Thursday, June 27, 2013

Semoga cepat semboh ye Sayang

Assalamualaikum  semua...

Hari ni citer lagi pasal my niece lagi yang sedang menerima rawatan di PPUM. Semalam ahkak g melawat la sekejap sebab office ahkak pun dekat ngan Hospital ni. Pagi tu dok baca wall adik iaitu mak pada C Kecil ni menyatakan anaknya dalam keadaan yang membimbangkan. Suhu badan yang turun naik, paru2 dah kembang akibat berlebihan air yang disalurkan & hati yang sedikit bengkak. Mula2 C kecil Rania ni menghidapi denggi untuk ke 2 kalinya selepas tahun 2009. Sekarang kene umur lebih kurang 3 tahun. Memang sedih melihat keadaannya, berharap ibu ayahnya tabah menghadapinya.

Tengok sayang, Nenek, Ibu, Mak Tih, Kakak Melda, Kak Long Ira & Wan Anoi pun datang melawat Rania setiap hari. Kami semua sayangkan Rania tau.. Harap Rania cepat semboh ye sayang..

Sebenarnya dalam kul 2.30 pagi tadi ahkak tak berapa nak lena, tak tau kenapa, last2 ahkak bangun bukak phone nak tengok FB. wall yang ahkak nak tengok mesti la wall ibu ayah Rania kan. Bukak2 je terus terpampang gambar C Kecil Rania ni yang menyedihkan ahkak. Risau la sungguh2. nak kol pagi2 subuh ni tak berani pulak. Last2 dalam kul 9 pagi ahkak pun kol adik tanya tentang perkembangan Rania ni. Selepas dah dengar tu baru la lega skit. Rupa2nya merah2 dalam mata & seluruh muka Rania ni tanda2 dah keluar semua denggi2 tu semua...Alhamdulillah dipanjatkan syukur...

Tengoklah kengkawan semua..Kesian sungguh C Kecil ni bertarung dengan penyakit yang dihidapinya ini.
Alhamdulillah.....berkat doa2 kawan2 semua....pagi ini keadaan rania lebih baik...oksigen pun dh stop...bengkak2 seluruh badan ada bahagian2 yg kurang sikit.....tp mungkin kena tunggu 2 ke 3 hari lagi sbb air masih banyak dlm badan...semoga hidup kalian semua yang mendoakan mendapat keredaan ALLAH SWT...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...