last2 boleh pulak dia sampai ke Ipoh. Terkejut jugak ahkak & abahnya. Ingat bagi lesen untuk bagi senang skit rupa2nya diaorang ni lagi berani & kita sebagai parent pulak yang kecut perut dibuatnya.

Kesian punya kesian akhirnya ahkak setuju la bagi kete kancil ahkak tu kat C Kak Ngah ni sebab kesian jugak kan, macamana nak g class, ngan kengkawan dia yang mengharapkan dia yang ada kete & lesen.tapi dengan syarat & ingatan untuk C Kak Ngah

1. Baca Bismillah, Doa Naik Kenderaan, Selawat & Fatihah
2. Ikut undang2 jalanraya
3. Pandu jangan laju2
4.Side mirror & lampu signal tu penting sangat untuk mengubah laluan, jangan main terjah je (motor byk tau kak Ngah, kekadang tu tetiba jer terpacul..selalu mak pun terkejut...huhuhu)
5. Jangan pandu terlalu dekat dengan kenderaan kat depan.

Insya-Allah selamat...

PUDING JAGUNG

Assalamualaikum semua.......

Hari ni terajin la pulak kan, dah 2 entry aku tulis dengan penuh semangat, ni tambah lagi dengan cerita pasal homemade Puding Jagung pulak. Puding Jagung ni ahkak jarang buat sebab selalu beli jer 3 ketul singgit. Buat ni sebab mula-mula ingat nak bawa g Hospital DEMC melawat my niece tu kan, tapi last2 boleh lupa pulak, ni semua gara2 ahkak jugak ler, sekejap nak pegi sekejap tak nak sekejap nak pegi pulak..dok la asyik berfikir x habis2 jugak. Ahkak sebenarnya tak tau jalan arah ke DEMC ni, mana ler ahkak pernah g Shah Alam sendiri kan. Selalu pergi pun ada orang bawa, tu yang serabut berfikir nak pergi camana...Last2 dapat la jugak kawan untuk teman berbual (bukan anak2 ahkak tak ada buat berbual, cuma saje cari kawan sebaya) boleh jugak sembang2...ngumpat-ngumpat (sempat lagi tu...) anak2 masuk je kete mula la gadget masing2..

Jom layan resipi ahkak ni, cilok dari sorang bloger ni, x salah mardihah, itu search kat Pakcik google..


Mula2 campurkan semua bahan2 dlm 1 piuk..masak atas api perlahan ye kengkawan..kacau sentiasa.

Adunan masak & letak dalam acuan. nak tau adunan masak bila dah pekat & berbunyi blurp...blurp..(cam tuh ler lebih kurang..hehehe)

Bahan2nya:-
1 1/2 cawan tepong kastad
1 1/2 cawan gula
3 cawan air
1 tin susu cair (ahkak guna brand IDEAL)
1 tin krim jagung

Skit je kan bahan2nya dan mudah pulak didapati & yang paling best, buatnya pun senang bangat buk...

SELAMAT MENCUBA

p/s: ingat nak snap gambar yang siap dipotong, tapi tak dan nak potong. Entah2 anak-anak dah ngap separuh dah apa masa ni..:)

Jerebu melanda

Assalamualaikum... Jerebus dah melanda Kajang weiii... Mula2 dengar & tengok news memang teruk la negeri Johor terutamanya Muar, ingat tak la sampai Kajang rupa2nya idok...huhuhu... Pagi sabtu bila ahkak bukak pintu pepagi tu, ingat ada orang bakar sampah, menyusuk-nyusuk kat idung ahkak yang mancung ni bau hangit asap, memang tak teringat langsung pasal jerebu ni tau, ahkak siap2 la membebel marah sape pulak yang bakar sampah ni, habis baju2 kat ampian akak bau asap la ni, ahkak membebel jer la masa tu, last2 baru tau jerebu sebab bukak FB tengok2 kengkwan setaman update kat wall masing2 pasal jerebu ni...heheheh berguna jugak kan FB ni.. terpantas news boleh kita tau..

Sabtu & Ahad memang teruk la kawasan taman ahkak dilanda jerebu, ahkak still kuar gak bawa anak2 g Giant, menyopping skit, last2 balik rumah anak2 tak der apa, ahkak yang pitam & selsema tambah dengan sakit kepala, apa lagi esoknya isnin ahkak MC...hehehehe OK jugak sebab anak2 tak ada tanda2 nak kene penyakit, dijauhkan lah.. Aminnn...Diaorang still tak sekolah sebab ahkak takut diaorang terkene penyakit disebabkan jerebu ni, biar betul2 clear baru ahkak bg g sekolah, lagipun anak2 ahkak tak der yang ambil exam besar tahun ni.. alhamdulillah, klu idak mmg kene bagi pergi la kan..

Kepada kengkawan bloger, jaga diri, jaga kesihatan, minum air masak banyak2, biar sampai kembong..hehehe... kurangkan xtvt luar rumah ye..tapi masalanya tutup pintu tingkap pun masih ada bau asap jerebu kan..huhuhuhu


Melawat Rania

Assalamualaikum semua... Semoga kengkawan bloger sehat2 semuanya ye.. Ahkak tengah bersedih sekarang ni sebab anak buah ahkak yang kecik ni sedang mengalami demam denggi untuk ke 2 kalinya. Tahun 2009 kata parentnya, dia dah pernah kene denggi jugak.. kesian sungguh la tengok bila C kecil ni yang mengalaminya, orang tua kene pun tak larat nak menghadapinya kan, ni kan pulak budak cinonit ni..

C Kecil ni namanya Qaseh Rania, 3 hari berada di Hosp. DEMC Shah Alam, keadaan kesihatan yang tidak menentu akhirnya tengah malam tadi (24 June 2013 dapat berita C Rania ni dipindahkan ke PPUM pulak. Kata parentnya kesihatan C kecil ni bertambah membimbangkan. Oleh kerana terlalu banyak masukan air, last2 penyakit lain pulak yang dihidapinya iaitu air dah masuk keparu-paru la pulak. Tangan dah habis bengkak2 dek kerana kesan jarum yang dicucuk.

Mak Tih kat sini serta keluarga yang lain hanya dapat berdoa semoga Rania cepat-cepat semboh, kuat kan semangat ye sayang, Mak Tih, kakak-kakak Rania, atok2, nenek2 lebih2 lagi ayah & ibu Rania semua sayangkan Rania tau. Cepat2 semboh ye sayang, weols semua rindukan keletah Rania tau..

Mengharapkan doa dari kawan-kawan blogger semua jugak ye, semoga my niece ni cepat2 semboh dari sediakala.  Allah saja yang dapat membalas jasa baik kawan-kawan semua.

p/s: musim jerebu yang sedang melanda, jaga kesihatan & pemantauan yang lebih untuk anak2 kita semua, semoga dijauhkan penyakit yang merbahaya. Banyak2kan minum air masak semua..LOVE U ALLs

Friday, June 21, 2013

Bukti bagusnya berbedak Sejuk Tanaka TATE

JOM LA GUNA BEDAK SEJUK TANAKA UNTUK KULIT MUKA CANTIK HEHEHE 'BEDAK SEJUK LEBIH SELAMAT DIGUNAKAN

'hehe..lepas ni korang tepek je la bedak sejuk kalau nak g mana2.. Cari bedak sejuk yg ade kandungan SPF (boleh lindungi dr sinar UV) , y...g boleh buat foundation, yang boleh rawat masalah kulit (jerawat, jeragat, bekas jerawat, kurangkan oily). Even kesan yang u'olls nampak lambat sikit tp ini la kaedah paling selamat sbb xde bahan kimia mcm other cosmetic.. sO bertukar lah selera anda kepada brg2 yg selamat digunakan yee p/s : Kulit kita xde spare part kat kedai2.. So kena la jaga sebaiknya.. hee..Pesanan buat diriku juga..

Monday, June 17, 2013

Seisi keluarga berbedak Sejuk Tanaka (TATE)

Assalamualaikum semua...

Nak cerita produk terbaru daripada saya & tengah HOT dipasaran iaitu bedak TATE. Bedak ni bukan sekadar bedak ye, ni merupakan bedak sejuk, boleh dipakai oleh semua peringkat umur & bila2 masa boleh digunakan. Kalau sesiapa nak buat foundation pun boleh tau. Bedak ni berbau harum limau kasturi tau, harummm je bila disapu kat muka. Itu sebab anak saya yang kecik umur lebih kurang 6 tahun lebih excited menggunkan bedak ni. pantang muka kering, kejap-kejap nak pakai, kejap-kejap nak pakai, tapi saya control la skit. Selalunya dia akan guna waktu malam bila isnin hingga jumaat. Kalau sabtu & ahad saya sapukan dimukanya selepas mandi pagi, petang & malam. Suke la sangat2 dia ni. tak caya?????.Jap lagi saya upload gambar & cara-cara pemakaian bedak ni & kebaikan menggunakannya. sambil2 tu boleh la jengok saya punya punya blog jugak ye iaitu http://dhayashoppeonline.blogspot.com
ATAU boleh Whatapp / sms / kol di talian 010-2216431 / 017-8470299
cantikkk x saya..hehehehe.... jom la pakai untie2, uncle2, kakak2, abang2 semua. Nunyi setiap hari pakai tau, sejuk je muke Nunyi.

Bagi sesiapa yang ada baby & kene ruam2 tu memang sangat-sangat la sesuai menggunakan bedak TATE ni, Tambah-tambah dengan cuaca sekarang ni yang sangat-sangat la panas. Belum cuba belum tau...:)
Selain anak saya yang kecik ni pakai, seluruh family saya menggunakan nya tau, mak nya la, abahnya la, kakak2nya semua kecuali C Along sebab dok kat Sabah belajar. Tapi tak apa, nanti Nunyi promote kat Along suruh menggunakan bedak ni. Ok sangat2 sebab Kakak dah nampak perubahan yang sangat ketara tau iaitu jerawatnya yang tumbuh macam cendawan tumbuh selepas hujan telah mula mengecut. Happy sangat2 nampaknya C Kak Ngah sekarang ni... Gmbr dia tak bg lagi sebab belum sepenuhnya ilang. lepas tu baru dia bg.. Nanti dah dapat green light, baru sy upload gambar mukanya yang cun tu ye..

Kat bawah ni cara2 & kebaikan bedak TATE ni ye


BEDAK TATE BY D.E.A.

HARGA : RM35.00 (SM) RM45.00 (SS)
dah TERMASUK POSTAGE ye KENGKAWAN
jom cantik kan kulit macam NORA DANISH
... ...
HARGA YANG SANGAT BERBALOI . KESAN YANG SANGAT MANTAP

Bedak Tate by D.E.A (Danish Emphire Association) diperbuat daripada kayu tanaka yg sangat berkesan untuk:

- Kecutkan jerawat
- Haluskan kulit
- Cerahkan kulit
- Hilangkan jeragat
- Lembutkan kulit
- Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
- Pelindung cahaya matahari
- Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan
- Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation

Bedak ni bau lemon..sejuk je rase bile pakai..kalo cuci muka rase licin je pastu..daki2 pun blh tanggal time kita gosok nk cuci muka..mmg best!! Boleh pakai waktu siang sebagai foundation atau waktu malam sebagai bedak sejuk.


Boleh digunakan untuk semua jenis kulit berjerawat, sensitif, normal dan sebagainya. Sesuai untuk lelaki dan wanita...dewasa dan kanak-kanak




Wednesday, June 12, 2013

Cuti-cuti Malaysia

Hari ke 3, weols berjalan-jalan. Dari Kajang ke Kuala Terengganu ke Kuantan ke Perak & berakhir di Kajang my Home Sweet Home. Puas berjalan, ni baru la betul kan..heheheheh...

Selepas check-out dari Estiana Resort Kuantan dalam kul 12 tengahari, weols semua menuju balik la, apa lagi, tapi ahkak tak balik ke Kajang tapi kene hantar pulak MIL ke kg Bota Kiri Perak (sebenarnya tak masuk dalam list pun hantar MIL ni, tapi bila MIl request nak balik cepat ke kg, apa lagi my hubby pun cakap dia akan htr hari ahad, bila ahkak dengar dia nak htr hari ahad, baik lah kita balik terus je dari Kuantan. Tak der lah penat badan, lagi pun kalau ikut cakap mula2 hubby tu dia nak hantar hari ahad pagi, tak der maknanya pagi, entah2 dah tengahari baru nak bertolak ke Perak, bila pulak dia nak balik kajang, esok Isnin weols semua dah star kerja & anak2 pun dah mula bersekolah. kalau balik terus.. setidak-tidaknya sampai kg boleh la relax badan tu kan, ahad ptg2 dalam kul 6 boleh la beransur balik. Nasib baik hubby dengar cakap ahkak.

Weols semua tak berhenti pun, hubby relax je bawa kereta sebab tak der apa nak dikejarkan. Lunch weols pun skip nak tunggu sampai Termerloh. Kata my hubby kat makan lunch kat Temerloh, kita pekena iakan patin masak tempoyak. Sedap sangat2 katanya, weols pun ok jer, memang kesukaan ahkak pun ikan patin ni. Last2 sampai kat gerai makan di Temerloh dah kul 3 .30 ptg. Terus je la menuju ke gerai sebab masing-masing semua dah kebulur. Serious ahkak cakap memang pergh...sedap giler... tak caya cuba la rasa

terliur tak... sedap weiii..

tengok la sampai licin..tu tandanya sedap tau

lepas makan weols ajak hubby bergambar sekeping 2 kat tepi sungai Temerloh tu. Dah bergambar beli pulak buah-buahan sekilo dua. Weols meneruskan perjalan ke Perak. Alhamdulillah selamat sampai kg Bota Kiri dalam kul 10 malam. Masing-masing kepenatan, tak dan nak tgk TV lai, terus Zzzzzzzzzz...


Tuesday, June 11, 2013

Khas Untuk Kak Long


hahahahaha....ahkak beli khas untuk my eldest daughter tau... tak sangka dia suka makan benda ni. Ahkak & abahnya pun x pandai nak makan benda ni kecuali kalau beli Nasi Kerabu, itu pun suruh letak skit jer..hehehehe... dengar citer dia kat Sabah nun pun dia dapat jugak makan budu ni, keluaram Sabah ler..sedap sgt2 katanya..

Percutian di Kuala Terengganu

Hari ke 2 di Kuala Terengganu Pagi Jumaat bersamaan 7 June 2013 (28 Rejab)

Weols bersiap-siap nak check-out dan ke rumah pengantin. Mula2 berbincang nak keluar rumah selepas sembahyang Jumaat jer, tapi disebabkan pagi tu selepas breakfast, decide yang baru pulak, last2 weols semua check-out awal dalam kul 11.00 pagi gitu dan seterusnya ke rumah pengantin. Lagipun perjalanan weols jauh lagi ni, dah sampai ke Terengganu mana boleh x merayap kan, apa kes, datang2 jauh2 semata-mata nak g rumah kawin je, rancangan weols nak ke Losong la,Pasar Payang ni wajib pergi tau. Masjid Kristal je weols skip sebab dulu dah pernah sampai. Dah makan kenyang kat rumah pengantin, weols bergerak ke Kuala Terengganu. Cuaca panas sungguh, memasing semua rasa tak selesa, dah la memasing memakai dress, peluh ni jangan cakap ler, badan dah rasa melekit-lekit. Nak jalan-jalan pun x der mood & tak selesa sungguh. Mood pun hilang terus, yang keluar mood panas baran datang, ni time bila anak2 yang dok nak itu mak.. nak ini mak.. nak g situ mak.. jom la mak...bla..bla..bla..bla... Mak la jasik mangsa sebab abahnya dok relax tepi sungai tu sebab jaga MIl ahkak dah nak pitam..huhuhuhu.. Tp paham-paham la kan, bila berjalan hari Jumaat ni, masa sungguh terhad, dah la kat sana kedai banyak tutup, masuk2 je Pasar Payang selepas sembahyang Jumaat tu, tengok2 orang tak la ramai mana, rupa-rupanya banyak kedai yang tutup. Ok jugak rasanya kot, sebab dah la panas, elok la ahkak bla cepat-cepat, tak luak duit ahkak..hehehehehe..dah beli lebih kurang (banyak kopok & makanan ringan je...) ahkak pun cakap ngan hubby, jom kita ke Cherating pulak la....Weols baru booking resort kat Cherating untuk 1 malam lagi. Weols booking Estana Resort Cherating. Masa booked tu siap cakap ngan anak, C Kak Ngah booked tempat yang ada kolam. Tengok website sungguh la cantek tempatnya, rupa-rupanya weols semua dah tertipu. Sebenarnya anak ahkak booked resort jer yang tiada kemudahan kolam renang, kecewa sungguh anak-anak ahkak, sian diaorang,terutama nya C Kecil ahkak, Nunyi dah la berminggu asyik la tanya, nanti mandi kolam ye.... pantai jauh pulak tu... nasib..nasib..nasib... Lepas dapat kunci, weols masuk je bilik, tengok2 semuanya tiada yang menepati citarasa. Dah la socket 2 jer dia bagi (1 utk TV, 1 lagi tu, itu ler yang berebut nak charge handset memasing & masak air)..huhuhu... Masuk bilik air pulak, air pulak kecik, sungguh tak puas mandi. Klu ikutkan ahkak memangla ahkak ok jer, ni hubby & anak2 ler yg dok tak henti-henti bersungut. Klu macam ni, ni la last kot kita stay kat sini, len kali idok ler nak booked ni. Smpi petang weols semua dok je dalam bilik mereharkan badan, nak bawa C kecil mandi pantai idak ler masa tu, tunggu esok je la kalau tak penat, kata abahnya. Malam mcm biasa weols keluar makan makanan laut kat tepi jalan. keesokan paginya selepas b/fast, C kecil dah bising nak mandi laut, Abahnya la jadik mangsa, akhirnya berjaya jugak ler dia mandi pantai walaupun kene menapak skit..

pagi sebelum check-out, mandi pantai dulu, ni wajib utk budak2


kat rumah pengantin, x der gambar lain..


On the way ke Kuala Terengganu

dah sampai Losong, borong kopok lekor la kite weiii




Ni dalam Pasar Payang, tu ler tu, anak-anak2 yang lebih nak itu ini.


yang ni pantang nampak durian, beli la skit, jangan tidak




Dah sampai Estina Resort (betul ke spelling ni..huhuhu dah lupo)

Mandi pantai je nampaknya C kenit ku ini, sebelum nak check-out.

Monday, June 10, 2013

1D1N at Batu Rakit Terengganu

Assalamualaikum semua..

Hari ni ahkak dah kerja & anak2 dah mula bersekolah setelah cuti 2 minggu, cukup la tu kan.. dok rumah pun lagi pening kepala mak abah dibuatnya. Walaupun dah besar2 tapi sebenarnya dah besarlah lagi susah kita nak menjaganya. nak suruh buat kerja-kerja rumah skit, mesti nak kena mentioned nama, klau idak tak bergerak la kerja yang disuruh tu, itu ler perangai anak2 perempuan ku semua. Setiap hari nak disuruh..huhuhuhu....okeylah ahkak nak citer pasal percutian ahkak selama 4 hari, itu pun dah last  minit, minggu terakhir persekolahan. Bukan x nak ambil cuti minggu pertama cuti sekolah, tapi sebenarnya percutian kali ni bak kata orang sambil menyelam minum air. Ahkak ke Kuala Terengganu cuti kali ini. Itu pun ada kenduri kahwain anak sepupu side my hubby. Nak sangat menghadiri kenduri kali ni sebab weols pun dah lama tak ke Terengganu tapi yang sebenarnya weols suka perkampongan kat sana, dulu pernah pergi, itu pun dah 5 tahun dulu, teringat-ingat masa pergi dulu, weols kesejukan tidur malam dengan angin ribut tepi pantai.. best sgt2 weols rasa masa tu. Tu yang cakap ngan En. hubby, jom la kita g sana, boleh kite jalan2 sekali. Kunjungan weols ke sana bukanlah weols sefamily jer, tapi disertai dengan 2 SIL family beserta MIL ahkak sekali.

Kat sana weols duduk di Batu Rakit View, terletak dekat sangat dengan rumah sepupu yang buat kerja kawin tu. Best sangat2 chalet kat sini. Nanti ahkak uplioad gambar yer..Ok jom intai-intai



Suasana awal pagi

pemandangan waktu pagi di Batu Rakit View


Pantai yang cantik untuk mandi manda

Sebahagian Chalet


salah 1 bilik

tempat rehat & bbq

Chalet yg weols booking, boleh 3 family muat



Check-out sudah, terus g rumah kenduri pulak, tu yang memasing berbaju Muslimah..hehehe



Sunday, June 02, 2013

Apam Tepong

Seminggu dua ni cuaca kat Malaysia ni betul-betul panas kan. Peluh menitik-nitik dibuatnya. Mandi jangan cakap ler...kalau boleh nak berendam macam badak sumbu tu, bestnya lah kalau dapat berendam kan. Panas-panas ni  semua kerja buat tak selesa kan. Nak tidur tengahari mcm biasa memang tak der ler, nak bukak aircond mmg tak ler, bil ytinggi wooo...dah la malam pasang smpi pg, siang2 biarla kita mengalah..Dah panas-panas ni perut boleh pulk lapar jer la rasanya. Hari ni teringin nak makan apam. Ingat nak buat tengahari, last2 mlm baru berkesempatan. Jom layan resipi Apam Tepong saya ni. AMBIL dr mak yg rajin buat kuih dulu..skrg sudah gantung apron..huhuhu



Bahan-bahan:
1/2 KILO TEPONG GANDUM
1 CAWAN GULA MERAH
1 PEKET YIS MAURIPAN
4 CAWAN AIR SUAM (KALAU PEKAT BOLEH TAMBAH AIR LAGI)
KELAPA PARUT + GARAM

Cara-cara:
Tepong, gula merah campur semua. Yis td dibancuh dengan air suam td.
Bila yis dah berbuih skit bolehlah di gaul sebati. Adunan hendaklah dibiarkan selama 1 jam Bila adunan dah naik 2 kali ganda baru lah dikukus sehingga masak.
Jangan lupa ye loyang hendaklah dioles dulu dengan majerin tau....
SELAMAT MENCUBA



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...